Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bolehkah Niat Puasa Harian Dan Niat Puasa Satu Bulan Sekali Gus ?

Niat Puasa Harian Dan Niat Puasa Satu Bulan | Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama kita mengerjakan ibadah puasa. Rasanya belum terlambat untuk Sha mengucapkan Salam Ramadhan buat keluarga, rakan taulan dan pembaca semua. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih berpeluang berjumpa dengan bulan mulia bulan Ramadhan. Bulan yang penuh barakah.

Semalam sebelum tidur Sha dan suami sempat membaca niat puasa bersama anak-anak. InsyaAllah mudah-mudahan puasa kali memberi makna yang lebih baik untuk kita semua. Pagi ini juga di corong radio berkongsi tentang niat puasa. Walaupun ramai yang sudah fasih, tapi Sha ingin berkongsi juga dengan niat berkongsi yang baik-baik bersama pembaca.
 

NIAT PUASA SEBULAN & NIAT PUASA HARIAN

 

Perbezaan Niat Puasa Sebulan dan Niat Puasa Harian.

 
Niat puasa sebulan adalah niat yang dibaca dengan niat untuk sebulan kita berpuasa. Manakala niat puasa harian adalah niat yang dibaca setiap hari sepanjang bulan puasa sebelum masuknya waktu imsak.
 
 
 

NIAT PUASA SEBULAN

niat puasa sebulan
 Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
 
 
NIAT PUASA HARIAN
 
niat puasa harian

Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Bolehkah Niat Puasa Sebulan Sekali Gus?


niat puasa

Mazhab Al-Syafi'e
 
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tidak terikat antara satu sama lain.
 
Mazhab Al-Maliki
 
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

Berdasarkan petikan diatas dan perbincangan seorang ustazah di corong radio pagi tadi dapatlah Sha  disimpulkan jawapan yang terbaik. Niat puasa sebulan dibolehkan, kerana dikhuatiri kita terlupa untuk untuk berniat. Tapi seboleh-bolehnya biarlah kita mengucapkan niat puasa setiap malam atau niat harian. Hal ini kerana sebaiknya setiap ibadah kita diniatkan setiap kali kita mahu laksanakannya.
 

 

Tips : Baca niat puasa sebelum tidur


Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang. Jadi jangan lupa amalkan, selepas membaca doa tidur kita terus selitkan niat puasa esok hari. Dengan cara ini korang tak akan lupa membaca niat puasa.

Seronok dapat berniat puasa bersama-sama keluarga. Sebelum ini anak-anak terbiasa dengan doa tidur sahaja, jadi sekarang tambah satu lagi bacaan sebelum tidur. Tambah pula Abang Zaryth teruja nak berpuasa lagi tahun ini. Adik Nur pula nak berpuasa juga katanya, nanti tengok macam mana adakah menahan lapar? semoga dapatlah kita didik anak-anak tentang puasa sebenar.

Post a Comment

3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi