Hot Posts

6/recent/ticker-posts

7 Langkah Basuh Tangan Dengan Betul

7 Langkah Basuh Tangan Dengan Betul | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kita kini berada di hari ketujuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semoga kita terus kuat untuk mengikut arahan kerajaan supaya kita dapat terus berusaha mengelakkan diri daripada terkena jangkitan virus covid19 yang menyerang dunia. Sejak covid 19 ini menular, kita perlu meningkatkan tahap kebersihan diri kita dan keluarga. Seperti sedia maklum tangan kita adalah anggota badan yang paling kerap digunakan dan menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman yang membawa penyakit-penyakit berbahaya. Oleh itu, kita perlu memastikan tangan kita sentiasa berada dalam keadaan bersih. Basuhlah tangan dengan langkah-langkah yang betul bagi memastikan keseluruhan tangan kita dibersihkan. Jom periksa balik adakah cara basuh tangan sebelum ini sudah betul seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ?




Langkah Basuh Tangan Dengan Betul Menggunakan Sabun :


1. Basahkan tanagan dengan air bersih dan letakkan sabun.

2. Lekapkan kedua belah tapak tangan anda dan gosok kedua tapak tangan secara menyeluruh.

3. Lekapkan tapak tangan kanan diatas belakang tangan kiri dengan jari bersilang dan gosok. Ulang langkah ini dengan tangan kiri. Gosok setiap jari.

4. Lekapkan kedua tapak tangan dengan jari bersilang dan gosok.

5. Genggam tangan kiri manakala tangan kanan menggosok di atas belakang tangan kiri secara menurun. Ulang langkah ini pada tangan kanan.

6. Kucupkan jari jemari kanan di atas tapak tangan kiri dan gosok secara berputar. Ulang langkah pada tangan kanan.

7. Bilas tangan dengan air bersih. Keringkan tangan dengan tuala atau tisu bersih.

Cara basuh tangan

Tanpa kita sedari benda-benda yang kita sentuh setiap hari boleh menjadi tempat bersarangnya kuman dan virus. Contoh tempat yang selalu kita sentuh dan orang ramai sentuh adalah tombol pintu, remote control, keyboard dan sebagainya. Kuman pada tangan memang tidak terlihat dengan mata kasar sebab itulah kita perlu membasuh tangan betul bukan sekadarnya sahaja.

Kepentingan Membasuh Tangan Dengan Betul


1. Menghindari diri kita daripada penyakit berjangkit.

2. Mengelakkan diri daripada keracunan makanan jika menyediakan makanan

3. Mengelakkan terdedah kepada bakteria


Membiasakan diri membasuh tangan dengan betul hidup kita sekeluarga pasti lebih sihat. Jom sama-sama kita terus praktikkan amalam membasuh tangan ini walaupun selepas covid19 ini berlalu, mudah-mudahan virus ini cepat berlalu daripada dunia ini. Jangan kerap sentuk wajah, mata dan hidung.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sekarang ni satu family diwajibkan basuh tangan dengan betul. Anak-anak semuanya diajar dan disuruh basuh tangan pakai sabun

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi