Hot Posts

6/recent/ticker-posts

5 Restoran Makanan Segera Di Kajang Selangor

5 Restoran Makanan Segera Di Kajang Selangor | Makanan segera adalah merujuk kepada makanan yang dapat disiapkan dan dihidangkan dengan pantas. Apa jua jenis makanan yang dapat disiap dan dihidangkan boleh dianggap makanan segera biasanya dikhususkan untuk makanan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terdahulu dan dihidang kepada pelanggan dalam bentuk berbungkus ataupun untuk dibawa pulang. Dalam sekali atau 2 kali sebulan Sha juga ada mengambil makanan segera jika teringin atau sudah bosan memasak lauk pauk biasa. Contoh makanan segera adalah seperti burger, pizza atau makanan yang disejuk beku lain.


Restoran Makanan Segera Di Kajang Selangor

Setiap negeri di Malaysia pasti mempunyai restoran segera, begitu juga di Kajang, Selangor. Lokasinya yang padat dengan penduduk pastinya restoran makanan segera ada dimana-mana sahaja untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Kajang yang terletak di daerah Hulu Langat merupakan kawasan yang pesat membangun di Selangor mahupun dari sudut infrastruktur dan penduduknya. Terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran negara iaitu Putrajaya dan tidak jauh dari ibu negara kita Kuala Lumpur. Kedudukan Kajang yang strategik ini terus membuka peluang dan menarik pelabur untuk membuka restoran makanan segera di sini. Restoran segera apa yang terdapat di Kajang Selangor? Jom kita lihat.

Burger King


Burger King adalah salah satu pilihan restoran makanan segera yang menyediakan pilihan pelbagai hidangan burger. Walaubagaimanapun selain burger di Restoran Burger King juga ada menyediakan pilihan lain seperti salad sayuran, naget, kentang goreng dan beberapa jenis pencuci mulut. Disamping makanan, Burger King juga terdapat pelbagai pilihan air sama ada panas atau sejuk.


Domino's Pizza


Domino's Pizza merupakan salah satu restoran makanan segera pilihan Sha jika teringin makan pizza. Kebetulan kedudukannya tidak jauh dari tempat kerja tambah pula harganya berpatutan. Domino's Pizza menyediakan pelbagai pilihan pizza sama ada toppingnya daripada ayam atau pun daging. Kebiasaanya Sha juga tidak melepaskan peluang untuk menempah menu lain seperti ayam, roti dan sup cendawan.

MarryBrown


MarryBrown adalah salah satu restoran makanan segera yang menjadi pilihan Sha kerana sesuai untuk seisi keluarga Sha. Menu kegemaran Sha adalah Nasi Ayam MarryBrown kerana sos ayamnya yang sedap. Selain itu, bubur MarryBrown juga adalah menu kegemaran anak-anak Sha. MarryBrown juga bukan sahaja menyediakan set nasi tetapi juga terdapat pilihan burger dengan set seperti Fish "n" Chips dan naget.


The Chicken Rice Shop


Restoran The Chicken Rice Shop adalah salah satu restoran nasi ayam kegemaran Sha kerana di sini terdapat pelbagai pilihan terutamanya sayuran dan lauk tambahan. Selain nasi ayam pelbagai saiz yang sedap, di sini juga ada pilihan masakan mee, rojak dan wantan serta hidangan sampingan yang lain.



Restoran Subway


Restoran yang kerap Sha singgah jika sedang menjalankan diet sihat. Restoran segera ini banyak menyediakan pelbagai pilihan sandwich. Menariknya sandwich ini kita boleh mengikut citarasa kita sendiri kerana pilihan sayur dan sos adalah terpulang kepada pelanggan. Tidak dilupa juga rotinya yang mempunyai pelbagai pilihan dan rasa. Restoran Subway juga menyediakan menu wrap dan salad, jadi memang sesuai untuk diet sihat anda. Hidangan sampingan lain adalah seperti biskut juga roti bakar.

Nampaknya pelbagai pilihan restoran makanan segera ada di Kajang, Selangor ini. Pilihan hanya tinggal di tangan kita untuk menentukan untuk makan apa hari ini. Berita baiknya jika korang nak makan salah satu makanan di atas korang tak perlu berkunjung ke restoran tersebut, korang boleh menggunakan perkhidmatan fast food delivery Malaysia sahaja. Maklumlah di zaman serba moden dan mengejar masa ini kita boleh memanafaatkan kemudahan yang ada. Bila sudah buat tempahan korang tunggu sahaja rider FoodPanda datang hantar makanan korang di depan pintu rumah. Selain Kajang, perkhidmatan FoodPanda juga ada di seluruh Malaysia. Jika korang nak tahu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena mencegah penularan Covid-19 ini perkhidmatan ini masih berjalan dan Sha sendiri di Perak telah menggunakannya lebih 2 kali.

Post a Comment

5 Comments

  1. sebelum PKP memang rajin kita semua makan makanan segera ni dan bila PKP ni bertambah2 bila mood memasak dah kekdg tu hilang hehee

    ReplyDelete
  2. i don't really eat those anymore but it used to be my favourite. tp bila time terasa nak makan, melangkah masuk jugak haha.

    ReplyDelete
  3. This all looks super unhealthy and also something id eat until i die from diabetes!

    https://aab-edu.net/

    ReplyDelete
  4. Tunggulah abis PKP nie.. akan ku cari semuanya.. hahaha..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi