Saturday, October 05, 2019

Pengalaman Dan Perbezaan Laluan-Laluan Dakian Bukit Kledang Ipoh, Perak

Pengalaman Dan Perbezaan Laluan-Laluan Dakian Bukit Kledang Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry ini sesuai sangat dengan orang Ipoh sebabnya bukit ini terletak di Menglembu, Ipoh Perak. Setelah 5 tahun baru kali ini Sha dan rakan-rakan pejabat mula aktif beriadah selepas menyahut saranan Ketua Pengarah kami yang mahukan kakitangan menjaga kesihatan dan kekal cergas. Sepatutnya aktiviti ini dijalankan setiap hari jumaat sebelah petang selepas pegawai lelaki balik solat jumaat tetapi semalam kami awalkan kepada pagi hari khamis memandangkan pendakian kali ini mengikuti jalan yang sedikit jauh daripada biasa dan mengelakkan daripada lambat turun ke bawah. Program seperti ini Sha bersetuju untuk diadakan kerana sekali- sekala memang perlu melakukan aktiviti luar pejabat untuk mengekalkan kecergasan dan tidak hanya terperuk dengan kerja-kerja pejabat tambah pula ianya hanya mengambil masa separuh hari bekerja. Di samping untuk kecergasan dan kesihatan pegawai dan kakitangan, program seperti ini dapat memupuk semangat persahabatan dan kerjasama antara pegawai dan kakitangan yang ada.


03 Oktober 2019 [ Khamis ] Sha dan rakan-rakan seramai 14 orang telah mencabar diri memulakan pendakian pada jam 9.00 pagi. Ini merupakan kali pertama Sha melalui laluan 54, sebelum ini paling kerap melalui jalan tar sahaja dan pernah merasa laluan 42 dan laluan 49. Berdasarkan pengalaman Sha melalui laluan-laluan ini Sha meletakkan carta seperti berikut mengikut tahap cabaran untuk Sha sendiri daripada paling mudah ke paling mencabar ;

1. Trek jalan tar


Trek yang agak mudah kerana tak perlu melalui pokok-pokok dan akar kayu, tetapi tetap mencabar fizikal. Mula-mula kenal Bukit Kledang Sha kenal jalan ini terlebih dahulu, dulu Sha selalu naik bersama rakan-rakan pejabat lama.

Pokok paling besar Sha jumpa sepanjang pendakian.

2. Trek 49 Bukit Kledang Ipoh, Perak.


Trek 49 terletak di kaki bukit berlainan dari point trek tar. Selain trek tar semua trek lain adalah sama puncanya cuma ada pecahan di atas bukit. Trek 49 Alhamdulillah bagi Sha tidak terlalu sukar berbanding trek 42 kerana bahagian bukit yang agak curam tidaklah panjang dan kebanyakkan adalah landai dan sangat memberi masa untuk kita menikmati bau hutan dan keindahan alam semulajadi yang ada.



3. Trek 54 Bukit Kledang, Ipoh Perak.

Pada mulanya agak cuak untuk sertai pendakian di laluan ini kerana risau jika program diadakan sebelah petang, takut malam baru dapat turun tambah pula risau keadaan hujan. Tetapi akhirnya boss bagi kami naik belah pagi, jadi kita seronoklah dapat sertai kawan-kawan yang lain. Trek 54 lebih kurang Trek 49 tetapi jarak lebih jauh dan terdapat juga jalan curam yang agak panjang, tetapi atas bantuan dan semangat kawan-kawan yang ada kami semua selamat naik dan turun dengan selamat.


4. Trek 42 Bukit Kledang Ipoh, Perak

Untuk Pendakian di Bukit Kledang pada Sha yang paling mencabar adalah Trek 42 kerana perjalanan yang curam lebih panjang dan amat memenatkan mental Sha. Sha lalui trek 42 ini bersama kawan baik Sha dari pejabat lama dahulu iaitu Emy. Tak akan Sha lupa perasan mahu sahaja melepaskan diri berguling-guling sendiri menuruni bukit tetapi apakan daya itu adalah mustahil walaupun Sha perlu merangkak terus ke atas dan turun seperti biasa.



Gambar ini adalah perhentian pertama selepas memulakan perjalanan. Di sinilah permulaan sama ada ingin melalui jalan mana, sama ada trek 42 atau meneruskan perjalanan ke trek-trek lain. Rehat sekejap untuk minum air dan relaks sekejap.


Gambar ini pula kami berkumpul untuk berehat dan mulakan perjalanan di trek 54. Waktu ini menunjukkan jam 10.07 pagi, selepas beberapa minit perjalanan kami jumpa pecahan trek 49 dan trek 54. Alhamdulillah akhirnya dapat juga Sha merasa trek 54 yang mana sebelum ini hanya dengar cerita daripada kawan-kawan lelaki yang dah selalu naik Bukit Kledang Ipoh ini.


Letak juga gambar pakai baju hujan ni walaupun pakai sekejap sahaja sebabnya hujan tak lama, jadi tak adalah rasa membazir beli baju hujan pada hari sebelumnya. Untuk aktif hiking ke gunung-gunung jauh mungkin tak dapat jadi kita beli kelengkapan yang harnya biasa-biasa sahajalah.


Persediaan Untuk Naik Bukit Kledang Ipoh, Perak


Baju hujan beli di tesco harga tak sampai Rm 4.00

Tongkat Sha beli di Mr.DIY sahaja dengan harga Rm16.90, cuma kasut khas untuk hiking belum ada.

Air garam atau air isotonik. Sha beli air 100plus sahaja.

Gula-gula berangin. Sha beli Halls perisa oren sahaja.

Minyak panas.

Sebelum ini Sha pernah kongsikan Tips Mendaki Bukit & Gunung ketika Sha kongsikan pengalaman mendaki Gunung Semanggol yang terletak di Kerian, Perak. Kalau korang tanya mana susah antara bukit kledang dengan Gunung Semanggol, pastinya Gunung Semanggol lebih mencabar kerana namanya pun gunung pastinya kecuraman lebih mencabar.


Sekian perkongsian tak seberapa dari Sha. 10.00 pagi mula,pukul 2.00 petang selamat sampai ke bawah. Alhamdulillah.

3 comments:

  1. bestnya kalo tmpt keje sy pon buat aktiviti mcm ni jgk..
    blh eratkan silaturahim antara staff.. =)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof