Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SIMPTOM DAN KOMPLIKASI KENCING MANIS – MASIHKAH ADA HARAPAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS UNTUK SEMBUH?

SIMPTOM DAN KOMPLIKASI KENCING MANIS – MASIHKAH ADA HARAPAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS UNTUK SEMBUH?

 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera semua. Bila sebut tentang penyakit kencing manis ianya agak menggerunkan bagi Sha. Hal ini kerana Sha sendiri merupakan keturunan kepada pesakit kencing manis yang mana ibu Sha sendiri telah kehilangan kedua-dua belah kaki akibat kencing manis. Mungkin terlambat mencari penyelesaian kepada masalah ini, telah menyebabkan kegagalan menyelamatkan kaki Mak. Apa yang sudah lepas kami tak boleh pusing kembali untuk mengubah tindakan. Kali ini kami anak-anak yang perlu mengambil iktibar daripada kejadian yang terjadi kepada ibu kami. Jadi sebelum terlambat marilah sama-sama kita muhasabah diri terutama bagi yang berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis. Jom kenal pasti apakah simptom-simptom awal penyakit kencing manis.


SIMPTOM-SIMPTOM KENCING MANIS

 

Untuk pengetahuan korang, kencing manis mempunyai beberapa simptom atau petunjuk awal. Simptom diabetes sebenarnya bergantung pada paras kandungan gula dalam darah. Tidak semua orang yang menghidapi kencing manis lebih-lebih lagi diabetes jenis 2 mempunyai tanda-tanda kencing manis ini pada peringkat awal kerana diabetes jenis 2 merupakan penyakit yang progresif secara perlahan. 6 dari 10 tidak mempunyai simptom apabila mereka di diagnos sebagai diabetes jenis 2. Antara simptom yang sering dialami penghidap diabetes adalah seperti ;-

 

Kaki rasa kebas dan panas

 

Rasa kebas kaki ini bukan sahaja dikira sebagai simptom untuk penyakit kencing manis, bahkan ia juga merupakan sejenis komplikasi yang membabitkan saraf dan tergolong dalam kumpulan besar komplikasi neuropati diabetes.

Neuropati diabetes adalah salah satu daripada komplikasi jangka panjang yang paling kerap berlaku dalam penyakit kencing manis, mempengaruhi sehingga 50% daripada kesemua pesakit. Selain rasa kebas, rasa nyilu, rasa panas terbakar, rasa tajam, rasa sakit menjalar dan juga rasa sesemut seperti renjatan elektrik.

 

Gangguan deria rasa pada bahagian kaki ini biasanya akan bertambah teruk pada waktu malam sehingga mampu untuk mengganggu tidur seseorang itu. Rasa sakit dan tidak selesa ini berupaya untuk menyebabkan gangguan pada aktiviti harian seseorang itu sehinggakan mereka akan mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti. Neuropati diabetes bukanlah hanya rasa kebas kaki dan tangan sahaja, ia adalah komplikasi penyakit kencing manis yang berupaya untuk menyebabkan pelbagai kesan buruk yang tidak diingini. Dengan kerosakan saraf sensasi menyebabkan rasa kebas kaki yang beransur-ansur menjadi teruk, seseorang  individu mungkin tidak perasan jika berlakunya luka pada kaki mereka.

Tambahan lagi, memandangkan bekalan darah lebih banyak diperlukan untuk menyembuhkan luka atau ulser berbanding dalam keadaan biasa, tempoh penyembuhan luka atau ulser akan menjadi lebih lama berbanding biasa.

 

 

Cepat letih, lesu dan mengantuk

 

Rasa letih atau lesu boleh disebabkan oleh paras gula darah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kandungan gula yang tinggi tanpa diproses menyebabkan badan anda tidak dapat bekalan tenaga yang anda perlukan. Sebab itulah penghidap kencing manis mungkin berasa penat setiap hari.

 

Luka lambat sembuh

 

Kerosakan salur darah disebabkan paras gula yang berlebihan dalam darah. Keadaan ini memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka. Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

 

Mereka juga mengalami simptom lain seperti ;

 

- kerap buang air kecil, terutamanya waktu malam

- sering lapar dan dahaga

- sakit kepala, moody atau panas baran

- mulut dan bibir yang kering

- mudah mengalami jangkitan seperti bisul, panau & kayap

- kabur penglihatan

- perubahan berat badan sama ada menaik mendadak ataupun menurun walaupun nafsu makan bertambah

- gatal-gatal, terutama pada kelamin bahagian luar yang mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kulat seperti kurap.

 

Diabetes jenis 2 perlu diambil serius. Jika tidak dikawal dan dirawat, ia boleh menurunkan kualiti hidup penghidapnya dan menyebabkan pelbagai komplikasi yang melibatkan mata, jantung, buah pinggang, saraf dan kaki anda. Pengawalan glukosa darah, tekanan darah dan tahap lemak darah yang baik, bersama dengan penjagaan gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang.

 

 




 
 
Lebihan gula bersifat asidik dan menyebabkan keradangan sehingga membuatkan salur darah tersumbat. Segalanya bermula dengan ayat ‘angiopati’ (angio=salur darah,pati=penyakit) yang merujuk kepada penyakit salur darah.

 

Akibat sumbatan ini, sel-sel contohnya sel pada saraf tidak mendapat oksigen dan zat nutrisi yang sepatutnya. Bukan itu saja, bahkan bahan kumuh pun tidak dapat dialirkan keluar dengan sempurna. Paras gula yang tinggi akan membuatkan salur darah halus tersumbat dahulu (mikroangiopati) seterusnya salur darah besar pula akan terjejas (makroangiopati) Maka timbullah simptom-simptom seperti kebas kaki,rasa menyucuk dan rasa panas pada kaki seperti dilayurkan api. Salur darah ke bahagian lain juga turut terlibat hingga menjejaskan pelbagai fungsi organ-organ tubuh dan mencetuskan pelbagai komplikasi.

 

  1. Masalah mata

 

-          45% penghidap diabetes jenis 2 mempunyai retinopati selepas 15 tahun. Retinopati terjadi apabila salur darah di retina menjadi bocor atau akibat salur darah baru yang tidak normal dan rapuh. Ia boleh merosakkan penglihatan tengah mata dan jika tidak dirawat, boleh merosakkan penglihatan anda.

 

-          Bukan itu sahaja, penghidap diabetes jenis 2 juga mempunyai risiko 5-6 kali ganda mendapat katarak berbanding orang biasa. Risiko glaukoma juga meningkat 2x ganda.

 

2.         Masalah buah pinggang

 

-          Penyakit buah pinggang berlaku apabila buah pinggang mula gagal berfungsi. Ia berkembang sangat perlahan dan mengambil masa bertahun-tahun tanpa menunjukkan sebarang simptom. 45% penghidap diabetes jenis 2 mempunyai masalah buah pinggang dan 61% pesakit dialisis di Malaysia adalah penghidap diabetes jenis 2.

 

-          Penyakit buah pinggang boleh menjadi sangat serius, oleh sebab itu penting untuk mendapatkan pemeriksaan pada setiap tahun. Ia sering terjadi dikalangan penghidap diabetes yang lebih 10 tahun. Tanda-tanda awal selalunya kencing berbuih (protein di dalam air kencing) dan kerap kencing pada waktu malam. Kawalan paras glukosa darah, tekanan darah dan paras kolesterol darah dapat mengurangkan risiko penyakit buah pinggang.

 

3.         Masalah saraf atau kerosakan saraf

 

-          Neuropati adalah kerosakan kepada saraf. Paras glukosa darah tinggi boleh merosakkan saraf badan, melemahkan keupayaan mereka menghantar isyarat. Glukosa darah yang meningkat juga boleh membahayakan saluran darah itu membawa oksigen dan nutrien kepada saraf.

 

-          Terdapat pelbagai jenis neuropati;

 

-          Motor neuropati sangat jarang berlaku. Ia melibatkan mata dan otot kaki. Motor neuropati boleh menyebabkan otot di sekitar peha lemah. Jika saraf-saraf di sekitar otot kaki terjejas, ia boleh menyebabkan kecacatan pada kaki.

 

-          Autonomik neuropati mempengaruhi saraf yang mengawalnya segala aktiviti automatic badan. Ia termasuk organ organ seksual bagi lelaki dan wanita (menyebabkan masalah mati pucuk dan kekeringan faraj), perut, usus dan kelenjar peluh. Simptomnya adalah berbeza bergantung kepada bahagian tubuh yang terjejas.

-          Sensori neuropati mempengaruhi saraf yang membawa mesej dari kulit, tulang dan otot ke otak. Ia merupakan neuropati yang sering berlaku di kalangan pesakit diabetes yang biasanya melibatkan kaki tetapi juga boleh berlaku di bahagian tangan. Ia boleh menyebabkan individu mula hilang deria untuk merasakan kesakitan. Simptom sensori neuropati termasuk kebas, kesemutan dan sensitiviti yang melampau untuk disentuh.

 

4.         Masalah kardiovaskular (jantung atau strok)

 

Ia termasuk penyakit jantung, strok/angin ahmar dan semua penyakit yang berkaitan jantung. Penghidap diabetes adalah empat hingga lima kali lebih berisiko untuk mendapat masalah kardiovaskular berbanding individu yang tiada diabetes. Pengawalan paras glukosa darah, penjagaan penyakit berkaitan darah tinggi dan kolesterol boleh menurunkan risiko penyumbatan salur darah atau aterosklerosis. Aterosklerosis boleh menyebabkan aliran darah ke jantung tersumbat seterusnya menyebabkan serangan jantung. Jika penyumbatan tersebut terjadi di sekitar salur darah yang membawa darah ke otak, ia boleh menyebabkan terjadinya strok.

 

Selain melihat kesan kencing manis pada ibu sendiri, Sha juga membaca banyak pengalaman orang lain yang menghadapi kencing manis. Tetapi Sha nak kongsikan satu kisah yang sedikit bernasib baik berbanding Mak Sha. Jom ikuti kisah Encik Nasir Bin Kadim yang berusia 70 tahun dari Segamat, Johor.

 

 

PERKONGSIAN BEKAS PEMANDU TEKSI MINTA DOKTOR POTONG KAKI SEBAB TAK TAHAN SAKIT SANGAT!

 

 


Segalanya  bermula dengan sakit di bahagian kaki. Mula-mula rasa kebas dan mencucuk, kemudian diikuti berat badan susut secara mendadak dan jalan terakhir, kaki kiri akhirnya terpaksa dipotong.

 

30 tahun yang lalu, En Nasir disahkan menghidap kencing manis. Namun begitu, beliau mengakui telah mengabaikan kesihatan dengan terus menjalani kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Keluar kerja di waktu pagi dan balik ke rumah lewat malam. Tiada masa untuk bersenam. Makan minum pun tak jaga. Setiap hari minum minuman bergas berbotol-botol dan jika berjumpa rakan pastinya teh tarik dan roti canai menjadi hidangan yang paling digemari. Waktu itu, kesannya masih belum kelihatan dan beliau langsung tidak menyangka ia akan menjadi lebih teruk selepas kakinya dipotong.

 

En. Nasir masih tidak boleh melupakan saat bagaimana keadaan kakinya menjadi semakin memburuk. Ia bermula dengan hanya luka kecil di celah ibu jari dan luka tersebut mulai berubah menjadi kehitaman. Sebijik macam kisah mak Sha! Apabila berjumpa doktor, hanya satu saja jawapan. Potong! Rupanya luka kecil tersebut telah melarat dan langsung tidak disedari En Nasir. Sebaik pulang ke rumah pula, En Nasir langsung tidak menjaga kesan luka ibu jari yang dipotong tadi dengan sebaiknya. Luka yang tidak sembuh membuatkan ia terus merebak ke bahagian lain, sehinggalah akhirnya kaki kirinya pula terpaksa dipotong bermula dari bawah lutut.

Kencing manis sememangnya pembunuh senyap. Kita hanya sedar apabila keadaan sudah menjadi kritikal. Doktor memberitahu bahawa jika En Nasir masih terus dengan sikap sambil lewa terhadap penjagaan kesihatan dirinya, berkemungkinan besar kaki kanan beliau pula akan dipotong.

Ngeri memikirkan kesakitan, keperitan dan kesukaran yang bakal di tanggung, En Nasir berikhtiar dengan cara lain untuk merawat dan mengatasi masalah yang dihadapi. Isteri En.Nasir yang sangat prihatin dengan keadaan suaminya menyarankan agar En Nasir mencuba suplemen Eskayvie Phytax sebagai usaha untuk rawatan tambahan. Melihat banyak testimoni berjaya menunjukkan keberkesanan Eskayvie Phytax bagi penghidap kencing manis, En Nasir bertawakkal semoga masih ada harapan untuk menyelamatkan kakinya yang sebelah lagi. 



Ternyata ia pilihan yang terbaik kerana semenjak mengamalkan Eskayvie Phytax, En Nasir mendapati luka di kaki kanannya yang menunjukkan kesan kehitaman telah menghilang. Kakinya kembali bersih dan cantik. En Nasir terasa sangat lega dan gembira kerana pada mulanya beliau sudah rasakan tiada harapan lagi dan hampir hendak menyerahkan kaki kanannya untuk dipotong.

Sebolehnya En Nasir ingin bebas daripada kencing manis tetapi yang paling penting, beliau tidak mahu kehilangan sebelah kaki lagi. Beliau sangat bersyukur kerana akhirnya ditemukan dengan Eskayvie Phytax yang telah menyelamatkan kakinya yang satu lagi.


Ya, yang nasib baiknya kaki En.Nasir hanya sempat dipotong sebelah sahaja. Manakala mak Sha terpaksa dipotong kedua belah kaki demi untuk mengelakkan risiko lebih teruk dan menyelamatkan nyawa.

 

Penghidap kencing manis sebenarnya cenderung untuk mengalami masalah luka yang lambat sembuh. Ini berpunca daripada salur darah yang tersumbat yang disebabkan oleh paras gula yang berlebihan dalam darah. Keadaan ini memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana oksigen dan nutrisi penting untuk penyembuhan luka tidak dapat disampaikan ke seluruh anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasa sakit pada bahagian yang luka. Paling menakutkan apabila luka kecil ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

 

 

MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN LUKA MENGGUNAKAN BIJI ANGGUR

 

Namun terdapat anugerah alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini iaitu biji anggur yang mengandungi resveratrol dan kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex). Ia memiliki keupayaan untuk merangsang gen anti-penuaan yang dinamakan ‘sirtuins’. Gen ini bukan sahaja melambatkan proses penuaan, malah ia memberi jarak masa yang amat diperlukan bagi pembaikpulihan kerosakan DNA agar replikasi sel akan dapat menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Bahan aktif tersebut juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menggalakkan pertumbuhan kulit. Sayangnya ramai yang memilih untuk makan anggur tanpa biji sehingga kehilangan khasiat resveratrol daripada biji anggur yang sangat diperlukan tubuh.


 

 

CARA IKHTIAR MENGHILANGKAN RASA KEBAS DAN MENYEMBUHKAN LUKA LEBIH CEPAT

 

InsyaAllah. Tak salah kita berikhtiar untuk mengubati penyakit kencing manis. Menjadikan kisah En.Nasir di atas sebagai pedoman Sha sarankan kita usaha seperti beliau. Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang. 


Jika korang sertai sekarang, dapatlah nikmati BONUS iaitu konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari www.phytax.com.my .

 


 

Apa lagi korang nantikan? Jangan biarkan anda dan kesayangan anda terus dihantui pelbagai penyakit disebabkan diabetes. Jom tengok lebih lanjut perkongsian di laman sosial Eskayvie Malaysia.

FACEBOOK ESKAYVIE | INSTAGRAM ESKAYVIE

 

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus minum ni... adik k ret mmg ada kencing manis n dia dah start minum ni sejak 2 tahun lepas... n alhamdulilah dah kurang bacaan gula nya...

    ReplyDelete
  2. Takut kan penyakit ni... pembunuh senyap. tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Salam Ramadhan

    ReplyDelete
  4. product ni mmg bgos sbb my grandma makan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi