Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan Hotel Casuarina Meru - Bufet Ramadan Terbesar Di Ipoh, Perak

Bufet Ramadan Hotel Casuarina Meru - Bufet Ramadan Terbesar Di Ipoh, Perak | Alhamdulillah tahun ini rezeki berbuka puasa dengan bufet Ramadan. Seronok ya balik kerja tak perlu masak? Ahhahaa... Alah, bukan selalu kan, selalunya memang makan masakan sendiri. 2 tahun lepas Sha sempat merasai bufet Ramadan di Casuarina@Meru ini, tetapi tahun lepas akibat pandemik covid-19 kita tak dapat kemana-mana. Jadi tahun ini ada rezeki berbuka puasa kat sini lagi. Bufet Ramadan Hotel Casuarina Meru pada tahun ini memang terbaik. Rasai perbezaan citarasa masakan di seluruh dunia untuk dijadikan juadah berbuka puasa anda pada Ramadhan tahun ini. Nikmati keunikan masakan tradisional, masakan ala Arab, masakan ala Cina dan pelbagai jenis masakan dari seluruh pelusuk dunia untuk dicuba.


Bufet Ramadan Hotel Casuarina Meru Ipoh Perak Tahun 2021

Menjelma Ramadhan pada tahun ini, Hotel Casuarina@Meru membawakan sebuah konsep khas untuk pengunjung Bufet Ramadan dengan menawarkan Bufet Ramadahn berkonsepkan "Seantero Dunia".

Berdasarkan konsep Bufet Ramadhan "Seantero Dunia" di Hotel Casuarina@Meru pada tahun ini, pengunjung dapat menikmati kepelbagaian budaya dalam masakan dari seluruh dunia. Dari aroma pelbagai rempah masakan timur, hingga kehangatan masakan ala Cina dan tak lupa juga keenakan masakan tradisional yang sememangnya menjadi juadah wajib untuk berbuka puasa. Dari barisan kuih-muoh tradisional, hingga ke masakan resepi turun temurun yang pastinya dapat memuaskan citarasa pengunjung.

 

Menu Bufet Ramadan Hotel Casuarina Meru Ipoh, Perak

 

Setahu Sha Hotel Casuarina@Meru menawarkan 8 menu yang mana bertukar-tukar mengikut giliran. Tetapi tak banyak perbezaan antara menu-menu yang ada dan menu utama yang wajib ada adalah Kibas Panggang. Siapa yang suka kibas memang sesuailah ke Hotel Casuarina@Meru untuk menjamu selera. Isinya yang lembut dipadankan dengan sos lada hitam dan yogurt. Jadi bolehlah ambil kibas panggang dan makan dengan nasi briyani.


 
Terdapat 2 jenis nasi utama di bufet Ramadan kali ini iaitu nasi putih dan nasi briyani selain set Nasi Ayam. Seperti yang korang tengok kat atas, ini adalah lauk-pauk yang sangat menarik dan sedap. Kalau Sha cakap semuanya sedap pasti korang pening kepala nak pilih kan? Tapi nak buat macam mana, Sha dah cuba ayam cili, udang, sotong, pajeri nanas dan sayur tumis memamng semuanya sedap.

 
Kalau nak makan macam ni, jangan ambil terlalu banyak nasilah sebabnya takut nanti tak larat nak makan juadah best yang lain.

 
Korang kalau pergi ke Hotel Casuarina@Meru jangan terlepas pandang pula ya. Dari luar, depan pintu hinggalah ke dalam ballroom memang dipenuhi dengan makan. Banyak sangat gerai makanan, kalau tak silap semuanya ada 12 gerai. Gambar di atas adalah ruang depan pintu masuk, kita boleh nampak 3 kawah, gerai pasembur, gerai keropok lekor, cucur udang dan goreng pisang. Selain itu ada mee, shawarma, murtabak, roti canai dan macam-macam lagi.
 
 

Selepas menikmati juadah utama, pelbagai pilihan pencuci mulut tersedia buat pengunjung seperti pelbagai jenis buah-buahan segar, kuih tradisional, pelbagai jenis pastri dan banyak lagi.

Sementara selepas berbuka, korang boleh menunaikan solat maghrib di surau yang disediakan di tingkat 1 hotel. Semasa menjamah juadah, korang juga akan dihiburkan dengan persembahan busker. Memang berbaloilah kalau korang yang sedang cari bufet ramadan sekitar Ipoh dan memilih Hotel Casuarina@Meru sebagai lokasinya.

Harga Bufet Ramadan Hotel Casuarina Meru Ipoh Perak

Bufet Ramadan " Seantero Dunia" di Hotel Casuarina@Meru akan bermula pada pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Bayaran untuk bufet ini hanya berharga RM69 bagi dewasa, RM54 bagi warga emas dan RM34 bagi kanak-kanak.

Untuk Tempahan Bufet Ramadan Hotel Casuarina Meru

Korang boleh hubungi terus pihak hotel. Sebelum masuk ke ballroom, tersedia beberapa kaunter untuk korang buat pembayaran.

Tempah sekarang di talian 05-529 9999 / 016-5212288

Post a Comment

1 Comments

  1. Biasanya kalau banyak hidangan, saya ketepikan dahulu yang berat seperti nasi, mee, kentang, roti dan yang sewaktu dengan jenis karbohidrat. Makan dulu yang lain sampai puas heheheeee.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi