Hot Posts

6/recent/ticker-posts

5 Kelebihan Pesanan Makanan Dalam Talian Untuk Pelanggan Dan Restoran

Menjalani kehidupan di dalam dunia serba serbi digital ini, masing-masing mahu lakukan pelbagai aktiviti dengan cara yang paling mudah! Salah satu daripadanya, apa sahaja yang kita mahukan atau perlukan, mahu diperoleh hanya dengan beberapa klik pada peranti pintar yang kita sayangi. 

Baik makanan, pakaian, permainan kanak-kanak dan sebagainya, semua mahu beli hanya dengan klik di hujung jari. Tak nak lagi keluar sana sini beli belah selalu macam dulu. 


Era serba moden yang semuanya mahu serba serbi cepat ini memberi impak pada pengguna dan juga peniaga. Masing-masing mahu berurusan dalam satu kaedah cara yang sama. Peniaga itu sendiri, suka ataupun tidak, pandai ataupun tidak, perlu selari dengan keadaan kehidupan sekarang jika mahu berjaya dalam dunia perniagaan yang melibatkan urusan jual beli. 




Mengingat perubahan senario, sebahagian besarnya, pengguna mengharapkan kemampuan sebuah restoran untuk membolehkan mereka membuat pesanan dalam talian. 


Sekiranya anda menceburkan diri dalam perniagaan restoran dan belum menyertai sistem pesanan dalam talian restoran, anda sudah kehilangan beberapa peluang hebat untuk mengembangkan perniagaan anda dengan pantas. 


Dengan mengadopsi teknologi baru, anda tidak hanya mempermudahkan kehidupan pelanggan, tetapi juga dapat memastikan perniagaan mampu berdiri tegak di kalangan  pesaing. 


Untuk pesanan dalam talian ini juga, teknologi bukan untuk memesan dalam talian semata-mata, tetapi juga untuk menjangkau orang yang tepat di tempat yang tepat dan pada waktu yang tepat.


Berikut adalah 5 kelebihan pesanan dalam talian:


1. Memudahkan proses membuat pesanan 


Secara tradisinya, orang terpaksa membuat panggilan untuk buat pesanan atau pergi ke restoran untuk pesan makanan dibawa pulang. Buat pesanan di telefon kadangkala boleh berlaku kesilapan. Penyelesaian terbaik adalah beralih kepada pesanan dalam talian. 


Pemilik restoran boleh membuat laman web, aplikasi atau kedua-duanya sekali. Ia merupakan satu proses pesanan yang lebih mudah bagi pelanggan termasuk melancarkan operasi restoran. Mempunyai sistem pesanan dalam talian dapat menjadikan operasi sehari-hari lebih efisien. 


2. Pengurusan pesanan yang cekap 


Sistem pesanan dalam talian boleh membantu meningkatkan hubungan antara pelanggan dan restoran secara menyeluruh. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengurusan pesanan yang menyelaraskan seluruh proses pemesanan mulai dari melakukan pesanan hingga kepada proses penghantaran. 


Setiap kali pelanggan membuat pesanan, sistem pesanan dalam talian yang berkesan menghantar pemberitahuan melalui e-mel atau SMS untuk membantu kakitangan restoran membuat pelaksanaan pesanan lebih cepat. Perisian tersebut juga dilengkapi dengan sistem GPS yang membantu pihak restoran mengetahui lokasi alamat pelanggan dengan betul memastikan penghantaran cepat dan tepat pada masanya.



3. Peniaga boleh pantau situasi semasa perniagaan 


Ini adalah faedah terbesar untuk servis order food dari sistem pesanan dalam talian. Ia dapat memberikan maklumat tepat mengenai aliran tunai di restoran. Peniaga dapat mengawasi kos yang dikeluarkan semasa menyediakan pesanan dan membandingkannya dengan hasil jualan kasar, semua ini dapat bantu pengusaha restoran mengesan keuntungan. 


Pada hari menerima ratusan pesanan, sistem pesanan dalam talian akan memberi terjemahan wang yang tepat bagi setiap pesanan tanpa perlu melihat daftar tunai.


4. Memiliki data pelanggan yang lebih baik 


Siapa pelanggan tetap? Siapa pula pelanggan baru? Apa review maklumbalas dari pelanggan? Apa yang mereka suka pesan dari restoran? Menu makanan mana satu yang paling popular? Adakah mereka mengetahui promosi dan tawaran di laman web? Adakah pelanggan lebih suka membuat pesanan dari laman web atau aplikasi? 


Semua jawapan untuk soalan ini dan soalan lain yang berkaitan dapat dijawab menggunakan analisis yang disediakan oleh sistem pesanan dalam talian. Data ini berharga kerana peniaga dapat menggunakannya untuk melihat perkembangan dan situasi semasa pelanggan terhadap perniagaan. 


Pengusaha restoran juga dapat menyesuaikan menu, harga tawaran dan sebagainya untuk memberikan pengalaman yang lebih baik untuk semua orang.


5. Dari perjumpaan hingga ke kawasan yang sesak


Ada kalanya seseorang pelanggan itu tidak dapat membuat panggilan telefon untuk memesan makanan. Pemesanan dalam talian membolehkan pelanggan membuat pesanan pada bila-bila masa dan di mana sahaja menggunakan telefon bimbit, tablet atau gadget yang lain. 


Tidak perlu pelanggan menghubungi dan membuat panggilan dalam keadaan mereka sibuk berkerja dan sebagainya. Dengan aplikasi mudah alih, pelanggan boleh membuat pesanan secara senyap-senyap tanpa perlu bercakap melalui telefon. 



Tidak ada ongkos yang cukup untuk bina website dan aplikasi sendiri? Tak mengapa, boleh terus guna aplikasi pesanan atas talian oleh Foodpanda. Dengan Foodpanda pengusaha restoran tidak perlu keluar belanja lebih untuk bina website sendiri dan tidak perlu juga susah payah mencari pelanggan dari basic. 


Ramai orang sudah kenal dan sedia maklum tentang Foodpanda. Ini bermakna, Foodpanda sudah ada peminatnya yang tersendiri. Apa yang perlu dilakukan hanya daftar di website Foodpanda dan mula iklankan makanan yang ditawarkan. 


Jika rasa sedap, kualiti bagus, kebersihan terjamin dan servis juga baik, tidak mustahil semakin hari semakin ramai pelanggan setia Foodpanda yang akan membuat pesanan dari premis anda hanya dengan cara klik di hujung jari. 

Post a Comment

5 Comments

  1. sy order melalui org cod ke rumah rabia

    ReplyDelete
  2. jarang jarang guna food panda... rumah tak jauh dari kedai makan

    ReplyDelete
  3. akak mmg sehari mesti ada je nak guna khidmat food panda or grab food ni :P

    ReplyDelete
  4. sayalah pengguna tegar foodpanda ni, sayang juga duit kadang, tapi tu lah..nak keluar malas, dialah penyelamat hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi