Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Keindahan Tasik Cermin Ipoh, Perak

Keindahan Tasik Cermin Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masuk tahun ke 9 tinggal di Perak, ini adalah kali pertama Sha menjejakan kaki ke Tasik Cermin Ipoh. Akibat tertarik dengan keindahan rakaman gambar yang dikongsikan di media sosial Sha pun teringin menikmati sendiri keindahan tersebut. Mungkin sedikit tidak sesuai kerana berkunjung ketika cuti panjang, ramai yang berkunjung pada hari itu dan perlu menunggu giliran untuk bergambar. Pada asalnya agak risau untuk bawa anak-anak sekali ke sana memandangkan lokasinya agak tersorok dan setiap perkongsian yang ada Sha tak nampak ada kelibat kanak-kanak berkunjung ke sana tetapi Sha tetap membawa mereka bersama memandangkan tak ada aktiviti sepanjang cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.


Pemandangan Indah Di Tasik Cermin

Sebenarnya bagi yang minat fotografi bukan setakat pemandangan di Tasik Cermin sahaja yang menarik, pemandangan bukit dalam perjalanan ke tasik juga agak menarik untuk kita rakam keindahan semulajadinya. Ramai yang tidak melepaskan peluang bergambar di muka gua sebelum berjumpa dengan tasik itu sendiri. Terowong gua ke tasik ini tidaklah panjang tetapi kalau gelap sangat boleh sahaja buka lampu suluh pada telefon bimbit korang.

pintu masuk gua tasik cermin
Gua pintu masuk Tasik Cermin

Walaupun tasik ini dikelilingi bukit tetapi suasananya berangin dan sejuk. Elok sekiranya cuaca tidak terlalu terang jika ke sini kerana pemandangan lebih cantik dengan pantulan bukit dan pokok menghijau pada air tasik, itulah yang menyebabkan ia dinamakan Tasik Cermin.

Sebenarnya di Tasik Cermin ini disediakan tempat semacam gazebo dan pelantar beserta kerusi untuk pengunjung duduk dan bergambar. Selain itu ada juga satu rakit yang terapung diikat dengan tali, Sha cuba juga minta dengan suami nak bergambar di situ tetapi tak dapat izin kerana agak berbahaya, buatnya jatuh malu dapat, berenang pun tak pandai..ahahaha .

gua dalam tasik cermin
Gua keluar ke Tasik Cermin

Jika korang datang ke Ipoh, Perak bolehlah tambah lokasi Tasik Cermin Gunung Rapat Ipoh ini sebagai salah satu tempat kunjungan korang nanti. Sha dan suami ada rancangan nak ke sini lagi mungkin pada hari yang tidak sibuk macam cuti sekolah, jadi bolehlah ambil gambar lebih sikit tanpa tunggu giliran panjang untuk bergambar.

Lokasi Tasik Cermin Ipoh Perak.


Tasik Cermin ini terletak di Gunung Rapat, Ipoh. Mahu ke sana perlu melalui jalan kecil yang terletak bersebelahan antara Tokong Da Seng Ngan. Jika korang pakai google maps cari sahaja Tasik Cermin Ipoh atau Cermin Lake pasti jumpa. Jalannya menuju ke bukit sedikit berdebu, sehingga korang jumpa satu bangunan 2 tingkat di situ korang boleh parking kereta. Untuk ke sini disarankan pakai kasut sukan untuk keselamatan, kasut bertumit tidak digalakkan kerana kita perlu berjalan kaki melalui jalan berbatu dan gua yang agak gelap.




Peliharalah kebersihan Tasik Cermin Ipoh



Sha juga mengambil kesempatan untuk bergambar sekitar bukit yang dilalui sebelum sampai ke Tasik Cermin Ipoh ini. Terdapat juga pasangan pengantin baru sedang merakam gambar perkahwinan mereka di kawasan batu bukit yang kelihatan cantik walaupun sedikit panas cuacanya.

Semasa sha ke tasik ini keadaannya agak bersih tetapi ada juga yang tinggalkan botol minuman kosong di tepi dinding batu. Diharapkan pada yang berhasrat untuk ke Tasik Cermin ini jagalah tingkah laku dan utamakan kebersihan. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Blogwalking..

    Jemput ke channel Youtube qiya saad tailor dan jangan lupa subscribe ye.. tq

    https://youtu.be/mWyvV3XE41k

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya kak sha! cuma teringin nak tengok ada apa dalam tu hehehee.

    jemput baca kak http://www.sayidahnapisah.com/2020/02/nak-rombak-bloglist-siapa-nak-masuk-meh.html :D

    ReplyDelete
  3. sekarang dah tak dibenarkan naik bot kt dalam tasik tu ek, dulu pernah tengok kt tv rancangan apa entah dia naik bot kt tasik dan ambil gambar cantik sangat... refleks tasik tu nampak macam cermin

    ReplyDelete
  4. Lama nak pergi tapi tak kesampaian lagi.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi