Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tips Bagaimana Menghadapi Ahli Keluarga Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah

Tips Bagaimana Menghadapi Ahli Keluarga Yang Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dadah seperti yang umum tahu adalah musuh No 1 Negara. Meninggalkan dunia penagihan dadah adalah bukan sesuatu yang mudah kerana bagi Sha ianya berbentuk subjektif bukan objektif dengan hanya katakan saya mahu berubah, saya tak nak ambil dadah lagi . Kenapa Sha berkata sebegini? Kerana sepanjang terlibat dengan pemulihan dadah, diakui sendiri oleh ribuan klien yang sedang menjalani hukuman menjalani pengawasan dalam komuniti. Hal ini disokong dengan adanya kes klien berulang sehingga lanjut usia.


Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (chronic relapsing disease) dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah.

Penagihan dadah menyebabkan individu sukar untuk berfungsi dalam kehidupan sehariannya. Ia memberi kesan kepada bagaimana individu tersebut bertindak dengan keluarganya, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Ia adalah sesuatu yang sukar dan mencabar bagi mengubah banyak perkara pada satu-satu masa dan tidak kembali kepada tabiat yang lama.

Bagaimana Menghadapi Ahli Keluarga Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah?


Pelbagai reaksi yang biasa Sha hadapi sama ada dalam bentuk positif dan negatif apabila klien/orang awam atau ahli keluarga datang untuk mengadu tentang ahli keluarga terdekat telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan tidak kurang mengesyaki penglibatan berdasarkan perubahan orang yang dimaksudkan. Bagi yang dapat mengesan perubahan diucapkan syabas kerana ianya menunjukkan anda mengambil berat tentang ahli keluarga anda. MARAH & TERKEJUT adalah reaksi normal kita sebagai manusia tetapi setiap masalah yang timbul pasti ada usaha untuk selesaikannya.

Antara yang korang boleh buat adalah :


1. Jangan panik dan terus melenting.
Kenalpasti apa tindakan yang korang perlu ambil. Paling penting korang kena berfikir dalam keadaan bertenang, jadi ambillah masa untuk tenangkan diri terlebih dahulu. Jika ada keluarga atau rakan yang dipercayai, korang boleh berkongsi dan meminta pendapat.

2. Bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.
Untuk masalah sebegini korang perlu berfikir panjang dan jadilah seorang yang waras.

3. Mencari maklumat tentang dadah yang diambil.
Kenali dadah yang ahli keluarga korang ambil. Ketahui jenis, kesan dan tanda-tanda.

4. Dapatkan kaunseling atau nasihat daripada agensi penguatkuasaan berkaitan dadah seperti AADK.
Jangan segan untuk merujuk kes ini kepada pihak berwajib. Negara kita mempunyai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tempat untuk rujukan.

5. Jiwa kena kuat & positif kerana tidak semua penagih tidak baik.
Ahli keluarga korang mesti korang kenal bagaimana mereka dengan korang sendiri. Sama ada orangnya tidak membawa masalah atau memberi masalah kepada keluarga.

6. Ketahuilah sokongan daripada keluarga adalah penting untuk mengawal kebergantungan kepada dadah.

MENYOKONG ANAK BUKAN DENGAN MENGHALANG ANAK MENJALANI RAWATAN PEMULIHAN.

Masalah penagihan dadah memang sukar ditangani. Penagih seolah-olah tidak insaf untuk pulang ke pangkal jalan. Hakikatnya, tidak semua penagih seperti itu, malah ada yang bersusah-payah untuk pulih tetapi tetap gagal. Bagi memastikan penagih tidak menagih semula, sokongan dan pembabitan keluarga dalam program pemulihan amat penting. Dapati usaha memulihkan penagih lebih berjaya apabila keluarga memberi sokongan khususnya daripada ibu bapa dan adik-beradik.

Rawatan dan pemulihan yang komprehensif melalui pendekatan pemulihan dalam institusi dan pemulihan dalam komuniti. Penekanan telah diberikan kepada pelaksanaan program psikososial, rawatan perubatan dan latihan kemahiran dan kerjaya serta meluaskan pendekatan kerohanian dan keagamaan.

AADK juga sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan rawatan dan pemulihan yang meliputi keperluan fizikal, mental, sosial dan spiritual supaya individu yang terperangkap dalam penagihan dadah ini  boleh mendapatkan semula kehidupan mereka kembali dan hidup bebas dadah.  Peluasan perkhidmatan AADK telah dilakukan dalam usaha untuk menyediakan rawatan dan pemulihan selama mereka memerlukannya.

Jika korang perasan, drama yang sedang ditayangkan di TV3 iaitu Adellea Sofea lakonan Mira Filzah & Ungku Ismail pada jam 7.00 petang adalah suatu drama yang menarik untuk ditonton kerana jarang sekali jalan cerita membabitkan hero seorang penagih dadah jenis kokain.


Sha tak sabar nak tunggu kesudahan drama ini, adakah pengakhiran yang baik atau sebaliknya? Setakat ini ahli keluarga ramai yang menyokong dan tidak kurang ada yang menjadi syaitan untuk menyebabkan Fir "trigger" sekali gus mencetus rasa rindu kepada dadah kembali.

Kesimpulannya, tips yang Sha nyatakan adalah berdasarkan pengalaman menghadapai ahli keluarga penagih. Bagi keluarga yang menyokong, korang memang kuat dan selalu menyentuh hati kami dan dalam didoakan keluarga kita yang tersilap langkah dapat kembali ke pangkal jalan. Suka Sha tekankan di sini, ramai yang tanya penagih dadah boleh berubah ke? BOLEH. Ramai ke yang dah pulih? TAK RAMAI TAPI ADA kerana ianya perlu ada kekuatan dalaman daripada mereka sendiri. NAK KUAT? Perlulah SOKONG.

Post a Comment

3 Comments

  1. betul semua tips tu, lepas tu bagi bekas penagih bila dah nekad nak berhenti tak boleh dah jumpa dgn kawan-kawan yg masih menagih, kemungkinnan untuk menagih semula adalah tinggi, dek kerana ajakan kawan.

    Teringat akak sorang penagih dadah kt kampung akak, dah terang-terang orang kampung tangkap dia ni curi barang sebab nak dapatkan duit buat beli dadah, dan familynya pun tahu dia penagih tapi emaknya sgt sayangkan dia, bila ditangkap polis dan nk di hantar ke pusat serenti emaknya tak bagi, dia kan duduk di kampung lepastu akan mencuri barang org kampung, hasil tanaman, even buah kelapa sawit.

    sampai kan lah bila emaknya meninggal dunia, takde siapa yang membela dia, bila di tangkap polis dan di masukkan pusat serenti takde ahli keluarga yang ambil tahu sebab malu dengan orang kampung. Susah penagih dadah yang tak nak berubah ini...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. setuju, hati dan minda kena kuat dan disokong oleh keluarga dan orang terdekat. semua kena bersatu hati dan bekerjasama

    ReplyDelete
  3. You make so many great points here that I read your article a couple of times. Your views are in accordance with my own for the most part. This is great content for your readers. Eminem, also known as Marshall Mathers, is one of the most commercially successful rappers of all time, with more than 100 million albums sold worldwide. He is one of the richest rappers in the world, with an estimated net worth of $210 million. Read more in Eminem net worth.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi