Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Apakah Program Yang Dijalankan Oleh AADK Sepanjang Klien Menjalani Pemulihan Dadah

Apakah Program Yang Dijalankan Oleh AADK Sepanjang Klien Menjalani Pemulihan Dadah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sepanjang Bekerja Dari Rumah (BDR) Sha cuba berinteraksi dengan klien Sha melalui blog juga selain bertanya khabar melalui aplikasi whatapps. Dalam berkongsi tiba-tiba teringatkan antara soalan-soalan lazim yang Sha terima daripada orang luar, keluarga dan juga klien sendiri. Antara soalan yang Sha terima adalah, apakah program yang dijalankan sepanjang klien dalam pengawasan sama ada 2 tahun atau 3 tahun.




Sha suka sarankan supaya klien hadir bersama keluarga terdekat semasa mendaftarkan diri menjalani program selepas dijatuhkan hukuman daripada majistret. Hal ini adalah kerana ketidakfahaman klien dan keluarga atas kewajiban klien perlu hadir setiap program yang dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Sha dapat mengesan ketidakfokusan mereka terhadap arahan atau mungkin mengambil sikap sambil lewa atas arahan mahkamah.


Apakah Program Yang Dijalankan Oleh AADK Sepanjang Klien Menjalani Pemulihan Dadah?


Pertama sekali selepas klien dijatuhkan hukuman menjalani Pengawasan Dalam Komuniti (PDK) iaitu sama ada di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan Seksyen 38(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983

" mana-mana individu yang telah diperintahkan oleh majistret untuk diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 3 tahun".

Seksyen 38(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jika seseorang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (ADB), dia hendaklah, dengan serta-merta selepas menjalani hukuman yang dikenakan ke atasnya berkenaan dengan kesalahan itu, menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Penagih Dadah(Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada tiga tahun sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah."

 

Langkah-langkah yang perlu dilalui selepas mendapat keputusan mahkamah


Untuk kali pertama selepas mendapat perintah mahkamah, anda perlu membawa perintah mahkamah ke cawangan AADK yang dinyatakan. Pastikan anda mendapat pengawasan di bawah AADK yang betul berdasarkan alamat tempat tinggal anda untuk memastikan proses seterusnya berjalan lancar. Hal ini kerana terdapat kes yang tidak menyatakan pada mahkamah situasi sebenar tempat tinggal mereka akhirnya menyusahkan diri sendiri untuk membuat proses tukar.

Kali pertama ke AADK akan ada pegawai yang akan mengambil maklumat peribadi dan merekod segala data anda. Selepas mengemaskini rekod anda, anda diberikan satu buku temujanji untuk catatan tarikh program seterusnya. Selepas dokumentasi, anda akan mendapat temujanji pertama iaitu temujanji untuk program orientasi.

Program Orientasi ini akan dijalankan oleh pegawai bertanggungjawab untuk menerangkan tentang perjalanan program seterusnya. Selain itu, di dalam orientasi juga akan ditegaskan dengan syarat-syarat pengawasan sepanjang menjalani program pemulihan. Selepas orientasi fail klien akan diserahkan kepada Pegawai Pemulihan untuk dijalankan program pemulihan seterusnya.

Apabila habis orientasi, klien akan diberikan tarikh temujanji baru bersama Pegawai Pemulihan. Di sinilah bermulanya proses pemulihan klien yang menjalani pengawasan bersama AADK. Kebiasaannya klien akan sebut program pemulihan ini sebagai lapor diri atau program AADK. Bermulalah perjalanan klien menghadiri program yang diadakan setiap bulan dengan pelbagai aktiviti.


Program Pemulihan Yang Dijalankan Oleh Pihak AADK

  • Pendekatan Psikososial
Program Early Recovery
Program Relapse Prevention
Kelompok Sokongan Sosial
Pembangunan Keluarga

  • Integrasi Sosial / Khidmat Masyarakat
  • Psiko-Pendidikan
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Program Keagamaan & Kerohanian
  • Rawatan Perubatan
  • Pembangunan Kerjaya
  • Lawatan Ke Rumah

Program-program ini telah disusun oleh Pegawai Pemulihan. Setiap program dijalankan mengikut keperluan klien mengikut tajuk-tajuk yang ada dibawah setiap program yang ada. Klien yang gagal hadir program tanpa sebab yang munasabah dianggap telah melanggar syarat pengawasan. Walaubagaimanapun, sebelum mengambil tindakan langgar syarat Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan akan mengambil tindakan pengesanan terlebih dahulu. Sehinggalah langkah terakhir klien masih gagal menghadirkan diri, tindakan seterusnya akan diambil.

Semoga perkongsian ini dapat menerangkan kepada klien juga keluarga klien yang terlibat tentang perjalanan yang akan dilalui sepanjang 2 atau 3 tahun ini mereka menjalani pengawasan. Pihak AADK juga tiada halangan jika ada klien ingin berpindah ke tempat lain, yang penting maklumkan pada AADK asal untuk proses pertukaran.

Post a Comment

14 Comments

  1. terima kasih sha sebab kongsi...
    memang satu info yang baru buat kita...
    selalu dengar je tp x tau apa yg diorang akan buat kat pusat camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 .. sha cuba kongsi apa yg org xbiasa nak tahu..

      Delete
  2. Info macam nie kite kena tahu, bagi membantu mereka yang memerlukan boleh dijadikan bahan rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea bonda.. kita xpasti bila kita akan hadapi benda2 cmni.. sama ada kawan..keluarga..jiran

      Delete
  3. Info yang sangat bermanfaat ni. Ramai yang tak tahu AADK ada buat program macam ni

    ReplyDelete
  4. terima kasih Shar, kongsi info bermanfaat sebegini.
    ramai yg tak tahu program2 AADK ni macam mana,
    dah baca baru tahu usaha AADK di dalam membantu bekas penagih pulih sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. InsyaAllah kita kongsi apa yg org luar xtau

      Delete
  5. Terbaik. Macam² program yang mereka dapat sepanjang tempoh tersebut.

    ReplyDelete
  6. Bagus perkongsian nie.. dapat juga beri info dan manfaat bg yg memerlukan..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, sy mohd.. nak sekiranya seorang itu ingin berubah dan ingin menjalani program pemulihan akan tetapi orang itu adalah sumber untuk percarian keluarga beliau.. ada tak program yg sesuai untuk org yg berkejaya dimana dia wajib hadir di tempat beliau kerja kerana jawatan nya penting untuk nyawa seseorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam En.Mohd. AADK juga ada sediakan pusat yang menerima outpatient, boleh dftr sebagai outpatient dan dapatkan rawatan.

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi