Game Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.Org | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila sebut solitaire terus teringat zaman kenal komputer. Tentulah zaman remaja dan masa itu komputer pun masih guna komputer gemuk-gemuk. Sha anak sulung, jadi kalau nak guna komputer hanya di cyber cafe sahaja kalau tak boleh tumpang komputer kakak atau abang. Hinggalah Sha dapat sambung belajar, nak tak nak kena ada komputer riba sendiri untuk kemudahan. Mula-mula beli komputer mestilah apa yang asas sahaja ada, termasuklah game. Antara game terawal yang ada adalah solitaire.

Games Online Free Solitaire Mengimbau Kenangan Zaman Remaja
Zaman Sha dulu tak sama macam sekarang, zaman sekarang anak-anak pun banyak dengan telefon pintar. Kalau telefon pintar memang game kena muat naik dululah baru boleh main. Tambah pula zaman sekarang penggunaan internet sudah menjadi keperluan dan lebih meluas. Tapi pada Sha game solitaire tetap menjadi pilihan sampai sekarang untuk menghilangkan tekanan atau kebosanan di rumah.
Untuk pengetahuan korang, terutamanya adik-adik atau anak-anak cuba korang tanya mak ayah korang apa permainan pertama mereka sejak kenal komputer? Achik percaya kalau mak ayah yang umur 30 tahun ke atas mesti biasa dengar solitaire ini. Mati-mati ingatkan permainan ini sudah tidak wujud, rupanya masih ada.

Sebenarnya Sha tak mahir pun main solitaire.org ini. Tapi bolehlah ikut arahan permainan yang ada di bahagian bawah papan mainan. Kalau terkena yang betul dapatlah score kalau tak kalah.. ehehehe. Bila bosan main solitaire boleh tukar main games online free lain yang ada dalam solitaire.org ini.
Games Online Free Yang Ada Dalam Solitaire.Org
Seperti yang Sha cakap sebelum ini, permainan yang ada dalam Solitaire.Org ini kebanyakkan permainan yang Sha sudah biasa main sebelum ini tapi dah lama tak main. Memang mengimbau kenangan sungguh. Tak sangka permainan-permainan ini masih wujud di sebalik permainan canggih masa kini. Walaupun permainan lama, tapi tetap mencabar bila main. Yang penting sangat menyeronokkan. Jom Sha kenalkan beberapa permainan yang Sha pernah main dulu.
#1. Hidden Object Games



Antara game yang boleh buat Sha geram, sebab agak susah nak menang. Tapi seronok dapat main bila kita dah mahir tekan keyboard. Permainan ini memerlukan kita bertindak cepat dan membuat keputusan yang betul, kalau tidak hilang "nyawa". Main dengan anak-anak pun meriah maklumlah kena lari daripada hantu.
Isi Masa Dengan Games Online Secara Percuma
Macam korang? Teringat kisah lama masa mula-mula kenal teknologi komputer tak? Best juga kita pusing balik main permainan macam ni, boleh juga jadikan aktiviti bersama keluarga di masa lapang. Apa lagi, kalau bosan terus ke www.solitaire.org untuk pilih permainan pilihan korang sekarang. Sama tak pilihan kita?
4 Comments
lama xmain games ni..:)
ReplyDeletesyok r layan game lejen!
ReplyDeleteuish game lejen ni. Dulu kalau habis main je, keluar bintang meraikan menang hehe. Lama betul dah xmain game ni.
ReplyDeletewahh game lama2 nii..
ReplyDeletetempat menarik di kota kinabalu
signboard
signboard design
Terima Kasih Daun Keladi