Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mengatasi Rasa Lenguh Tengkuk Dengan Garci.PRO

Atasi Rasa Lenguh Tengkuk Dengan Garci.PRO | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertugas memasukkan data di dalam komputer adalah satu pekerjaan yang agak mencabar. Walaupun hanya bekerja menaip di papan keyboard tetapi ianya dapat memberi kesan kepada ketidakselesaan pada beberapa bahagian badan kita. Bahagian yang paling terkesan adalah pada bahagian belakang tengkuk. Tambah pula jika posisi kita duduk tidak betul. Masalah ini juga menghantui diri Sha jika tiba masa untuk memasukkan data klien selepas sesuatu program dijalankan. Sakit atau lenguh di bahagian belakang tengkuk kadang-kadang boleh menyebabkan kerja-kerja terbantut kerana terpaksa berhenti seketika untuk melegakan kesakitan.
 
Sebelum ini jika sakit bahagian belakang, Sha perlu berehat dan kadang-kadang ada juga menggunakan minyak sapu lain berjenama X, tetapi tidak tahan lama. Akibat tidak dapat produk yang boleh memuaskan hati, Sha hanya berehat dan membiarkan sahaja rasa lenguh. Tetapi ia agak memberi tekanan kerana ianya berpanjangan sehingga tidak dapat fokus pada kerja. Hinggalah Sha disyorkan oleh seorang rakan untuk menggunakan Massage Gel Garci PRO. 
 
 
 

Gel Garci PRO Merawat Sakit Badan Dan Kebas Pada Anggota Badan


Selepas mendapatkan Massage Gel Garci PRO Sha telah mencubanya kali pertama di pejabat. Kebetulan lenguh-lenguh tengkuk ketika mengadap fail dan komputer dalam tempoh yang agak lama. Pada mula-mula Sha mengenakan gel ini pada tengkuk, tidak terasa apa-apa perubahan. Yang Sha perasan hanyalah sifat gel ini yang cepat menyerap pada kulit. Tetapi beberapa saat kemudian terasa sejuk dan berangin. Alhamdulillah selepas penggunaan, lenguh-lenguh di belakang tengkuk makin hilang dan Sha dapat meneruskan kerja seperti biasa.
 

Hasil penggunaan ini Sha kongsikan pada seorang rakan pejabat. Rupa-rupanya ibu kepada rakan Sha juga memang mengamalkan massage gel yang sama iaitu Garcipro. Kebetulan seorang lagi rakan sedang sakit belakang dan Sha pun mempelawa untuk dia mencuba sedikit massage gel Garci PRO. Alhamdulillah sakit belakang pun menjadi lebih baik dari sebelumnya. Paling best baunya tidak seperti bau minyak angin lain.

Pengalaman Menggunakan Massage Gel Garci Pro


Barang baik kena kongsi, tak gitu? Oleh kerana Sha sukakan kesan Massage Gel Graci Pro ini, jadi Sha pun bacalah tentang Massage Garci PRO ini. Rupanya produk Garcipro ini telah diformulasikan oleh kilang muslim berstatus GMP yang terletak di Machang, Kelantan. Massage Gel Garci Pro ini merupakan produk kesihatan yang dihasilkan oleh MISG Global dan diluluskan oleh KKM (NOT210104156K). Garci Pro gel ini berasaskan minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil. Selain Minyak Kayu Putih, terdapat bahan-bahan terbaik lain terkandung dalam Garci Pro, patutlah best.
 
 


Bahan-bahan Dalam Garcipro

Minyak Kayu Putih
Argan Oil
Peppermint
Menthol Crytals
Aloe Vera
Green Apple
 

Cara Penggunaan juga mudah,


Penggunaan yang simple, hanya picit sedikit gel dan sapu pada bahagian rasa kebas sambil urut perlahan-lahan.
 
 

Manfaat Garci Pro Gel


Selain daripada membantu menghilangkan masalah lenguh belakang tengkuk Sha, Garcipro mempunyai manfaat yang lebih meluas. Sha sebelum ini kerap menghadapi kebas-kebas di bahagian tangan, kini tidak perlu terlalu risau dengan adanya Garcipro kerana ia dapat membantu merawat urat saraf bermasalah yang menyebabkan rasa kebas pada anggota badan juga. Manfaat gel Garci Pro yang lain adalah seperti berikut :


Membantu melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat
Mebantu Melegakan kekejangan otot dan sendi
Melegakan sakit urat dan sakit lutut
Membantu mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
Membantu melegakan selsema dan pening kepala
Membantu melegakan sakit perut atau senggugut
Membantu membuang angin dalam badan
 
Nampaknya banyak kebaikan selepas penggunaan Massage Gel ini. Perkongsian tentang Garci Pro juga telah disiarkan di televisyen. Jom kita ikuti pengalaman artis terkenal Malaysia iaitu Jaafar Onn, kita dengar apa yang membuatkan beliau terus menjadi pengguna Massage Gel Garci.PRO.



Produk ini sesuai diamalkan oleh ;
 
  • lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya.
  • Ahli sukan yang aktif bersukan.

Kalau korang nak tahu, massage gel adalah salah barang yang korang boleh jadikan hadiah pada ibu-bapa atau ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang disebut diatas. Pasti korang akan lebih dihargai. Kalau Sha memang suka sedia minyak urut macam ni semasa balik kampung, tahu dah suami akan sakit badan selepas memandu jarak jauh.

Korang apa tunggu lagi? Tengah sakit pinggang, kebas-kebas ke tu? Jika korang ada masalah seperti Sha sebutkan diatas, bolehlah dapatkan Massage Garci PRO sekarang. Nak lebih banyak testimoni? Nak beli kat mana? Boleh rujuk info dibawah ;


Website rasmi;

www.garciprohq.com

Instagram;

www.instagram.com/garcipromalaysia

Facebook;

GarciProMalaysia - AppleFit

Post a Comment

8 Comments

  1. menarik betul la memang rasa nak try Garci Pro nih , ataupun nak bagi mak saya try juga..

    ReplyDelete
  2. Sha dah try bg mak mertua try juga sbb dia sakit lutut katanya jiran nya pn guna ni juga best pakai kata nya

    ReplyDelete
  3. Garci Pro Gel memang terbaik membantu kebas-kebas di kaki saya... lepas ni nak repeat beli

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah mujarab gel ini menghilangkan lenguh

    ReplyDelete
  6. badan lenguh boleh buat sis jadi stress! yelah nak buat kerja pun susah! bagus juga ada krim mcm gini.

    ReplyDelete
  7. Sama lah, yaya pun selalu rasa lenguh lengkuk. Kalau ada gel urut macam ni best juga.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi