Friday, March 06, 2020

Tips Memilih Pakaian Yang Sesuai Untuk Bersukan

Tips Memilih Pakaian Yang Sesuai Untuk Bersukan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali nak bersukan mesti pening kepala juga nak memilih baju yang ada,sebabya bukan semua baju t-shirt yang tergantung di dalam almari sesuai untuk dipakai semasa melakukan aktiviti sukan. Apa jadi bila pakai baju yang tidak sesuai? Kemungkinan kita akan mengalami masalah kepanasan, kegatalan dan bau badan pelik daripada biasa. Jika tidak selesa, aktiviti sukan kita mungkin juga akan terganggu, jadi kita perlu memilih baju daripada fabrik yang bersesuaian. Semua orang mahukan pakaian yang selesa, praktikal dan memenuhi ciri-ciri keselamatan. Pakaian yang betul dapat memberi mood yang baik dan keyakinan kepada diri kita. Sha mengakui hal ini kerana biasanya Sha banyak bersukan bersama rakan sepejabat, apabila Sha salah memilih pakaian terutamanya baju akan menjejaskan tumpuan Sha kepada aktiviti yang sedang dilakukan. Apakah tindakan Sha untuk mengelakkan ketidakselesaan ketika bersukan bersama rakan-rakan? Pastinya Sha akan memastikan setiap kali hari sukan Sha akan memakai pakaian yang sesuai untuk bersukan  terutamanya dari segi fabrik.


CIRI-CIRI FABRIK YANG SESUAI UNTUK BERSUKAN




1. FABRIK YANG SELESA

Jika ke kedai pakaian sukan, kita dapat lihat 3  fabrik asas yang ada di sana.

KAPAS - Fabrik daripada kapas dapat membantu menyeimbangkan suhu badan semasa bersukan.

MICRO FIBRE - Kebiasaannya kain jenis ini akan dibuat jersi sukan. Hal ini disebabkan materialnya jenis ringan dan sangat selesa dipakai.

SPENDEX - Bersifat anjal dan fleksibel. Sesetengah baju sukan dari material ini direka dapat menyejukkan badan bagi sukan larian seperti marathon.


2. MATERIAL CEPAT KERING

Semasa bersukan pastinya kita akan mengeluarkan peluh lebih daripada biasa. Pastinya material yang cepat kering juga perlu dititik beratkan. Hal ini adalah untuk memastikan kita sentiasa rasa selesa.


3. MATERIAL RINGAN

Selain cepat kering, fabrik yang ringan juga menjadi pilihan untuk bersukan kerana ianya akan memberi keselesaan. Fabrik yang ringan dapat memudahkan setiap pergerakan dan tidak menambah beban dibadan kita.

4. BERGETAH ATAU BERSIFAT ELASTIK

Fabrik jenis ini memudahkan pergerakan kita. Bahagian yang memerlukan regangan seperti pinggang dan tangan amat perlukan kain jenis ini. Bentuk baju dan saiz baju yang betul juga penting supaya tidak terlalu ketat atau terlalu besar sekali gus membantu peredaran darah berjalan dengan baik sepanjang menjalani aktiviti sukan.

4 ciri diatas kini menjadi keutamaan Sha dalam memilih pakaian untuk bersukan. Semua ciri-ciri ini Sha telah temui di boxy.my. Kalau korang nak tahu, apabila Sha menerima baju yang ditempah daripada boxy.my dan dibuka dihadapan rakan-rakan ramai yang berkenan dan telah menempah baju daripada boxy.my beramai-ramai. Hal ini adalah disebabkan baju yang dibekalkan oleh boxy.my menepati ciri-ciri baju untuk bersukan menepati ciri-ciri tersebut. Nampaknya selepas ini kami boleh bersukan dengan memakai baju yang sama material. Untuk rakan wanita kami memilih baju lengan Panjang manakala rakan lelaki memilih Microfiber Basic Roundneck.

Sha memakai baju Microfibre Long Sleeve berwarna Forest Green bersaiz L

Roundneck


Keistimewaan Tempahan Baju Sukan Di BOXY.MY

  • Pemprosesan yang cepat - diproses dan dihantar dalam masa 24 jam pesanan
  • Penghantaran ke semua negeri di Malaysia
  • 100% microfiber
  • Cepat kering
  • Berleher bulat
  • Berukuran orang Asia
  • T-shirt sesuai untuk lelaki dan wanita
  • Baik seperti sukan atau pakaian kasual
  • Dikeluarkan di Malaysia dengan fabrik berkualiti
  • Saiz: XS - 3XL (toleransi pengukuran: +/- 5%)

Boxy.my memberi perkhidmatan penghantaran yang pantas kerana selepas 2 hari Sha membuat tempahan untuk rakan-rakan, kami telah menerima baju masing-masing. Harga pun berbaloi dengan kualiti fabrik yang disediakan. Dengan pelbagai saiz, jenis kain dan bentuk juga terdapat 24 warna pilihan. Untuk lebih lanjut korang boleh terus ke laman web www.boxy.my untuk membuat tempahan segera.

1 comment:

  1. Waalaikumussalam. Memang puas hati pakai microfibre ni 😍

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi