Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Makan Tengahari Di Kedai Nasi Arab Di Seri Iskandar Perak

Makan Tengahari Di Kedai Nasi Arab Di Seri Iskandar Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini Sha nak kongsikan satu tempat makan di Seri Iskandar, Perak. Kalau dah namanya bekerja di kawasan ini, semestinya kena selalu mempelbagaikan tempat makan bila tiba waktu rehat kerana ada satu masa kita akan bosan dengan kedai makan yang selalu kita jamu selera. Baru-baru ini rakan pejabat Sha memperkenalkan satu kedai makanan arab di Seri Iskandar Perak, biasanya Sha dengar sahaja mereka bercerita tentang satu kedai masakan arab jadi kali ini Sha sendiri berpeluang untuk merasai sendiri juadah yang ada. Kedai yang Sha maksudkan adalah Restoran Lazeezi, jika korang ada singgah di Seri Iskandar untuk makan citarasa arab bolehlah singgah ke sini.


Lokasi Restoran Lazeezi ini adalah sebaris dengan Restoran Chillex Concept Seri Iskandar. Dkatakan diusahakan oleh orang syria. Kawasan Seri Iskandar memang sesuai dibuka pelbagai menu kerana penduduknya adalah pelbagai bangsa disebabkan wujudnya universiti antarabangsa seperti Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain.


Dekorasi ringkas Restoran Lazeezi. Korang boleh nampak Shawarma di bahagian depan sekali. Di bawah Sha sertakan menu yang Sha pernah cuba di Restoran Lazeezi ;

shakshuka

Set kegemaran Sha sendiri iaitu Shakshuka. Pada awalnya Sha tak tahu pun Shakshuka ini memang didatangkan satu set dengan Mulawah, kali pertama terorderlah 2 keping mulawah. Mulawah yang macam roti canai ditaburi habbatus sauda. Mulawah dimakan bersama padanannya iaitu masak telur hancur bersama sos cili, sos tomato, bawang, jintan dan rempah hitam. Harga untuk set ini hanya Rm 6.00.

Shawarma Sandwich Cheese

Falafel Platter : 12 crispy Falafel Rings, dihidangkan dengan flate bread dan garlic sauce.

Yop makan Shawarma Rice


Selain Shakshuka, Sha juga sukakan Shawarma Salad. Harga Rm 10.00.


MENU DI RESTORAN LAZEEZI SERI ISKANDAR, PERAK
( Restoran makanan arab di Seri Iskandar )








Jika korang nak ke Restoran Lazeezi korang boleh berkunjung lebih kurang pukul 1 petang. Restoran ini terletak sebaris dengan Kafe Chillex Concept dan Kafe La Cushy Seri Iskandar. Pekerja di sini juga boleh berbahasa Inggeris dan bahasa melayu juga.

Post a Comment

8 Comments

  1. Waalaikumussalam. Best nya. Saya belum dapat merasa lagi masakan arab 😁

    ReplyDelete
  2. aduhai sedapnya semua... rindu nk makan falafel, dah lama tak makan, besar betul mulawah tu mau kongsi 2 orang pun boleh tu...

    ReplyDelete
  3. semua pun nampak sedap....xpernah try lgi mna mna falafel...

    ReplyDelete
  4. kak ana suka gak menu nasi arab ni sha, nampak sedap

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi