Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Masak Lemak Gajus Dengan Sotong Yang Terkenal Di Pantai Timur

Resepi Masak Lemak Gajus Dan Sotong | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila tibanya musim buah gajus, pastinya resepi ini akan menjadi pilihan tambah pula untuk orang pantai timur masam Sha. Tinggal di Perak agak susah nak dapat buah gajus. Jika ada rezeki pun kalua kebetulan balik kampung akan dapatlah merasa. Sotong masak lemak dengan buah gajus memang menjadi kegemaran Sha dan boleh dianggap susah nak dapat kerana buahnya bermusim. Walaupun resepinya agak mudah tetapi kadang-kadang cepat lupa, kalua lupa apa lagi memang kena telefon mak kat kampunglah jawabnya. Kebiasaannya orang akan bercakap tentang pucuk daunnya untuk dibuat ulam dan biji gajusnya yang sedap bila dibakar.

sayur lemak gajus dengan sotong terengganu


RESEPI SAYUR LEMAK GAJUS DENGAN SOTONG


Buah gajus atau buah ketereh atau juga dikenali sebagai jambu golok ini mungkin sesuai dengan jenis tanah berpasir halus. Jika dulu ke Kuala Terengganu dari Besut kita boleh tengok kiri kanan jalan pokoknya. Katanya di Terengganu dulu buah gajus ini ditanam secara komersial, mungkin sekarang tidak lagi kerana ditanam orang persendirian sahaja. Korang biasa dengar tak? buah apa bijinya diluar? buah apa lagi kalau bukan buah gajus. Pokoknya akan mengeluarkan pucuk berwarna kemerah-merahan, sangat sedap dibuat ulam dicicah dengan budu, sambal belacan atau cencalok. Biji diluarnya pula semasa Sha kecil-kecil dahulu biasa tengok ayah bakar diatas tanah sahaja, bila masak dibersihkan kemudian dimakan rangup.


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMASAK SAYUR LEMAK BUAH GAJUS


5 ekor sotong saiz sederhana dibersihkan dipotong bulat-bulat.
6 biji buah gajus dibersihkan dan dipotong dan diasingkan biji.
2 ekor Ikan Selayang direbus. Selepas direbus kita perlu buang tulang-tulang ikan dan ambil isinya sahaja. *
2 cawan santan
3 biji Bawang Merah*
Lada hitam*
Garam
Gula

Bahan bertanda * ditumbuk Bersama hingga lumat.

CARA-CARA MASAK BUAH GAJUS MASAK LEMAK


1. Pertama sekali panaskan 2 cawan santan segar.

2. Masukkan isi Ikan Selayang dengan Bawang Merah & Lada Hitam yang telah ditumbuk bersama.

3. Jika pekat tambah air [ Sha guna petua mak Sha ajarkan sahaja  iaitu dengan nisbah 1 plastik kecil santan = 1 plastik air ]

4. Kemudian, masukkan buah gajus yang telah direbus empuk dan telah diperah-perah airnya.



5. Perasakan dengan garam + gula

6. Jangan dilupakan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong bulat-bulat.

7. Apabila semua bahan telah sebati, gulai lemak gajus kita sudah siap untuk dimakan.

 
 

Bila bekerja dengan kawan-kawan semuanya bukan orang Pantai Timur, sebut sahaja juadah ini mereka mesti pelik. Sayur buah gajus ? Sedap ke? Jawapannya mestilah sedap, korang cuba cari buah gajus bagi kat Sha nanti Sha masak baru tahu sedap ke tak. Malangnya agak susah nak dapat buah gajus di sini.




Beginilah cadangan hidangan jika korang teringin nak cuba. Lauk kampung yang tak ditelan dek zaman. Selain sambal sotong, kari sotong, sotong rebus apa kata korang cuba masak lemak sotong macam ni dan letak buah gajus. Sebab apa sedap? Buah gajusnya masam-masam lemak yang susah nak dapat. Wajib korang makan dengan budu, tapi bahaya kalau lauk sebegini bagi Sha kerana wajib tambah nasi.

SILA JAMU MATA.
Terima Kasih.

Post a Comment

14 Comments

  1. First time tau ni...sedap eh buah gajus..tp xde jual kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sis..kelat2 masam gitu...pas tu masak lemak...lemak2 plk la rasa dia..huhu..buah ni bermusim..susah sket nk jumpa..

      Delete
  2. Nampak sedap..kalau mak akak buah gajus biasa masak dgn daun cekur manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...bleh gk try tuu....ni dr kecik memg mkn mcm ni...klu de resepi lain pon cuba... :)

      Delete
  3. Shaaa sayang lamanya tak muncul, nampak sedap,lemak-lemak ye,tak pernah kak ana makan lagi macam ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe...InsyaAllah tidak akan rehat terlalu lama lg...tp nnti dlm pantg kena rehat..kt kmpg xde teneeett..line ciput...kih3...

      Delete
  4. seriously, aida x pernah makan gajus ni, shalimar.
    kecuali ala-ala gajus biskut raya tu :) ha ha ha ha...
    ada ilmu skit gini.
    tak la jakun kalau2 la jumpa kat pasar.

    ReplyDelete
  5. Kwani ore kelate gini pon x rajin dok buatt 😆. Adui nati la kita tryyy .nampak mudah jah

    ReplyDelete
  6. resepi tgk sokmo..buat n makan xrajin lagi..hehe

    ReplyDelete
  7. Sekarang nak cari buah gajus pun susah.

    ReplyDelete
  8. penah makan zaman kecik2 dulu je,dah tua2 ni pokok pun tak jumpa doh huhuu

    ReplyDelete
  9. selama ni makan kacang gajus tu x penah tahu buah dia macam mana. ada 1 day ni saya ke pasar Kuala Berang.. tula first time sya tengok orang jual buah gajus. jakun gile rasa..

    ReplyDelete
  10. dulu nenek suka masak lemak gajus ni..sedap sangat..tapi tak letak sotong .makan dengan ikan kering pun dah sedap...lama tak jumpa buah ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi