Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 Amalan Bagi Wanita Dalam Haid Ketika Bulan Ramadan

Amalan Bagi Wanita Dalam Haid Ketika Bulan Ramadan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Orang lelaki selalu cakap untung jadi perempuan ada cuti puasa.. huhuhu.. Tapi sebenarnya sayang rasanya tak dapat puasa penuh di bulan Ramadan. Tak boleh solat wajib, tak boleh solat sunat dan tak boleh mengaji Al-Quran. Tapi jangan risau, jika kita didatangi haid ketika dalam bulan Ramadan, kita masih boleh mendapatkan pahala InsyaAllah.


Haid adalah fitrah buat seorang wanita, jadi kita tidak boleh mengelakkannya. Sama ada awal Ramadan atau sempat berpuasa kemudian didatangi haid. Ketika waktu haid pastinya kita akan berasa kosong dan kerugian dalam mengejar pahala di bulan mulia ini. Jangan biarkan diri kita ketinggalan dalam mengumpul pahala bernilai di bukan Ramadan. Jom amalkan amalan yang boleh dibuat ketika haid. 


Amalan Bagi Wanita Dalam Haid Ketika Bulan Ramadan

 
 
1. Berzikir
 
Terdapat banyak zikir yang boleh kita amalkan. Paling mudah berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. Disamping zikir-zikir lain seperti zikir taubat.
 

Tak hanya perempuan yang sedang haid, namun umat muslim pada umumnya juga dianjurkan untuk memperbanyak berdzikir terutama di bulan Ramadan untuk meraih anugerah malam Lailatul Qadar

2. Berselawat
 
Perbanyakan mengingati Rasulullah SAW dengan berselawat keatasnya.
 
Selawat paling ringkas adalah :
 
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Yang mebawa maksud : Ya Tuhan kami, selawatkanlah keatas Nabi Muhammad SAW dan keatas keluarganya.


3. Senyum
 
Bulan puasa bukan hanya setakat mengajar manusia untuk lapar dan dahaga tetapi juga mengajar kita untuk bersabar. Jika sebelum ini kita mudah marah dan mengeluarkan kata-kata tidak baik, apa kata ambil peluang ini untuk menahan diri dari amarah. Perbanyakkan senyum dan sabar.

Senyum sikit untuk pembaca

 
4. Bersedekah
 
Amalan yang selalu dibuat, tetapi perbanyakkan di bulan ini. Sebelum bulan puasa tiba, selain bersedekah secara terus kini kita boleh bersedekah secara atas talian. Banyak dikongsikan akaun persatuan atau pertubuhan yang menyalurkan sumbangan. Tetapi pastikan nombor akaun sah terlebih dahulu baru tranfer tau.
 

Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahwa Dari Abdullah bin Umar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa beliau bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Karena, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni Neraka.” (H.R. Muslim)
 
5. Memohon Keampunan Allah ( Beristigfar)

Perbanyakkan beristigfar. Bermuhasabah diri mengingati kekurangan amalan kita selama ini. Panjatkan keampunan daripada Allah SWT.
 

Beristigfarlah :

 Astaghfirullah hal'aazim             اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
 
6. Mendengar Bacaan Al-Quran
 
Disaran menjadikan rutin harian kita dengan mendengar alunan Al-Quran. Tak kiralah mendengar Al-Quran dengan memasang CD atau pemain suara secara online.
 

Hanya dengan mendengarkan saja, kita bisa mendapat pahala yang berlimpah. Selain itu, kita kan mendapat ketenangan hati dan kejernihan pikiran

 
7. Mendengar Tazkirah/ Ceramah
 
Salah satu amalan yang mudah dilakukan adalah dengan mendengar tazkirah atau ceramah. Dalam perjalanan ke pejabat pun kita sempat mendengar tazkirah di corong radio.
 

Dengan teknologi sekarang, para ilmuan telah menggunakan pelbagai platform untuk menyampaikan ilmu. Jadi tidak ada masalah lagi untuk mendengar perkongsian ilmu seperti sebelum ini yang mana kita perlu ke suatu tempat untuk mendengar ceramah.
 
 
8. Memberi Peringatan Kepada Orang Lain
 
Kebanyakkan orang mempunyai media sosial, apa kata ambil peluang ini kongsi yang baik-baik. Banyak kata-kata atau petikan yang kita boleh kongsi, jadikan amalan. Sebarkan kebaikan walaupun dengan sepotong ayat.
 

 
9. Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
 
Selain bersedekahkan wang ringgit dan barangan. Kita boleh bersedekah makanan kepada jiran, sahabat, saudara mara juga jemaah masjid.
 
10. Membantu Orang
 

Maksud membantu orang lain disini adalah membantu meringankan kerja orang yang berpuasa. Ini biasanya di rumah dan tempat kerjalah paling mudah nak buat. Jika dirumah, ringan tulang membantu membuat kerja rumah lebih dari suami. Di pejabat ambil tugas yang perlukan tenaga lebih.


Boleh Beramal Walaupun Tidak Boleh Berpuasa

Jadi sekarang kita kaum hawa jangan risau dan sabarlah. Penuhi kekosongan lain yang kita tak dapat kerjakan dengan pelbagai amalan lain yang baik. InsyaAllah ada pahala lain yang kita boleh kejar sehinggalah kita dapat berpuasa kembali.

Post a Comment

4 Comments

Terima Kasih Daun Keladi