Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Cucur Bawang Cepat Dan Mudah

Resepi Cucur Bawang Simple | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari kelima dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini diharapkan kawan-kawan semuanya dilindungi Allah swt sentiasa, moga kita dijauhkan daripada virus tersebut. Malam ini Sha tidak memasak yang rumit kerana hari ini Sha makan tengahari agak lewat jadi Sha sediakan juadah ringkas makan malam untuk keluarga hanyalah cucur bawang. Sha bukanlah jenis yang makan kuih muih apatah lagi nak membuatnya tapi untuk malam ini Sha ambil keputusan untuk buat cucur sahaja untuk mengelakkan kebosanan kami seisi keluarga. Sambil kacau aduan untuk cucur sambil itu jugak kacau suami tengok tv maklumlah nak minta pendapat memandangkan isteri dia ini tidak pandai masak sangat tapi teringin nak cuba masak beginilah jadinya. Sha sempat pesan kat suami, siap nanti tak kira apa kejadian sila makan jangan tak makan.

Hari ini terhibur sedikit dengan rakan-rakan di media sosial apabila PKP berjalan, ketua rumah sahaja dibenarkan keluar rumah untuk mencari barang dapur. Ketua rumah pastilah para suami yang ditugaskan untuk membeli belah. Alhamdulillah, memang Sha bekalkan senarai untuk suami beli barang tapi setakat ini suami Sha tak pernah pula tertukar barang atau apa sahaja, semuanya betul lagi. ehehehehe..

cucur bawang mudah

RESEPI CUCUR BAWANG

Bahan-bahan untuk membuat cucur bawang ( Cara Sha ) adalah seperti berikut :

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/3 kiub ikan bilis
1 biji telur
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris
Secubit ikan bilis ditumbuk
1 sudu kecil minyak masak
Air secukupnya

Cara membuat cucur bawang (Cara Sha)


1. Satukan semua bahan-bahan diatas di dalam satu bekas
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambal kacau.
3. Kacau hingga likat. Jika cair mungkin cucur tak cantic (macam cucur Sha laaa… penyet)
4. Panaskan minyak
5. Gunakan sudu besar untuk sukat satu persatu aduan tadi ke dalam kuali sehingga habis. Api semasa menggoreng cucur kena pastikan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
6. Ok, siap mengikut resepi cucur bawang di atas.





Alhamdulillah walaupun rupa cucur agak leper tapi suami dan anak-anak makan sampai habis. Suami siap cakap nanti buat lebih sikit. Macam biasa bila kita minta resepi dengan kawan, jadi bila siap kena tunjuk kejadian pada tok guru kan. Bila Sha tunjuk dan cakap penyet laa kak zue, kak zue hanya cakap nanti lain kali jangan cair sangat... huhuhuhu... terima kasih kak zue sudi kongsi resepi cucur bawang ini walaupun Sha ada tambah cili merah tu. Lain kali kena buat lagi nih, barulah tak leper macam tadi.

Post a Comment

7 Comments

  1. simple and sedap. kalau ada kuah asam podehhh atau lomak cili api fuhh lagi sedap hihi.. tapi tak sure la orang lain suka ke tak cicah-cicah selain sos hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa..xpernah dengar nihh makan macam tuu.. boleh cuba

      Delete
  2. Ya Allah, palinglah simple. Aku yang tak reti masak ni pun, tutup belah mata kot masak ni. Tapi tepi tu video call mama. Haha.

    ReplyDelete
  3. Memang sedap di makan waktu petang... mudah pun iya

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang dinner kak ana buat cucur bawang atau cucur bilis je Sha, lagi sedap kan :)

    ReplyDelete
  5. i wanna cook but i dont have much ingredients sobs

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi