Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kena juga pakai gelang pink

Merasa juga pakai gelang pink | Kisahnya pada hari ahad 25 April 2021, sedang menyiapkan kerja rumah memandangkan petang ini kami mahu berbuka puasa di luar, sebelum itu kami rancang mahu mula mencari baju raya anak-anak. Tetapi kita hanya mampu merancang, Allah SWT juga yang menentukan. Hampir ke waktu tengah hari suami mendapat panggilan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Panggilan yang agak mengejut kerana diarahkan membawa anak sulung Sha iaitu Abang Zaryth untuk menjalani proses swab test untuk covid-19.

Sebenarnya pada hari Sabtu guru kelas Abang Zaryth sudah meminta maklumat iaitu nama dan no kad pengenalan isi rumah secara segera. Tapi Sha mengesyaki apa-apa ke atas permintaan itu. Selepas suami mendapat panggilan daripada KKM maka terjawablah sebab apa curu kelas meminta maklumat tersebut.



Rakan Sekelas Positif Covid-19

Sha pun tak adalah siasat sangat, tapi pihak KKM hanya memaklumkan salah seorang rakan sekelas Abang Zaryth didapati positif covid-19. Maka pada petang itu pada jam 2.30 petang Sha dan suami membawa Abang Zaryth ke tempat ujian covid-19 yang telah diadakan di Gelanggang Tenis Stadium Perak. Pada petang itu Abang Zaryth dan rakan-rakan sekelas yang lain di swab test secara drive thru sahaja.


Selepas Di Swab Test

Pengalaman Swab Test Kali Kedua Abang Zaryth

Agak ramai yang beratur untuk di swab test, kelas Abang Zaryth sahaja dah 34 orang. Jadi sabarlah kami beratur sehingga sampai giliran. Sebenarnya ini bukanlah pengalaman pertama Abang Zaryth kena swab test, semasa PKP pertama tahun lepas Abang Zaryth dah merasa. Kali ini dia agak trauma mungkin, keluarlah air mata sekejap. Pengalaman pertama tak menangis langsung. Selepas swab test dilakukan, teruslah dipakaikan gelang pink.


Kuarantin Sekeluarga


Untuk Sha, suami dan Adik Nur pula kami diarahkan supaya ke Klinik Jelapang pada keesokan harinya untuk memakai gelang pink. Jadi pada pagi 26 April 2021 kami sekeluarga ke Klinik Jelapang Ipoh untuk mematuhi arahan KKM. Jadi kuarantinlah kami sekeluarga selama 3 hari. Nasib baik 3 hari sahaja kena kuarantin..huhuhu.. iaitu sementara mendapat keputusan ujian coronovirus Abang Zaryth.

Keputusan Ujian Covid-19


Pagi 27 April 2021 dijadualkan keputusan ujian akan keluar. Bila dah salah seorang ibu bapa dalam grup whatapps Abang Zaryth kemaskini bahawa mereka telah mendapat keputusan maka bermula rasa tidak sabar untuk mendapat tahu keputusan Abang Zaryth pula. Alhamdulillah akhirnya kami menerima whatapps keputusan ujian Abang Zaryth. Bersyukur sangat Abang Zaryth dan rakan-rakan yang lain didapati negatif.


Buka Gelang Pink

28 April 2021 kami pun ke Klinik Jelapang untuk membuka gelang pink kembali. Terasa lega sangat-sangat dapat gunting gelang. Bukan apa, banyak urusan yang memerlukan suami keluar berurusan. Kami dengan harapan tidak lagi terjadi seperti ini. Sekolah Abang Zaryth juga telah ditutup selama 2 hari untuk sanitasi. Walaubagaimanapun Sha dan suami sepakat untuk bagi Abang Zaryth sekolah kembali pada 3 Mei 2021 (Isnin). 

Pada hari kami sekeluarga membuka gelang, Sha dapat tahu rakan sekerja Sha yang juga jiran terpaksa dikuarantin juga. Disebabkan kes yang sama iaitu rakan sekelas anaknya juga didapatri positif jadi kuarantinlah mereka sekeluarga.

Didoakan kita semua tabah menghadapi ujian ini bersama-sama. Kes semakin hari semakin meningkat, nampaknya harapan untuk balik kampung berhari raya juga terpaksa dilupakan.


Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulilah.. Semuanya bebas covid.. Bersyukur sangat2 kan bila dpt result negatif tu.. Mesti x senang duduk lebih2 lagi kena pakai gelang pink tu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Memang sungguh mendebarkan menghadapi saat2 menunggu keputusan. Syukurlah, negatif.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. itulah kan. Makin hari makin meningkat. Risau usah cakap la apapun semoga kita semua dilindungi. Aamin

    ReplyDelete
  4. Banyak ye kluster sekolah. Alhamdulillah result semuanya negatif.

    ReplyDelete
  5. Kita pulak yang berdebar2, semoga pandemik ini segera berakhir

    ReplyDelete
  6. kesiannya anak-anak yang kene swab test tu... aduhai

    ReplyDelete
  7. bila libatkan anak-anak...kesian sgt..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi