Coffee House Hotel Casuarina Meru Ipoh | Promosi Bulan Oktober Dengan Hidangan Bertemakan Borneo Buffet | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam Sha berpeluang mencuba juadah dari Borneo yang boleh dinikmati di Ipoh, Perak sahaja. Casuarina @Meru Hotel terkenal dengan bufet antarabangsanya. Walau bagaimanapun, apa yang berbeza ialah untuk bulan Oktober, pengunjung dapat menikmati hidangan terbaik dari Borneo. Oleh itu, jangan melepaskan peluang luar biasa ini. Untuk pengetahuan korang, menu borneo dalam bentuk buffet ini boleh didapati dari 8 oktober hingga 31 oktober 2019 ini yang mana menu Casuarina @meru Ipoh ini berubah tema setiap bulan.
Sebelum ke Casuarina @Meru Hotel ini Sha ada bertanyakan kawan-kawan apa kebiasaan masakan orang sebelah Borneo sediakan dan betul! kebanyakkan ada di Hotel Casuarina Meru Ipoh ini. Sepanjang di Ipoh Sha pun tak pernah jumpa lagi hidangan dari Borneo di sini jadi Sha teruja untuk mencubanya.
Sha tak pernah sampai lagi ke negeri dibawah bayu iaitu Negeri Sabah, jadi Sha dapatlah merasai masakan Negeri Sabah. Pendek kata memang semua yang dihidangkan sedap, dibuat lauk makan dengan nasi putih kukus dengan daun pandan. Sha yakin orang semenanjung pasti akan jatuh cinta dengan masakan borneo yang disediakan oleh Hotel Casuarina Meru Ipoh ini.
Untuk pengetahuan korang juga, jika korang memilih untuk makan malam di sini, korang dapatlah layan live band yang bermula pada jam 8.00 malam, setiap malam kecuali pada hari isnin. Hari isnin juga Coffee House ditutup TETAPI masakan ala carte masih disediakan.
Jika korang secara individu atau berkumpulan ada merancang untuk menikmati juadah di Hotel Casuarina @Meru Ipoh korang boleh terus menghubungi pihak mereka seperti maklumat dibawah.
Borneo Food Di Hotel Casuarina Meru Ipoh Perak
Sebelum ke Casuarina @Meru Hotel ini Sha ada bertanyakan kawan-kawan apa kebiasaan masakan orang sebelah Borneo sediakan dan betul! kebanyakkan ada di Hotel Casuarina Meru Ipoh ini. Sepanjang di Ipoh Sha pun tak pernah jumpa lagi hidangan dari Borneo di sini jadi Sha teruja untuk mencubanya.
Hidangan Borneo Dari Negeri Sabah
Sha memang peminat masakan ekor, jadi memang Sha syorkan pada yang suka masakan ekor tu wajib cuba Gulai Masak Pedas ekor ini, memang lembut dagingnya dan rasanya memang cukup sedap.
Jika korang tak nak makan dengan nasi putih kukus daun pandan, nak rasa lebih suasana Borneo kita boleh sahaja memilih untuk makan dengan Nasi Linopot Sabah ini, comel bebungkus.
Kerabu Sulur Keladi |
Udang Nabalu Sabah |
Jika kemana-mana menu kegemaran Sha adalah bahagian kerabu. Kerabu Nabalu Sabah adalah kerabu pilihan Sha pada malam itu, isi udangnya memang cukup rasa dengan masam dan pedasnya. Seperti biasa bagi peminat masakan pedas macam Sha memang akan jatuh cintalah.
Sandakan Prawn Sabah |
Hidangan Borneo Dari Negeri Sarawak
Makanan lauk sebegini semuanya Sha cuba dengan nasi kukus daun pandan memang padu sangat rasanya. Seperti yang kita tahu belah Borneo kebanyakan masakannya adalah makanan laut.
Ikan Kukus Kiambang Sarawak |
Kambing Rica |
Masakan kambing juga kegemaran Sha disamping Gulai Masak Pedas Ekor Sabah tadi, yang ini pun korang wajib makan !
Kerabu Ayam Lengkuas Sarawak |
Manok Pansuh |
Bila nampak menu manok, teringat kenangan ketika berada di Sarawak dulu, memang tak tahu loghat Sarawak langsung, bila ke cafe nak makan mereka sebut manok, puas fikir tambah pula pada masa itu Sha keseorangan jadi memang kena bulilah, rupanya manok itu adalah ayam. Jadi bila nampak perkataan manok, tahulah apa jenis makanan ini.
Sotong Masak lada Hitam Sarawak |
Midin Belacan |
Bagi peminat sup seperti Sha, memang bahagian ini menjadi tumpuan Sha. Untuk sup kita ada masakan daripada negeri Sarawak iaitu Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Memang cukup rasa semuanya, sambal kicap dia terbaik.
Selain menu dari negeri Sabah dan Sarawak, pihak Coffee House Hotel Casuarina @Meru Ipoh juga menyelitkan menu dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.
Karedok Indonesia |
Karedok Indonesia iaitu masakan berasaskan sayur, jika biasa tengok seperti pecal tetapi Karedok Indonesia berlainan dari segi sosnya yang istimewa.
Sup Tulang Seri Begawan. |
Coffee House Hotel Casuarina @meru Ipoh Perak memang selalu menyediakan menu sup sebegini tetapi untuk tema Borneo dibawakan sup versi Negara Brunei iaitu Sup Tulang Seri Begawan.
Pencuci Mulut
Kek lapis Sarawak |
Kek Lapis Sarawak |
Selain daripada kuih muih seperti di atas, Coffee House Hotel Casuarina @meru Ipoh juga menyediakan hidangan sampingan seperti kebab, ABC, Koling-koling, roti juga rojak buah.
Kebab |
Koling-koling |
ABD |
Harga Buffet Hotel Casuarina Meru Ipoh Perak
Buffet Lunch Hotel Casuarina Meru Ipoh
12.00 tengahari hingga 2.30 petang
RM 45.00 nett ( Dewasa)
RM 40.00 nett (Warga Emas)
RM 15.00 (Kanak-Kanak)
Buffet Dinner
7.00 petang hingga 10.30 malam
RM 55.00nett (Dewasa)
RM 48.00nett (Warga Emas)
RM 20.00nett (Kanak-kanak)
Jika korang secara individu atau berkumpulan ada merancang untuk menikmati juadah di Hotel Casuarina @Meru Ipoh korang boleh terus menghubungi pihak mereka seperti maklumat dibawah.
Hotel Casuarina@Meru
Add: 1-C, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak.
Tel: +605-5299999
Fax: +605-5299998
Web: www.casuarinahotels.com.my
18 Comments
Unik nama menu Sabah ni. Nak cuba, nampak best
ReplyDeleteWahhh menarik ni... Jom jom
ReplyDeleteMakanan sabah rasa tak pernah makan sebab tak penah dengar nama nya 😂 jauh plak nak cuba hehe
ReplyDeletenasib baca lepas lunch. semua lauk dia nampak sedap. boleh plan nak ke ipoh ni.
ReplyDeletesemau sedap2.. harini byk yg share makanan semua.. hehe
ReplyDeleteMee Kolok antara hidangan Sarawak yg ramai kata sedap. Anak pun suka tapi tak pernah try huhhu.. maybe one day kut...
ReplyDeletenampak sedap makanan-makanannya. in shaa Allah akan cuba . saya ni tak pernah lagi cuba makanan borneo ni, selalu makan makanan yang tak berkhasiat je haha
ReplyDeletePernah ke Sabah tapi tak berpeluang makan makanan diorg sebab dok sibuk makan seafood je kat sana..hehehe.Makanan Sarawak selalu jugak makan sebab kat KL ni byk jugak restoran yg jual makanan Sarawak.
ReplyDeleterasa cam pernah datang hotel ni dulu2. btw foods semua nampak mengiurkan. dah lama juga tak ke ipoh, insyaAllah one day will come here again
ReplyDeleteNampak sedap dan unik nampak menu masakan borneo ni. Ada nasi linopot, koling koling dan macam macam lagi. Harga yang ditawarkan pun nampak berpatutan dengan menu yang dihidang
ReplyDeleteWahh jarang-jarang ada hidangan khas borneo macam ni. Macam menarik kalau nak try tapi jauh plak ke Ipoh sana huhu
ReplyDeleteBestnye banyak makanan..harga dia berbaloi baloi. Dekat dah tu hotel dia
ReplyDeleteBanyak pilihan makanan dan harga pun mampu bayar. haha. Semoga ia akan mendapat tempat di hati masyarakat di luar sana. :)
ReplyDeleteTak pernah try Borneo food. But I bet it's the same macam Malaysia hanya sikit tak sama kan~ thanks for sharing! Shall visit soon.
ReplyDeleteByknyq pilihan makanan kat sini. Semua menyelerakan. Kalau datang area sini boleh ajak satu famili dtg makan
ReplyDeletePergh untungla dapat mkaan makanan Borneo..kita pun tak pernah rasa..banyak pulak tu..fuh..puas hati makan macam ni..makan dengan satu family
ReplyDeleteLauk pauk sedap. Kuih muih pun pelbagai. Menarik sangat semua hidangan yang disediakan oleh pihak hotel
ReplyDeleteSo many delicious food serving here, Borneo food is such a interesting cuisine. Need to drop by here one day!
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi