Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Mudah Dan Cepat

Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Mudah Dan Cepat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya jarang sekali Sha beli sotong untuk hidangan di rumah kerana suami dan anak-anak kurang menggemari menu sotong dan suami Sha pula lebih sukakan sotong goreng celup tepung berbanding masakan jenis lain terutamanya yang berkuah. Walaubagaimanapun itu tidak menghalang Sha untuk menyediakan hidangan ini bila Sha memang teringin sangat nak makan sotong goreng kunyit. Sebenarnya Sha terasa sangat teringin selepas melihat instagram Dato' Ramli MS atau Tok Ram. Opsss, itu bukan bermakna Sha suka belek instagram untuk tengok gambar makanan ya cuma ikuti perkembangan Tok Ram sepanjang Gegar Vaganza musim yang lepas jadi terlihatlah perkongsian Tok Ram itu. Sebelum Sha lupa resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah ini, Sha nak catatkan di sini maklumlah sesekali masak Sha kerap terlupa resepi walaupun pernah masak.

sotong goreng kunyit mudah

Bila sebut sotong goreng kunyit pasti ada yang suka goreng kering dan ada yang suka yang berkuah macam Sha. Untuk kali ini Sha kongsikan resepi jenis yang berkuah kerana nak dipadankan dengan lauk lain yang dimasak kering. Hidangan kering yang sesuai pada Sha adalah seperti telur dadar atau ikan goreng dilengkapkan dengan sambal memang padu. Jika korang nak pedas lagi boleh tambah cili padi, jika ada ahli keluarga tak makan pedas korang boleh buat macam Sha sahaja iaitu cili padi yang Sha guna Sha tak ketuk hanya letak sahaja. Nanti kalau nak pedas Sha ambil cili dan pecahkan dalam pinggan sendiri sahaja sebabnya kesiankan anak-anak nanti mereka makan sikit sahaja.

Lagi Resepi Sotong -------- > Resepi Sotong Bakar Ala Thai

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT


3 ekor sotong
10 batang kacang buncis dipotong serong
1/2 batang lobak dipotong bulat
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu sos tiram
1/2 kiub ayam
1 cawan air
Anggaran 3 sudu besar minyak masak
Garam *jika perlu
Gula *jika perlu

CARA MEMASAK SOTONG GORENG KUNYIT


1. Bersihkan sotong, buang kulit sotong, dakwat dan mulutnya kemudian potong bulat-bulat dan bersih juga toskan. Selepas tos, perap sotong dengan garam dan serbuk kunyit.

2. Panaskan minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih.

3. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan air. Kacau sebati

4. Kemudian masukkan sotong, kacang buncis dan lobak. Kacau hingga sebati dan semua bahan masak.

5. Jika perlu korang boleh perasakan lagi dengan garam dan gula.




Alhamdulillah walaupun anak-anak tak suka rasa sotong tetapi mereka makan juga nasi dengan kuah yang ada. Selepas makan lauk ini memang legalah Sha sebab hilang rasa mengidam. Sebenarnya kebetulan juga pada masa itu Sha ke pasar dan sotong pula saiz cantik dan menarik, jadi apa lagi layan selera anak tekaklah jawabnya. Selain sayur kacang buncis dan lobak merah, korang boleh tukarkan kepada kacang panjang atau tambah sayur laun yang sesuai dan yang korang suka termasuklah bunga kubis. Haaa.. apa lagi korang nak fikirkan, jika balik kerja buntu tak tahu nak masak apa boleh masak sotong goreng kunyit mudah macam Sha ni, ringkas sahaja.

Jika musim buah gajus berbuah tiba, Sha antara yang paling seronok nak beli sotong kerana antara resepi sotong lain yang Sha suka adalah Sotong Masak Lemak Gajus dan Sotong. Pernah cuba? Kalau belum nanti bila musim gajus berbuah jangan lupa cuba masak ya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Tambahkan sehelai daun limau purut...fuhh...bertambah sedap rasanya.

    ReplyDelete
  2. feveret sekeluarga. nak masak pun senang. yg tak senang, nak menyiang sotong tu ja. haha

    ReplyDelete
  3. Tambah sehelai daun kunyit muda, bertambah sedap rasanya

    ReplyDelete
  4. kalau akak selalu tambah daun limau purut selai, kalau dah lauk gini memang sejenis jelah yang akak masak heheheh

    macam aiyan makan suka berkuah, memang tak boleh buat jenis yang kering

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi