Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sambutan Hari Lahir Ke-33 Dengan Menonton Sarkas Buat Pertama Kalinya

Circus On Ice Di Ipoh Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, 7 mac 2020 yang lalu genaplah umur Sha 33 tahun. Jadi selaku "birthday girl" hari itu, suami Sha pun melayan Sha seharian di Ipoh memandangkan hari lahir Sha jatuh pada hari sabtu jadi dapatlah keluar seharian kerana biasanya hari lahir Sha jatuh pada hari bekerja. Memandangkan suami Sha bekerja pada belah malamnya, jadi suami ajak Sha layan sarkas iaitu Great British Circus Present - Circus On Ice yang telah berlangsung sejak 23 Februari 2020 di Park Fun, Ipoh iaitu berhadapan AEON Kinta City Ipoh pada waktu sesi petang iaitu jam 5.30 petang.

GREAT BRITISH CIRCUS PRESENT - CIRCUS ON ICE



Sebenarnya sarkas pada pukul 5.30 petang 7 mac 2020 hampir dibatalkan memandangkan tidak ramai yang hadir. Walaubagaimanapun Sha sekeluarga menanti juga waktu tayangan tersebut kerana pihak sarkas maklumkan kemungkinan sahaja dan masih menunggu jika ada penonton lain ada, sarkas akan diteruskan. Alhamdulillah memang rezeki Sha kerana sarkas diteruskan pada petang itu, kalau ikutkan ramai sahaja yang ada tetapi oleh kerana pihak sarkas maklumkan mungkin dibatalkan ramai yang patah balik. Kami mengambil keputusan untuk menunggu kerana tidak dapat hadir pada malamnya dan minggu seterusnya kami tidak dapat hadir.


Ini adalah sarkas pertama yang Sha pernah saksikan sepanjang hidup Sha. Bagaikan mendapat hadiah hari lahir apabila blogger Emily Low memaklumkan Sha menangi tiket VIP Circus On Ice untuk 2 orang. Tidak senang hati rasanya jika ibu dan ayah pergi menonton sarkas tanpa anak-anak jadi suami belikan tiket untuk anak-anak sekali jadi bolehlah sama-sama menonton sarkas.



Adik Nur Paling Seronok Menonton Sarkas


Orang yang paling seronok dapat menonton sarkas adalah Adik Nur disebabkan ada watak Filem Frozen. Kerusi VIP yang terletak paling dekat dengan persembahan memang memberi peluang kepada Adik nur untuk menonton lebih dekat dan ikut menari. Memandangkan tidak ramai penonton, tambah pula bahagian hadapan hanya Sha sekeluarga jadi tidaklah mengganggu penonton lain untuk menonton.


Terima kasih suami dan anak-anak meraikan hari lahir ibu. Mungkin sarkas ini telah dibatalkan awal memandangkan negara kita diserang virus corona / covid 19 kini. Semoga kita dilindungi Allah SWT selalu dan kita dapat menjalani hidup seperti biasa dan lebih baik selepas ini. InsyaAllah.


Semoga Sha dapat menyambut ulang tahun kelahiran bersama orang tersayang lagi pada tahun-tahun seterusnya. Dengan pertambahan umur ini tidak banyak yang Sha harapkan selain dianugerahkan kesihatan untuk menjaga keluarga dan rezeki dalam pelbagai bentuk yang tidak putus-putus juga dapat menjadi hamba Allah swt yang lebih baik.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi