Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Kari Daging Yang Sedap Dan Pekat

Resepi Kari Daging Yang Sedap Dan Pekat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila musim hari raya korban memang stok daging lebih dari biasalah dalam peti sejuk tu. Selagi tak habis daging tu selagi itulah masak daging hari-hari. Daging-daging ini patut habiskan cepat-cepat sebabnya bila lama sangat tak sedap dan lambatlah boleh mula diet balik. Selepas buat Sup Tulang Gearbox baru-baru ini, Sha buatkan daging kari pekat untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Macam biasa untuk lembutkan daging Sha gunakan periuk noxxa untuk merebusnya sehingga lembut iaitu selama 30 minit dengan High Pressure. Untuk rebus daging biasanya Sha masukkan daging dan air lebih tinggi sikit daripada daging, cukuplah nanti nak guna sikit air rebusan masa masak kari daging.

resepi kari daging 
 

RESEPI KARI DAGING YANG PEKAT DAN SEDAP

 
1 kg daging, campur dengan bahagian tulang ada.
2 cawan air rebusan daging
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji tomato
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk ketumbar
3 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
garam
1 cawan santan
daun kari
Minyak masak untuk menumis

CARA-CARA MEMASAK KARI DAGING KUAH PEKAT


1. Rebus daging selama 30 minit dalam periuk noxxa.
 
2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan halia.
 
3. Kemudian masukkan tomato yang dipotong 4 bersama 4 sekawan iaitu kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun kari.
 
4. Tumis sekejap dan masukkan daging yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan.
 
5. Masukkan garam, serbuk cili dan serbuk jintan manis. Kacau supaya serbuk repah tidak berketul.
 
6. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk kari daging. Kacau lagi hingga sebati dan kemerah-merahan. Tambah sedikit air rebusan. Masak sampai menggelegak.
 
7. Akhir sekali baru masukkan santan dan daun kari. Ok dah siap !
 
kari daging kaww

Memang puas hati dapat buat daging kari pekat ni, bukan setakat sedap dimakan bersama nasi panas tetapi kalau ada pulut ni memang terangkatlah. Sha masak simple je hidang nasi panas dengan kari daging padankan dengan ayam goreng untuk anak-anak juga sayur sawi dan kubis. Rasanya buat tak banyak, tapi tak habis juga jadi kita buat lauk untuk bekal ke tempat kerja keesokannya. Kari kalau lagi lama lagi sedapkan, sampaikan suami Sha balik ingatkan adalah lagi tinggal dalam kuali tapi Sha dah bagi licin. Maaf sayang. Jadi jika korang dah bosan makan kari daging biasa, korang boleh masak resepi kari daging pekat macam ni pulak.

Post a Comment

6 Comments

  1. Perghh dapat makan dgn pulut sedap ni...

    ReplyDelete
  2. Kari daging memang fav akak...tapi kena campur ngan lemak2 skit...uiii cicah roti canai or cekodok...memang best

    ReplyDelete
  3. wow nampak sedap tuh. bab masak kari-kari ni saya mmg kurang mahir sikit but still learning. tq for sharing..

    ReplyDelete
  4. sedapnya nengok kari daging tuh...

    ReplyDelete
  5. Dapat makan dengan roti jala pun sedap ni sha.

    ReplyDelete
  6. Lama xmakan. Rasa nak buat lah.. Hehe macam2 boleh cecah

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi