Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.Org

Game Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.Org | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bila sebut solitaire terus teringat zaman kenal komputer. Tentulah zaman remaja dan masa itu komputer pun masih guna komputer gemuk-gemuk. Sha anak sulung, jadi kalau nak guna komputer hanya di cyber cafe sahaja kalau tak boleh tumpang komputer kakak atau abang. Hinggalah Sha dapat sambung belajar, nak tak nak kena ada komputer riba sendiri untuk kemudahan. Mula-mula beli komputer mestilah apa yang asas sahaja ada, termasuklah game. Antara game terawal yang ada adalah solitaire.



Games Online Free Solitaire Mengimbau Kenangan Zaman Remaja

Zaman Sha dulu tak sama macam sekarang, zaman sekarang anak-anak pun banyak dengan telefon pintar. Kalau telefon pintar memang game kena muat naik dululah baru boleh main. Tambah pula zaman sekarang penggunaan internet sudah menjadi keperluan dan lebih meluas. Tapi pada Sha game solitaire tetap menjadi pilihan sampai sekarang untuk menghilangkan tekanan atau kebosanan di rumah.

Untuk pengetahuan korang, terutamanya adik-adik atau anak-anak cuba korang tanya mak ayah korang apa permainan pertama mereka sejak kenal komputer? Achik percaya kalau mak ayah yang umur 30 tahun ke atas mesti biasa dengar solitaire ini. Mati-mati ingatkan permainan ini sudah tidak wujud, rupanya masih ada.


Sebenarnya Sha tak mahir pun main solitaire.org ini. Tapi bolehlah ikut arahan permainan yang ada di bahagian bawah papan mainan. Kalau terkena yang betul dapatlah score kalau tak kalah.. ehehehe. Bila bosan main solitaire boleh tukar main games online free lain yang ada dalam solitaire.org ini.

Games Online Free Yang Ada Dalam Solitaire.Org

Seperti yang Sha cakap sebelum ini, permainan yang ada dalam Solitaire.Org ini kebanyakkan permainan yang Sha sudah biasa main sebelum ini tapi dah lama tak main. Memang mengimbau kenangan sungguh. Tak sangka permainan-permainan ini masih wujud di sebalik permainan canggih masa kini. Walaupun permainan lama, tapi tetap mencabar bila main. Yang penting sangat menyeronokkan. Jom Sha kenalkan beberapa permainan yang Sha pernah main dulu.


#1. Hidden Object Games



Hidden Object Games adalah games online yang paling Sha suka. Bukan apa, ianya agak mencabar bila kita perlu mencari benda-benda yang kita diarahkan cari. Semasa bermain kita perlu fokus hingga kita jumpa semua benda tersebut. Teringat dulu kalau tak jumpa, tambah pula kalau itu benda terakhir terpaksalah Sha minta tolong kawan-kawan. Tapi sebenarnya ada sediakan hint untuk korang mencari benda yang diarahkan.


#2. Word Search


Selain mencari benda tersembunyi, Sha juga menggemari permainan mencari perkataan. Bila main permainan ini Sha teringatkan arwah ayah, sebabnya kami memang kaki main perkataan tersembunyi. Sekarang Sha pula isi masa dengan anak-anak bermain permainan cari perkataan secara online.


#3. Game Zuma Ball


Nampak senang, tapi sebenarnya agak mencabar Games Zuma Ball ini. Mungkin di awal level, agak santai tapi bila makin meningkat level boleh buat kita kelam kabut. Kalau tak percaya cubalah main. Tambah pula bila bola-bola bergerak laju dan hampir memasuki lubang, berpeluh juga. Bila dapat tembak semua, rasa gembira sangat boleh buat senyum sorang-sorang.

#4. Play Free Cookie Monster Arcade



Antara game yang boleh buat Sha geram, sebab agak susah nak menang. Tapi seronok dapat main bila kita dah mahir tekan keyboard. Permainan ini memerlukan kita bertindak cepat dan membuat keputusan yang betul, kalau tidak hilang "nyawa". Main dengan anak-anak pun meriah maklumlah kena lari daripada hantu.

Isi Masa Dengan Games Online Secara Percuma

Macam korang? Teringat kisah lama masa mula-mula kenal teknologi komputer tak? Best juga kita pusing balik main permainan macam ni, boleh juga jadikan aktiviti bersama keluarga di masa lapang. Apa lagi, kalau bosan terus ke www.solitaire.org untuk pilih permainan pilihan korang sekarang. Sama tak pilihan kita?

Post a Comment

4 Comments

Terima Kasih Daun Keladi