Powered by Blogger.

Wednesday, December 23, 2020

Cuti Kelepasan Am Tahun 2021 Format PDF

8 comments
Cuti Kelepasan Am Tahun 2021 Format PDF | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Walaupun tahun 2020 bakal kita tinggalkan dengan pelbagai dugaan yang masih berpanjangan hingga kini ekoran pandemik covid-19. Tetapi masa tidak akan menunggu kita dan sentiasa bergerak setiap detik. Dalam tak sedar hanya tinggal beberapa hari kita akan melangkah ke tahun 2021.

Seperti biasa sebelum menyambut tahun baru tiba, persediaan dan perancangan untuk tahun seterusnya tetap ada. Tidak kira bagi yang bekerja makan gaji, bekerja sendiri, pelajar, anak-anak pasti akan terlibat dengan takwim cuti kelepasan am pada tahun terbabit. Pada Sha jadual cuti kelepasan am adalah penting untuk perancangan cuti dan pergerakan setiap tahun.

Memandangkan ianya penting, setiap orang akan tetap akan merujuk jadual cuti kelepasan am negara sebagai rujukan untuk kalendar besar tahunan. Paling tidak sebagai pengetahuan am sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Jadi di sini Sha ingin berkongsi cuti kelepasa am 2021 yang diambil daripada laman web rasmi kabinet Malaysia.

cuti kelepasan am



Cuti Kelepasan Am 2021 PDF






Dengan adanya jadual cuti kelepasan am untuk tahun 2021 ini kita dapat merancang kewangan, cuti tahunan, program yang akan dijalankan sepanjang tahun. Selain itu bagi organisasi dapatlah merancang gerak kerja setiap bajet yang diterima. Bagi yang jauh diperantauan seperti Sha, dapatlah merancang cuti balik kampung dengan lebih terancang.

Oleh itu, penting untuk kita mempunyai jadual cuti kelepasan am setiap tahun baru sebagai rujukan perjalanan hidup kita. Semoga ianya memberi manfaat bagi yang memerlukan. Sama-samalah kita doakan tahun 2021 nanti lebih bermakna dan dapat kita bebas daripada pandemik covid-19 ini.

Jika kita bebas, lagi seronok tengok dan rancangan percutian. Maklumlah tahun 2020 berlalu dengan banyak perancangan yang tertangguh.

Jumpa tahun depan !



 

 

 

 

 

 

 

8 comments:

  1. Hi sis!! Hoping that 2021 will be our year InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. noted!!! hahaha excited for 2021 ni

    ReplyDelete
  3. i just hope 2021 will b a good year for me. 2020 ni too much tears n im tired :(

    ReplyDelete
  4. 2020 is not a good year utk kebanyakan kita.. huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi