Sunday, October 20, 2019

Hari Sukan Sempena Bulan Sukan Negara Di Tasik UTP, Tronoh Perak


Hari Sukan Sempena Bulan Sukan Negara | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bulan ini iaitu bulan Oktober, kerajaan Malaysia telah menetapkan sebagai Bulan Sukan Negara (BSN). Sebenarnya jabatan Sha sendiri telah lebih setahun menganjurkan kempen Sihat, Cergas & Langsing untuk pegawai dan kakitangan berada dalam kelompok berat ideal masing-masing. Setiap PTJ wajib menjalankan aktiviti sukan pada setiap minggu iaitu pada hari jumaat sebelah petang.


Pada 18 Oktober 2019 yang lepas, Sha dan rakan-rakan sekerja telah menyahut arahan daripada Ketua Pengarah kami untuk melakukan apa sahaja jenis sukan pada hari tersebut. Mengambil beberapa perkara, ketua Sha memilih untuk santai melakukan senaman ringan dan jogging di Tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh. Tasik UTP selalu menjadi pilihan kami terutamanya staf perempuan untuk beriadah kerana ini adalah lokasi paling hampir dengan pejabat dan selesa. Selain jogging di UTP kami banyak memilih untuk hiking di Bukit Kledang jika masa dan keadaan mengizinkan.


Senaman regangan pada pagi itu diketuai oleh Bogusan, biasanya kalau kami hiking di bukit pun beliau yang akan mengambil tanggungjawab untuk regangan.


Tasik UTP kerap dijadikan lokasi kami beriadah memandangkan ianya lokasi paling dekat dan luas. Setiap satu pusing mengelilingi tasik ini adalah berjarak 1.2 kilometer.


Objektif Program Riadah.

  • Menggalakkan pegawai & kakitangan mengamalkan cara hidup sihat
  • Membantu pegawai & kakitangan mencapai atau mengekalkan berat badan ideal.
  • Memastikan kakitangan melakukan kegiatan berfaedah dan menyumbang kepada pembinaan negara yang lebih baik.
  • Syarat tambahan untuk kenaikan pangkat pegawai agensi
  • Sebagai agensi keselamatan & penguatkuasaan perlu dilihat sihat dan cergas.


Untuk pengetahuan korang juga, dalam program pemulihan klien penyalahgunaan dadah juga terdapat aktiviti sukan & riadah sebagai usaha untuk klien dapat kembali kepada kehidupan yang lebih sihat.

Harapan Sha program sebegini akan diteruskan kerana ianya dapat memupuk semangat kerjasama antara rakan-rakan sekerja dan dapat memberi peluang kepada kakitangan menjalani sekurang-kurangnya seminggu sekali aktiviti sukan. Perkara ini amat perlu kerana sepanjang hari bekerja, kebanyakan pegawai termasuk Sha sendiri biasanya selepas waktu balik kerja kebanyakkan terkejar-kejar untuk menguruskan anak dan rumah tangga. Jadi bila diberikan peluang dan masa seperti ini amatlah berharga.

5 comments:

  1. bestnya.. tmpt keje sy xde smbut lg hari sukan negara..

    ReplyDelete
  2. best tempat buat senaman tu, kalau duk hari2 buat aktiviti kat situ pun seronok

    ReplyDelete
  3. wahhh...nampak tenang ke tempat riadah tu...

    ReplyDelete
  4. Lisa duduk kat seri iskandar, memang selalu dtg taman utp nk exercise. Best sebab rasa tenang datang sini.

    ReplyDelete
  5. I need more articles and blogs please post soon. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof