Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cabaran Pencegahan Dadah Kepada Anak Remaja Yang Berusia Antara 16 hingga 18

Cabaran Pencegahan Dadah Kepada Anak Remaja Yang Berusia Antara 16 hingga 18 | Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua. Merujuk kepada tajuk, dalam membesarkan anak-anak umur sebegini pada zaman ini adalah menjadi semakin mencabar dari sebelumnya. Nak cakap lebih-lebih pun anak Sha masih berumur 7 tahun ke bawah, tapi masa akan berlalu dengan pantas, dia akan membesar menjadi seorang remaja tidak lama lagi. Walaupun belum tiba masanya Sha nak berkongsi juga dengan rakan-rakan yang dah punya anak remaja. Hal ini kerana mereka semakin bergaul dan menambah rakan dalam kehidupan mereka seterusnya banyak peluang untuk mereka mencuba rokok, alkohol dan dadah. Walaupun mereka berusaha untuk menolak berkali-kaki dan tidak ambil tahu, mereka tetap terdedah dengan risiko ini sama ada mempunyai rakan yang menggunakannya atau melalui perbualan mereka. Tidak mustahil untuk mereka mula tertarik, berfikir dan mencuba atau terlibat secara perlahan-lahan.


Pentingnya Pendidikan Pencegahan Dadah Dalam Keluarga Sendiri


Pada usia sebegini anak-anak remaja sudah dapat memahami apakah bahaya dadah kepada diri mereka, bagaimana proses penyalahgunaan boleh menjadi penagihan dan bagaimana ia boleh merosakkan masa depan mereka. Apabila berbual dengan anak-anak atau memberi pendidikan mengenai bahaya dadah kepada remaja, perlu diberi penekanan dan terus memberi peringatan serta amaran bahawa dadah boleh menghancurkan diri sendiri dan orang tersayang. Tekankan juga kebaikan untuk kekalkan cara hidup sihat dan tetapkan cita-cita ke arah kejayaan dalam hidup.

Dalam mendidik anak atau berbincang dengan mereka tentang dadah, kemukan fakta dan bukti saintifik mengenai bahaya dadah dan undang-undang yang ada dalam penyalahgunaan dadah. Kita sebagai ibu bapa yang dewasa perlu peka dengan maklumat terkini dan tahu peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa mengenai kesalahan menyalahguna dadah.

Usia remaja mula menunjukkan anak semakin besar dan mahu bebas, tak salah memberi kebebasan tetapi biarlah yang betul dan bertempat. Remaja pada usia ini berjuang untuk mendapat kebebasan, tetapi kita ibu-bapa yang perlu tentukan had-hadnya. Kita boleh tetapkan syarat dan peraturan yang munasabah, nyatakan hukuman yang akan dikenakan bagi setiap kesalahan tingkahlaku yang tidak diingini dan kuatkuasakan dengan konsisten. Jangan kita kedekut untuk menyatakan rasa sayang kepada anak-anak kita dan tekankan hukuman ini penting demi keselamatan mereka.

Pilih Yang Baik Elak Yang Buruk


Ketahui trend atau perkembangan penyalahgunaan dadah semasa. Antara yang korang boleh cuba peka adalah apa jenis dadah, nama jalanan, kesan, bentuk dan cara ianya digunakan. Bincang dengan anak kita mengenainya agar mereka terus berhati-hati dan tahu bahaya yang menanti. Jangan lupa untuk ingatkan mereka untuk sentiasa merujuk kepada kita sebagai ibu bapa dan insan yang paling rapat dengan mereka jika mereka perlukan pendapat dan penjelasan mengenai apa sahaja masalah.

Penghargaan dan galakan. Jangan lupa emberi penghargaan dan galakan jika anak kita bertindak betul dan melakukan sesuatu yang positif mengenai hidup mereka. Hal ini adalah untuk mereka bermotivasi meneruskan gaya hidup sihat dan bebas dadah bila mereka mengetahui bahawa kita bangga dengan mereka dan ingin menjadi contoh kepada adik-beradik juga orang lain.



Sebenarnya peranan ibu bapa untuk memberi pendidkan pencegahan dadah kepada anak-anak kita tidak harus berhenti walaupun anak kita mungkin akan tinggal berjauhan dari kita selepas mereka menyambung pelajaran mereka mahupun memasuki alam pekerjaan. Teruskan proses ini hingga kita berpuas hati anak kita bebas daripada pengaruh dadah sekeliling. Pupuk dan kekalkan hubungan komunikasi yang baik dan efektif dengan anak-anak walaupun mereka berjauhan dengan kita. Ambil tahu aktiviti dan kegiatan mereka, dan bimbing mereka membina kehidupan yang positif.

Tiada siapa lagi yang paling rapat dengan anak-anak selain ibu-bapa tetapi diluar mereka sudah mempunyai kawan-kawan. Walaubagaimanapun kita perlu menjadi yang terpenting dalam hidup mereka tambah pula disaat umur sebegini. Jangan kerana kita tidak pernah mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kita mengambil ringan hal sebegini kerana risikonya dimana-mana. Hal ini kerana rekod di agensi penguatkuasa berkaitan dadah tidak terkecuali orang cerdik pandai dan berkelas tinggi.

Post a Comment

6 Comments

  1. Cabaran anak2 Kita sekarang ni shalimar..
    Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga anak2 kita dihindari daripada pengaruh tidak balik..

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian kak.. sy pernah buat assignment di aadk utk temubual .. mmg byak yg dipelajari.. sedih bila yg mengambil dadah sebab terpengaruh dgn kwn2 .. semoga dijauhi dari perkara yg kurg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke...AADK selalu menerima adik2 student terutama bidang psikologi..

      Delete
  3. Moga anak kita terhindar dari terlibat dgn penyalahgunaan najis dadah ni..nauzubillah..mohon dijauhkan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi