Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Senarai 25 Mommy Blogger Yang Aktif Di Malaysia

Senarai 25 Mommy Blogger Yang Aktif Di Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Blogger merupakan kerjaya kedua Sha selepas kerja hakiki. Dunia yang penuh dengan warna warni, pembelajaran dan hubungan baru bersama rakan alam maya. Dari alam maya ramai juga yang telah menjadi rakan didunia nyata. Apa yang seronok? Blogger kebanyakannya mempunyai latar belakang yang berlainan dan pengalaman yang berlainan, jadi bila masing-masing berkongsi sesuatu di blog boleh lah kita baca dan ambil tahu. Jika sebut mommy blogger pastilah banyak yang berkongsi tentang parenting, resepi dan lifestyle. Sha rasa bertuah kerana dapat mengenali mereka tambah pula sekarang ramai yang sedang mengikuti kelas blogging bersama-sama. Jadi jangan ingat untuk menjadi blogger itu adalah semudah membuka akaun blogger tetapi banyak yang harus dipelajari terutamanya cara penulisan yang baik dan kenali blog sendiri bagi menentukan hala tuju blog sendiri. Walaupun tahun ini adalah merupakan tahun ke 10 Sha menulis, tetapi masih belum belajar banyak perkara tentang blogger tetapi dengan perkongsian rakan-rakan inilah sedikit sebanyak Sha belajar daripada pengalaman masing-masing.


25 Mommy Blogger Yang Aktif Di Malaysia



1. www.sishawa.com



Seorang mommy blogger sepenuh masa. Blogger yang pernah Sha jumpa, mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya dengan membina nama dengan blognya. Berasal dari utara tanah air tetapi kini menetap di Kelantan. Mengenali beliau pada mulanya seorang yang aktif dalam memperkenalkan blogger pantai timur. Sha banyak belajar tentang blog melalui beliau dan beliau juga seorang yang berani.




2. www.ehbelogaku.com


Blogger Ina juga kenal kerana geng pantai timur. Mommy Blogger yang tinggal di Kuantan, Pahang. Seorang blogger yang suka berkongsi tentang kecantikan. Sha kenal Ina pun sebabnya perkongsian tentang cara urutan. Seperti yang Sha cakap, blogger ini mempunyai kemahiran masing-masing dalam hidup jadi perkongsian mereka kita boleh ambil.


3. www.khalisahazrina.com


Blogger Lisa juga seorang mommy blogger. Seronok tengok perkongsian Lisa ini kalua kita ikuti beliau di laman facebook, maklumlah Sha tak ramai kawan tinggal di luar negara. Banyak berkongsi tips untuk bercuti dan gambar-gambar beliau pun cantik-cantik.



4. www.mimiazirah.com


Mommy Blogger yang suka warna pink ! Patutlah kalau ke blog beliau semuanya pink. Orang kata yang suka pink ini lembut hatinya, betul ke? Hehehehe...


5. www.fadzirazak.com


Mommy Blogger Fadzi. Seorang blogger lifestyle juga yang suka kongsi tips-tips yang beliau rasa sesuai untuk dikongsikan. Aktif menyertai event atau jemputan.




6. www.azlindaalin.com


Mommy Blogger Alin. Pernah jumpa sekali semasa di event Blue-Blue Playland di Ipoh tapi tak sempat sembang. Beliau juga seorang rajin berkongsi tentang lifestyle. Pencapaian beliau dalam berblog pun boleh tahan, siap ada award lagi. Nak dapatkan nasihat tentang insurans? Boleh cari beliau.


7. www.mariafirdz.com


Mommy blogger yang bergelar pendidik. Dulu sebelum Sha menyertai mana-mana komuniti blogger, kalau cari apa-apa banyak juga jumpa perkongsian Kak Maria. Banyak tips daripada beliau.



8. www.fizaizawa.com


Mommy blogger cantik ini banyak sertai event. Waahhh… banyak gambar beliau dan anak-anak masuk majalah yea. Nama anak beliau Huwainaa, sama dengan nama boss kitalah.


9. www.kisahsidairy.com


Mommy blogger yang banyak kongsi tentang parenting, homeschooling, resepi dan macam-macam lagi. Jika mahu blogger dari Johor boleh hubungi beliau.


10. www.fizarahman.com


Seorang parttime blogger. Kagum betul laa Sha dengan mommy blogger yang punya 4 orang anak ini. Sha punya 2 orang anak ini pun dah pening. Memang SuperMom.


11. www.yatizul.com


Mommy blogger ini juga aktif membuat review produk. Selain review produk, beliau juga rajin ikuti drama-drama melayu yang popular.

12. www.shahadafauzi.com


Setahu Sha , Mommy blogger yang Sha panggil Adda ini pun orang utara tetapi tinggal di Terengganu selepas berkahwin. Orang Pantai Timur dan Orang Utara ni memang berjodoh ya? ahahahaa. Walaupun surirumah tapi Sha bangga dengan Adda nih rajin berniaga, punya bisnes editing juga. Orang kuat persatuan anak istimewa Terengganu, tabiklah.


13. www.ummizarra.com


Mommy blogger yang kuat juga ni. Walaupun mempunyai kerjaya sendiri kuat membesarkan anak-anak maklumlah punya pasangan barisan hadapan negara.


14. www.kakgojes.com


 Mommy Blogger Kak Gojes punya 3 orang anak. Blogger yang berasal daripada Ranau, Sabah.


15. https://modernmumthingy.com


Cuba korang tengok beliau. Macam-macam ada seperti parenting, melancong, resepi, pelbagai tips dan review tempat makan juga drama.

16. www.mrsliez.com


Blogger yang banyak kongsi tentang lifestyle juga. Aktif di media sosial beliau, selalu berkongsi tentang motherhood, masakan dan DIY.

17. www.adianiez.com


Mommy blogger yang berkerjaya. Banyak bercerita tentang lifestyle, anak-anak dan suka jalan-jalan juga Nampak gayanya.

18. www.shamieraosment.com


Mommy blogger cantik ini blognya berbahasa inggeris. Punya 4 orang anak tapi aktif memperkenalkan produk di blog dan media sosial beliau.
19. www.aliafarhan.com


Mommy blogger yang suka masak juga. Paling best tengok beliau pergi melancong.

20. www. bondezaidalifah.com


Mommy blogger yang disapa sebagai bonde ini seorang yang ceria. Sha dengan bonde ni ada dalam beberapa group whatapps blogger.

21. www.ajumohit.com


Mommy blogger yang Sha baru kenali. Bila beliau menyertai kelas online Bersama biters baru kenal beliau. Itulah yang seronok dapat kenal kawan baru dan kongsi-kongsi ilmu bersama.



22. www.mrspip.com


Mommy blogger yang bukan calang-calang juga seorang bekas engineer. Kan dah cakap blogger ni ada pelbagai latar belakang.


23. www.iamfuzy.com



Mommy blogger yang banyak pengalaman hidup ni. Selalulah tengok beliau update apa-apa macam ibu-ibu nasihat anak-anak.



24. www.apekinah.com


Mommy blogger yang aktif menyertai pelbagai event yang dianjurkan. Orang Perak, pernah jumpa sekali semasa menyertai Bufet Ramadhan di Bukit Merah Resort pada tahun 2019. Kecil molek orangnya, baik pula tu.


25. www.shalimaryusof.com


Mommy blogger berasal daripada Terengganu sekarang menetap di Perak. Event di Perak InsyaAllah akan hadir.

*****

Semua senarai blogger yang aktif di Malaysia ini sekarang bernaung di bawah Bites Media Consultant untuk memudahkan pengurusan dan perkongsian ilmu di sana. Senarai ini merupakan blogger-blogger yang masih giat berkongsi di medium blog, facebook dan instagram. Sebarang kerjasama atau rundingan boleh hubungi pihak Bites Media Consultant.

Post a Comment

8 Comments

  1. Tahniah buat semua...
    Semua hebat-hebat belaka ni...

    ReplyDelete
  2. tahniah... hebat2 mommy bloggers semuanya..

    ReplyDelete
  3. ramai juga yang saya selalu singgah bila ada kesempatan =)
    hebat hebat mereka ni..

    ReplyDelete
  4. Tahniah semua mommy blogger. Nama anak bos yer.. hehe .. Seronok dapat kenal di blog dan soc med..

    ReplyDelete
  5. tahiah mommy blogger semua..kalau dah mak2 tu mcm2 dikongsi kan..

    ReplyDelete
  6. seronok dapat kenal lebih ramai mommy blogger di Malaysia ni kan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi