Tuesday, January 07, 2020

Drama Adellea Sofea | Bolehkah Fir Tinggalkan Dadah ?


Drama Adellea Sofea | Bermula 6 Disember 2019 yang lepas, drama Adellea Sofea mengisi slot Akasia TV3 setiap isnin hingga jumaat pada jam 7.00 petang. Drama yang yang dibintangi pelakon-pelakon hebat yang memainkan peranan kuat dalam drama ini adalah Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz , Jasmine Suraya, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Bella Dally, Josiah Hogan, Fizo Omar, Uchee Fukada, Kazar dan ramai lagi. Setiap watak yang ada dalam drama ini memberi pengajaran yang berlainan.


Sinopsis Adellea Sofia

Adellea Sofea adalah watak yang dilakonkan oleh Mira Filzah, seorang anak sulung dalam keluarga berkerja sebagai pensyarah dan selalu diaju soalan perkahwinan. Sofea berkenalan dengan Firdaus (Fir) lakonan Ungku Ismail. Ungku Ismail ingin mengahwini Sofea walaupun baru kenal dan ibu Fir pun berkenan dengan Sofea dan memujuk Sofea menerima Fir sehingga mereka berkahwin. Kebahagiaan perkahwinan mereka diduga dengan pelbagai dugaan termasuk selepas  kantoi Fir sebenarnya penagih dadah sejak bangku sekolah. Walaupun terluka Sofea mengambil keputusan untuk terus setia bersama Fir dan membantu Fir untuk pulih.

Apa yang menarik tentang Adellea Sofea ? Nilai-nilai murni

Untuk pertama kali Sha tertarik dengan drama ini adalah kerana Sha tahu ada babak yang dilakonkan di Klinik Cure & Care Sungai Besi (AADK), teringin juga nak tengok apa peranan AADK dalam drama ini maklumlah bukan selalu drama-drama melayu menyelitkan elimen pemulihan dadah dalam sesebuah karya.

Drama ini menekankan pentingnya kekuatan tali kekeluargaan dalam menyokong perubahan ke arah kebaikan terutamanya dalam kepulihan daripada penyalahgunaan dadah.

Berubah ke arah kebaikan pastinya ada cabaran yang akan dilalui seperti rakan yang negatif, hadir untuk menimbulkan trigger (pencetus) kepada penggunaan dadah kembali.

Watak Sofea yang tidak membuat keputusan dalam keadaan marah.

Keegoan seseorang biarlah bertempat.

Di dalam suatu perkahwinan, suami isteri haruslah mengambil tanggungjawab masing-masing dan tidak terlalu menyerah tugas pada satu bahu sahaja walaupun sibuk berkerja. Nilai ini kita boleh lihat watak mama dan papa Firdaus & Ilya.

Tidak kira dalam kebahagiaan atau kesempitan, sentiasalah mengingati padaNya Yang Maha Besar mohonlah kekuatan daripadaNya.

Bolehkah seorang penagih dadah meninggalkan dadah?

Jawapannya TIDAK MUSTAHIL dan ada contoh yang berjaya meninggalkan dunia penagihan tetapi kepulihan adalah sepanjang hayat. Mereka perlu berwaspada dan menjaga diri sendiri supaya mereka tidak kembali ke kancah penagihan.

Kini berbaki 6 hari lagi daripada 28 episod drama Adellea Sofea, jom sama-sama kita tonton apakah kesudahan pengorbanan Sofea.

5 comments:

  1. watching start first episode until now..
    Ya Allah boleh sakit jiwa tgk drama ni...
    Best, cuma sakit hati...rasanya kalau la boleh masuk dalam tv tu nak je lempang si ikram ngan suzie tu hehehehe..pastu nak ketuk kepala si sofea tu, sbb dia terlalu mudah percaya dgn org...

    ReplyDelete
  2. menarik jugak ceritanya, tak la klise macam drama biasa tu... penagih dadah ni bila dh ke pemulihan bila keluar tu pertama kene jauhkan diri dari kawan-kawan yg menagih dulu, memang kena kuat dan tekad,... tak boleh nak lembik-lembik

    ReplyDelete
  3. suka jugak layan time lunch hour, dah tak dapat nak tengok kat tv time maghrib ^_^

    ReplyDelete
  4. ank tgk tapi x sempat.... on off ja tgk...

    ReplyDelete
  5. Tengok kejap-kejap je drama ni. Tak sempat pula nak layan hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof