RESEPI SOTONG BAKAR ALA THAI | Assalamualaikum. Semalam tak tahu nak masak apa dengan sotong ni sebab sekarang ni kan Sha sedang makan makanan kurang kalori jadi bagi mengelakkan terasa bosan dengan makanan hari-hari Sha kena rajin sikitlah kan. Lama dah terliur asyik tengok resepi kat facebook sahaja kan apa kata Sha realisasikan dengan barang yang ada dalam peti sejuk Sha. Balik kerja terus keluarkan sotong sambil itu cari resepi , kalau bahan ada Sha nak masak lah Sotong Bakar Sos Ala Thai dan akhirnya menjadi jugalah walaupun ada bahan yang tak ada di dapur.
BAHAN-BAHAN SOTONG BAKAR
Sotong 1 ekor ( sebab makan seorang )
Bawang Merah 1 biji ( di dadu )
Bawang Putih 1 ulas ( dicincang )
Ikan Bilis ( Tumbuk ) / Isi udang (cincang)
Garam
CARA-CARA MASAK
Sha campur semua bahan - Bawang Merah + Bawang Putih + Ikan Bilis/Isi Udang + Garam. Sha guna bilis sebab isi udang tak ada. Gaul sebati dan sumbat ke dalam sotong, kemudian cucuk dengan lidi cantumkan kembali kepala sotong dengan sotong sumbat tadi. Sha bakar di atas pemanggang ajaib sahaja lebih kurang 3 hingga 4 minit.
BAHAN-BAHAN SOS
Cili merah + Cili Padi ( Tumbuk )
Bawang Merah (di dadu )
Bawang Putih ( di cincang )
Air
Gula
Garam
Sos Ikan
CARA-CARA MASAK
Pssss... korang pernah makan tak sotong masak dengan buah gajus? Tak pernah boleh tengok resepi di sini >>> http://www.shalimaryusof.com/2015/07/resepi-masak-lemak-gajus-dan-sotong.html
Panaskan kuali, masukkan gula dan tambah sedikit air. Gula dah larut masukkan cili yang ditumbuk tadi diikuti dengan bawang merah, bawang putih. Perasakan dengan garam dan letak sedikit Sos Ikan. Masak sehingga semuanya larut dan macam sos..
--------------------------------------
Apabila sotong sudah masak, angkat dan kelar badan sotong. Kemudian curah sos ke atas sotong itu tadi.
Cubalah resepi ringkas ini bosan kot asyik makan sotong celup tepung dan sambal sotong.
19 Comments
aih... sedap ni, terliur dh kita.... nak balik buat la kalu rajin.... hahaha
ReplyDeletebuat2..simple jee
DeleteSedapnyaa! Terliur tengok. Heheh :)
ReplyDeleteehehe,,,masak2
DeleteWah sedapnya. thanks share resepi. nanti esok i boleh try
ReplyDeletesesekali tukar selera kan
Deletecikma!!!!!pindah ganu ah!!hahahah
ReplyDeletesuh balik jual sutun bakor keee..ahaha
DeleteYa ampun sedapnyee cikma..
ReplyDeleteThank you for the resepi 😍😍
haaa..buatttt
Deleteyummy, pernah rasa sekali je masa ada festival makanan thai dekat sini...rietta suka kuah dia...sedap...
ReplyDeleteyg ni xde laa sama sangat rietta,,,huhu
Deleteguna pemanggang ajaib jer..mudahnya..nak try la nanti masak
ReplyDeletebiasa makan sotong bakar biasa2 je..tak pernah makan lagi sotong bakar ala thai tu.
ReplyDeleteTerus teringin...hahahaha....
ReplyDeleteAlahai..sedapnya..boleh try ni..
ReplyDeleteSedapnya! Makan dengan nasi panas lagi merecik
ReplyDeletesedap ni :)
ReplyDeletesedap tu sotong bakar cik mar
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi