Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Fungsi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Dalam Masyarakat

Fungsi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Dalam Masyarakat | AADK dan masyarakat berpisah tiada itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan AADK memerlukan sokongan masyarakat sekeliling untuk sama-sama mencegah penyalahgunaan dadah di negara ini. Ada siapa peduli masalah dadah kalau tidak ada ahli keluarga yang terlibat? Pentingkah ambil tahu tentang pencegahan penyalahgunaan dadah? AADK selalu menekankan terutamanya jika ada ceramah di mana-mana sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) , tempat kerja dan komuniti tentang dadah dan memperkenalkan apakah fungsi AADK sebenarnya dalam masyarakat. Sha kongsikan di sini bagi memudahkan korang mengenali AADK, hal ini kerana di luar sana selalu Sha diajukan soalan seperti apakah tugas AADK dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah di Malaysia.



Fungsi AADK Dalam Masyarakat

Bercakap tentang fungsi AADK, Sha ingin memperkenalkan unit-unit utama yang ada di dalam AADK. Setiap unit memainkan peranan penting yang berlainan fungsi, untuk kali ini Sha memfokuskan kepada fungsi yang ada di AADK Daerah, untuk pengetahuan korang AADK ada di setiap daerah seluruh negara Malaysia.

Bahagian/Unit Di dalam AADK


Unit Pencegahan


Suka Sha kongsikan tentang Unit Pencegahan terlebih dahulu kerana memegang pepatah "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati". Unit Pencegahan adalah tunggak penting dalam menyampaikan mesej pendidikan tentang bahayanya dadah dan menyeru segenap masyarakat untuk sama-sama ambil kisah. Menjadi unit yang penting kerana perlu menjalinkan hubungan baik dengan orang awam, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), tempat kerja sektor swasta dan sektor awam. Setiap tahun akan ada peruntukan untuk menjalankan program bersama masyarakat dan menjalankan ujian urin seperti mana saranan kerajaan setiap kakitangan perlu menjalani saringan ujian urin termasuklah kakitangan AADK sendiri. Tidak lupa juga selain rakyat biasa, unit pencegahan banyak berhubung dengan pemimpin masyarakat setempat untuk mengetahui keadaan setiap kawasan di bawah tanggungjawab setiap AADK Daerah. Selain ceramah, AADK juga cuba memenuhi jemputan mengadakan pameran antidadah dan keluar bertemu masyarakat.

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu meningkatkan faktor pelindung dan mengurangkan faktor berisiko. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya dari terlibat dengan gejala dadah walaupun ia mudah dan senang diperolehi.

Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan


Unit Pemulihan menjalankan program ke atas klien yang telah dijatuhkan hukuman menjalani pemulihan di dalam komuniti ( klien pengawasan ). Tempoh pengawasan adalah 2 tahun atau 3 tahun yang mana mereka perlu mengikuti program-program pemulihan bersama AADK bersama Pegawai Pemulihan yang ada. Jika korang nak tahu, untuk program pemulihan bersama AADK meliputi beberapa menu program dan kerohanian. Pendek kata jika di AADK Daerah, Unit Pemulihan adalah unit yang akan berhubung terus dengan klien yang sedang menjalani program pemulihan.

Objektif Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan :
  • Merawat dan memulihkan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • Mengekalkan kepulihan individu.
  • Membantu seseorang individu kembali kepada gaya hidup sihat tanpa dadah.
  • Memperbaiki status kesihatan dan mengurangkan risiko kesihatan akibat tingkahlaku penagihan.
  • Memperbaiki status sosial dan integrasi individu untuk berfungsi secara produktif dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat.

Unit Penguatkuasaan & Keselamatan


Agensi Antidadah Kebangsaan menguatkuasakan, menjalankan fungsi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6 Akta AADK 2004 kecuali Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.

Di dalam penguatkuasaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, penekanan telah diberikan kepada  seksyen-seksyen seperti berikut:



Fungsi Unit Penguatkuasaan & Keselamatan

  • Melaksanakan Operasi Mengesan Dan Menangkap Orang Yang Disyaki (OYDS) Penagih Dadah
  • Pengurusan Orang Kena Pengawasan (OKP)
  • Pengendalian aduan berkaitan dengan permasalahan dadah
  • Pembukaan kertas siasatan ke atas OKP yang telah melanggar syarat-syarat pengawasan
  • Pendakwaan ke atas kertas siasatan yang telah mendapat arahan tuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya
  • Pemantapan Pematuhan Pengurusan Keselamatan dan Institusi Pemulihan Dadah
Unit-unit yang ada ini sangat berkaitan satu sama lain dan perlu selalu bekerjasama dalam mencegah, membantu kepulihan klien pengawasan dan memastikan klien mengikut syarat-syarat pengawasan berdasarkan perintah mahkamah.

Selain menjalankan pemulihan dalam komuniti, AADK juga mempunyai beberapa institusi yang menjalankan pemulihan dalam institusi seperti Pusat Pemulihan Narkotik ( PUSPEN ), Klinik Cure & Care dan Cure & Care Service Centre (CCSC).

Post a Comment

3 Comments

  1. Salam akak, Beeha curious satu benda. Macam mana ye kalau teringin nak join volunteer yang berkaitan dengan ni?

    ReplyDelete
  2. terima kasih perkongsian ni. dapat jugak info baru ^_^

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi