Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Langkah Mengelak Virus Influenza Daripada Berjangkit Kepada Kanak-Kanak

Langkah Mengendali Pesakit Influenza Kanak-Kanak | Assalamulaikum dan salam sejahtera. Kementerian Kesihatan kini mengharapkan ibu bapa lebih peka memastikan kesihatan anak-anak dan tidak menghantar anak ke sekolah jika sakit. Hal ini berikutan penularan virus Influenza di negara kita. Influenza merupakan jangkitan dengan menunjukkan gejala utama seperti demam selesema, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi, sukar bernafas, cirit birit dan kelesuan. Wabak yang disebabkan oleh virus bermusim itu boleh mengakibatkan jangkitan demam selesema yang ringan terhadap kumpulan orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, ibu mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik lain.

Langkah Pencegahan virus Influenza



  • Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);
  • Elakkan daripada memberi ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) untuk mengurangkan demam kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak;
  • Memastikan pesakit minum secukupnya supaya kekal terhidrat; dan
  • Sila bawa pesakit tersebut berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Bagaimana Virus Influenza Berjangkit




Siapa berisiko tinggi mendapat Virus Influenza


Selain itu, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza pula, KKM mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat. Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi khususnya adalah digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza di fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut:



  • Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat awam dan sesak dengan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, kita dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui pernafasan

  • Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;
  • Elakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan orang lain.
  • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk, sakit tekak yang berterusan.
Di dalam keadaan sekarang kita perlu peka dan cuba elakkan daripada terkena virus. Semoga kita dan ahli keluarga kita terutama anak-anak yang berada di taska, rumah pengasuh, tadika dan sekolah dijauhkan daripada segala penyakit. Jangan ambil mudah, cuba amalkan apa yang sepatutnya.

Post a Comment

3 Comments

  1. risau plak mcm2 penyakit skrg ni..
    arap xteruk la..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan dan dipercepatkan penyembuhan untuk penyakit ni 😭

    ReplyDelete
  3. Suami saya still tak balik lagi walaupun dah 10.30malam sebab kena siasat kes influenza ni. Harap kita semua dilindungi daripada kena jangkitan penyakit sekarang kan..takut rasanya..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi