Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas | Assalamualaukum dan Salam Sejahtera. Salam minggu minggu-minggu akhir Bekerja Dari Rumah (BDR), minggu akhir sebelum anak-anak masuk sekolah semula, minggu akhir jadi suri rumah sepenuh masa. Tak banyak idea untuk masak makan tengahari di rumah dan lama tak makan di kedai menyebabkan kita terpaksa berusaha menyediakan sendiri juadah ala-ala di kedai. Jika sebelum ini Sha kongsikan resepi Nasi Air Pantai Timur, hari ini teringin nak makan set nasi putih dan lauk pauk di kedai siam jadi Sha cuba memasak sup ayam ala thai untuk anak-anak.
Resepi Sup Ayam Ala Thai Yang Mudah Dan Cepat
Bahan-Bahan Untuk Sup Ayam
1/4 ekor ayam dipotong kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
*2 bahan ini ditumbuk
3 biji bawang merah dihiris nipis
1 batang serai diketuk dan di potong serong
1 rempah sup bunjut
2 keping daun limau purut
1 batang saderi
1 batang lobak merah
1 biji tomato
1 sudu sos ikan
2 biji limau nipis diambil jusnya
2 biji cili burung
Cara-cara memasak sup yam
2. Bila naik bau wangi, masukkan bawang merah, serai, sup bunjut dan daun limau purut. Tumis hingga wangi.
3. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Bila air semakin panas, masukkan ayam yang telah dipotong.
5. Masukkan garam, sos ikan dan jus limau nipis.
6. Masukkan lobak merah, hirisan batang saderi dan cili burung.
7. Akhir sekali masukkan buah tomato yang dipotong 6
8. Rasa laa..cukup rasa masam masin manis pedas tak....
Dengan resepi ini sup ayam Sha tak nampak macam kosong sangatkan, meriah dengan serat yang Sha masukkan.
Cadangan Hidangan
Sebenarnya dah rindu nak makan kat kedai siam, itu yang buat sup ala kedai siam nih. Terubat jugaklah mengidam anak tekak ni. Malam pun Sha makan sup ni, senang cuma tambah lauk telur dadar sahaja sudah mencukupi. Kalau ada sambal belacan dengan hirisan timun batang pun best. Cuma cili burung boleh la letak mengikut citarasa masing-masing. Macam Sha tak boleh letak banyak, nanti anak-anak tak boleh makan pulak. Maklumlah ibu dieroang memang kaki makan pedas. Rasanya ini sup ayam paling simple untuk dihidangkan bersama keluarga.
4 Comments
sedapnyaaa makan dgn nasi putih with telur dadar
ReplyDeletesuka sup yang ada rasa masam-masam, sedapnya hirup
ReplyDeletesedapnyaaa. makan dgn nasi putih panas2
ReplyDeletesenang nya cara masak sup ayam thai tu ^^ thanks for sharing
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi