Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Senarai Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 dan Tips Menghadapi Temuduga AADK

Senarai Tugas Pembantu Antidadah Gred  S19 dan Tips Menghadapi Temuduga AADK | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin masih ramai yang memerlukan maklumat ini kerana mungkin ada antara pembaca blog ini adalah calon yang akan menghadapi peperiksaan atau temuduga untuk jawatan sebagai Pembantu Antidadah Gred S 19. Jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas  Pembantu Antidadah Gred S19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum. Pada masa yang sama, syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk di bawah ini. Sha juga akan kongsikan beberapa tips menghadapi temuduga AADK dan juga panduan sebagai point-point yang korang boleh study sebelum menghadapi soalan panel penemuduga. Tidak lupa juga Sha kongsikan pengalaman Sha sendiri semasa menghadapi temuduga untuk jawatan ini.

skop tugas pembantu antidadah s19

Mereka yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Antidadah Gred S19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, pendaftaran jawatan kerajaan ini perlu dibuat secara atas talian/ online dan dibuka sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 (Skop Kerja Dan Gaji)


Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Antidadah Gred S19 di Agensi Antidadah Kebangsaan

•Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Untuk lebih jelas tentang tugas setiap unit iaitu Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan (RPP), Unit Pencegahan dan Unit Penguatkuasaan korang boleh rujuk fungsi-fungsi AADK.

Kumpulan: Pelaksana

Kementerian/ Jabatan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) / Agensi Antidadah Kebangsaan


Jadual Gaji Pembantu Antidadah Gred S19


Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Antidadah Gred S19

•GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
•GAJI MAKSIMUM : RM 4003.00
•KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00


Syarat Lantikan


Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pembantu Antidadah Gred S19:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

•a. warganegara Malaysia;
•b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
•c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
•Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
•Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).


ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sumber SPA

Tips Menghadapi Temuduga Pembantu Antidadah Gred S19

1. Kebiasaannya penemuduga adalah terdiri daripada panel SPA dan wakil daripada AADK sendiri.

2. Panel SPA biasanya akan bertanya soalan berkaitan kerajaan

3. Panel AADK akan lebih menjurus kepada perkara berkaitan dadah dan fungsi aadk.

4. Pastikan anda BEBAS DADAH.

5. Jangan lupa layari laman web rasmi www.adk.gov.my

6. Ketahui perkhidmatan yang disediakan dalam Agensi Antidadah Kebangsaan ( Cth : apa itu PUSPEN, CCSC, CCH)

7. Pelajari kesan penagihan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

8. Ketahui program pemulihan yang sesuai dijalankan ke atas klien yang terlibat dengan dadah.

9. Kenalpasti faktor-faktor penagihan.

10. Cara memberi pendidikan kepada masyarakat bagi menghilangkan stigma negatif kepada penagih.

11. Kenali ciri-ciri fizikal seorang penagih.

12. Kenalpasti kenapa anda memilih untuk menjawat jawatan pembantu antidadah.

13. Pengetahuan Am berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan organisasi atasan AADK.

Pengalaman Temuduga Sebagai Pembantu Antidadah Gred S19

Pengalaman Sha semasa temuduga jawatan Pembantu Antidadah. Siap sedia dengan sedikit sebanyak bacaan tentang AADK. Sebelum menghadapi temuduga, calon temuduga akan dijalankan saringan ujian air kencing terlebih dahulu. Soalan-soalan tidak banyak tentang AADK, tetapi kepada persediaan mental untuk memasuki dunia pekerjaan dan melakukan beberapa aktiviti berdasarkan arahan penemuduga berdasarkan pencapaian kokurikulum.


Semoga dengan sedikit perkongsian deskripsi skop tugas jawatan Pembantu Antidadah Gred S19  , tips dan sedikit perkongsian pengalaman ini dapat dijadikan panduan buat para bakal pemohon. Selamat maju jaya.

Post a Comment

17 Comments

  1. Saya pun, saya Canadian ketum tu bukan dadah, tapi orang modified bahan tu jadi dadah. Penemuduga tu tak puashati dgn jawapan saya, Dia kata ketum sejenis darah. Memang tak dapat kalau lawan tokeh

    ReplyDelete
  2. kene ada pengetahuan pasal dadah jugak ni yek... kene orang tegas... nampak cantik la mereka siap dengan uniform tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada uniform kak.. tapi pakaian dalam gambar dibekalkan untuk operasi. Kerja biasa pakaian pejabat biasa sahaja

      Delete
  3. Nak tahu juga dgn air Ketum....bagai mana Ia dikait atau dikatakan dgn bahan yg diharam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air ketum yang banyak dijual sekarang bukan kosong, sudah dicampurkan dengan bahan lain. Ketum dibawah kuasa polis.

      Delete
  4. pembantu antidadah ni ada ujian fizikal ke ye?

    ReplyDelete
  5. Hai saya nak tny klau berjaya temuduga biasanya kalau sabah sarawak penempatan tempat kerja tu biasanya area mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,,, biasanya penempatan awal memang tak menentu di Malaysia, tak boleh jangka.. ada rezeki dapat kat kampung terus... sebelum ni banyak belah KL, Pahang macam tuu...

      Delete
  6. Replies
    1. ada,, dipanggil SKUAD AADK.. nanti akak share tentang skuad..

      Delete
  7. Assalamualaikum, kak.. nk tanya sekiranya badan kite kecik hanya 146cm, rasa2 percentage dia bkal reject tu ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sya pon nak tahu sbb bmi sya kurang

      Delete
  8. hai kak, boleh tak nak tau apa tugas sebenar pembantu aadk? adakah sama seperti kerani? dan adakah semua tugas pembantu aadk tu adalah sama? atau pun lain unit, lain tugasnya?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak 23/5/23 sya kena interview ape soalan top die tnye

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi