Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Makanan Citarasa Perak Di Restoran Labu Sayong Di Meru Ipoh

Makanan Citarasa Perak Di Restoran Labu Sayong Di Meru Ipoh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam sepatutnya Sha perlu kerja malam dan dah sedia untuk kerja, jadi tak adalah sedia nak masak malam-malam. Oleh sebab tak ada idea nak makan apa, Sha ajak suami dan anak-anak makan malam kat luar sahaja. Selalunya Sha yang akan cari tempat makan best di Ipoh dan sekitarnya yang tidak jauh dari rumah kami. Semalam kami mecuba satu restoran yang tak pernah kami jejak, kiranya kali pertamalah Sha cuba makan makanan di sini. Restoran yang Sha maksudkan adalah Restoran Labu Sayong. Sebenarnya bila sebut nama restoran ni ramai kawan Sha cakap jauhnya Sha nak makan sampai ke Kuala Kangsar katanya. Tapi mereka tak tahu restoran ini sebenarnya hanya di Ipoh sahaja. Kalau malam-malam teringin nak makan masakan pior perak bolehlah cuba datang sini. Biasanya malam-malam susah nak cari tempat makan malam yang menyediakan lauk pauk dengan nasi putih. Kalau nak makan goreng-goreng atau makanan barat mungkin agak banyak pilihan tapi kalau nasi set makan malam berlauk terutamanya ada lauk daging salai masak lemak agak susah la.

Set Makan Malam Di Restoran Labu Sayong Meru

 
 
Kali pertama sampai di sini memang terpegun dengan suasananya yang memang lain daripada restoran atau kafe hipster lain yang tumbuh bagai cendawan. Restoran yang indah berkonsepkan rumah kampung tradisional "Rumah Kutai" merupakan salah satu jenis rumah tradisional Perak. Pada yang suka bergambar tu bolehlah mencipta kelainan bila memilih untuk makan di sini kerana selain korang dapat menikmati makanan yang pelbagai, korang juga dapat menikmati suasana yang tenang dan privacy dengan cahaya yang agak klasik. Bukan setakat makan best di Ipoh, tapi rekabentuk restoran ini juga boleh menjadikannya tempat menarik di Ipoh yang korang wajib singgah.
 
 

Makan Malam Eksklusif & Klasik


Untuk menikmati makan malam yang best di Meru Ipoh, korang boleh pilih datang ke Restoran Labu Sayong. Restoran ini beroperasi bermula jam 6.00 petang, jadi memang cantiklah setkan untuk waktu makan malam bersama keluarga tersayang. Restoran ini dibuka sehingga jam 10.00 malam sahaja. Di sini korang boleh memilih untuk makan di dalam atau dibahagian luar. Tapi kalau di dalam mungkin lebih eksklusif sambil menikmati pameran beberapa labu sayong yang menjadi kebanggaan negeri Perak.

 
Sekarang Restoran Labu Sayong Meru Ipoh menyediakan satu set makan malam yang terdiri daripada lauk pauk yang bercitarasa Melayu Perak. Malam itu memang Sha kenyang betul makan empat beranak, nasi pun bertambah maklumlah memang suka Daging Salai Masak Lemak. Nak tahu apa dalam set makan malam yang berharga RM 45.00 sahaja untuk 2 orang. Tapi Sha makan 4 orang cukup jee.. Yang menariknya setiap meja makan dihiasi dengan satu labu sayong yang pelbagai corak dan cantik.

Port Makan Menarik Di Ipoh 


Restoran Labu Sayong ini merupakan rumah tradisional Perak yang dikenali sebagai Rumah Kutai Anjung Beranda. Rumah ini dibina berdasarkan gaya seni bina Rumah Bumbung Melayu atau Rumah Kutai kepunyaan Tok Anjang Pelita yang merupakan seorang penghulu di Pasir Salak. Ianya dibina sekita tahun 1840an. Pada tahun 1875, British telah membakar kebanyakan rumah di kawasan tersebut kecuali rumah Tok Anjang Pelita. Rumah Tok Anjang Pelita ini adalah dari jenis rumah kutai anjung beranda.

Gaya seni bina Rumah Kutai merupakan gaya seni bina kediaman yang dibina sebelum tahun 1900. Rumah Kutai banyak terdapat di sepanjang sungai Perak terutama di Daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Hilir Perak. Di Negeri Perak, perkataan "Kutai" bermaksud tua ataupun lama. Apabila merujuk kepada rumah kutai secara lisannya ia merujuk kepada rumah lama.


Kalau korang mencari kedai makan berdekatan Bulatan Meru Ipoh , korang patut cuba makan di sini kerana ianya kedai makan terdekat dengan Bulatan Meru jadi lepas makan korang boleh terus jalan kaki untuk lepak santai bersama keluarga tersayang. Tengoklah anak-anak Sha ni, bab bergambar memang tak tolak. Lepas makan bising mengajak ke Bulatan Meru maklumlah kat sana meriah dengan lampu-lampu.

Set Makan Malam Sayong Signature

Hidangan utama


 Nasi Putih
Ayam Tepet Cili Berapi
Daging Salai Masak Lemak
Fillet Ikan Masak Masam Manis
Sayur Campur Goreng Udang Geragau

Pencuci Mulut

Sagu Gula Melaka

Minum
Sirap Selasih


Perkhidmatan Penghantaran Makanan Sekitar Ipoh


Untuk pengetahuan korang, jika korang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Restoran Labu Sayong ini korang juga boleh membuat tempahan melalui telefon atau whatapps sahaja. Restoran ini menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk kawasan ipoh atau berdekatannya. Jadi korang tak perlu susah-susah ke restoran jika tak sempat atau tak dapat keluar rumah. Teringin set makan malam dengan lauk daging salai masak lemak macam Sha makan ni, memang tak ada hal lah asalkan korang hubungi pihak restoran terus.

Makan Malam Sesuai Untuk Sambutan Hari Lahir Atau Ulang Tahun


Pada Sha suasana Restoran Labu Sayong sangat sesuai untuk yang mahukan suasana persendirian untuk mereka yang mencari tempat untuk majlis kecil seperti majlis hari lahir pasangan atau sambutan ulang tahun perkahwinan di sekitar Ipoh. Korang jangan risau Restoran Labu Sayong tidak hanya menyediakan set makan malam di atas, tetapi terdapat pelbagai pilihan menu lain lagi. Jadi apa lagi, harap pencarian korang nak makan malam kat mana di Meru Ipoh akan selesailah.

Post a Comment

3 Comments

  1. cantiknya deko dalaman dia Sha, tradisional sangat kan, sedap ye Sha menu2nya boleh lah try nanti kalau ke ipoh :)

    ReplyDelete
  2. menariknya restoren ni, ada rezeki nanti nak pergilah :)

    ReplyDelete
  3. Whoaaa.. x pernah sampai Perak sanaaa...
    teringinnya.. boleh masuk dalam list la.. nama restoran ni.. heheh..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi