Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Belajar Resepi Doh Roti Bun Yang Lembut Dan Sedap

Belajar Resepi Asas Doh Roti Bun Yang Lembut Dan Sedap | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada 18 Oktober 2020 (Ahad) yang lepas Sha berkesempatan untuk menyertai satu kelas memasak bersama klien dan rakan-rakan. Mana tak sayang pada kerjaya yang sudah 12 tahun Sha harungi ini, sambil kita memberi ilmu dan membuka peluang kepada klien, kakitangan juga berpeluang menimba ilmu bersama-sama. Bila ketua mengarahkan supaya Sha menjadi urustetia program kerjaya untuk klien bermaksud Sha sendiri akan bersama-sama klien untuk belajar kemahiran yang akan diberikan. Jadi di sini Sha nak selitkan bahawa apabila klien yang menjalani hukuman pengawasan dalam komuniti pihak kerajaan juga ada menyediakan peluang belajar kemahiran yang menjadi salah satu program sepanjang tempoh 2 atau 3 tahun bersama dengan AADK. Kali ini Sha belajar membuat roti asas dan pastinya asas untuk menghasilkan pelbagai roti adalah adunan doh baik. Selain membuat doh, Sha juga belajar membuat resepi roti sosej. Untuk kelas ini Sha diajar menggunakan bread maker jadi tak perlulah menguli doh dengan tangan. Melalui kelas kita dapat mengetahui tips apa yang boleh dan tak boleh ketika mengadun doh.
 
 

Resepi Doh Roti Bun Basic


BAHAN-BAHAN


210 ml air sejuk
*1 sudu kecil softener
*1 sudu kecil bread improver
*1 sudu baking powder
Atau 15g super cream untuk menggantikan 3 bahan bertanda * diatas.
2 sudu kecil susu tepung
100 g planta / marjerin
100 g gula castor
1 biji telur (B)
1 sudu kecil garam
500 g tepung roti / high protein
1 paket (11g) yis kering
 

Cara-cara Membuat Doh Roti Homemade Yang Sedap Dan Mudah


Berdasarkan bahan-bahan diatas, kita perlu memasukkan bahan-bahan tersebut ke dalam bread maker mengikut urutan bahan yang disenaraikan. Hal ini adalah penting sebagai tips resepi doh roti yang lembut , tidak keras dan tahan lama.

Masukkan bahan kering dahulu jika menggunakan tangan.

Daripada doh yang kita dapat, kita boleh hasilkan pelbagai jenis roti seperti yang ada dipasaran. Untuk hari itu Sha telah membuat Catterpillar Bun, Roti sosej dan Korean Garlic Bun kegemaran Sha. Alhamdulillah semuanya sedap walaupun Catterpillar Bun Sha rupanya sedikit cacat.. ahahhaa.. 

Walaubagaimanapun selepas ini masalah membuat doh roti Sha akan selesailah kerana sebelum ini memang doh tidak menjadi atau lebih tepat tidak naik. Tak sabar rasanya untuk mencuba bread maker yang Sha baru beli selepas menghadiri kelas roti dan pastri tersebut. Lepas ni bolehlah hasilkan roti yang gebu dan sedap.

Hadir ke kelas masakan sebenarnya boleh membuka peluang kepada kita untuk menjana pendapatan dari rumah, jadi rasanya tak rugi jika kita melabur sedikit dan usahakan pembuatan roti dirumah dan menjadikannya satu perniagaaan. Semoga Sha dapat membantu korang yang bertanya di facebook macam mana buat doh roti yang lembut. Cikgu Sha cakap jangan sesekali campurkan yis dan garam sekali. jadi untuk resepi doh roti yang lembut korang kena ikut langkah di atas.

Selamat Mencuba.

Post a Comment

3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi