Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Masakan Western Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak Masyuk Ke Tak Masyukk?

Masakan Western Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak Masyuk Ke Tak Masyukk? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kebiasaannya setiap orang pasti akan suatu tempat tertentu untuk menikmati menu sedap sama ada menu melayu, kedai siam, masakan barat, masakan cina ataupun kedai mamak. Begitu juga dengan Sha, setakat ini selain daripada Restoran EightMiles atau burger banjir Ipoh, tempat kedua yang menjadi pilihan tambah pula lokasinya lebih dekat dengan kediaman Sha adalah Chillex Concept Cafe yang terletak di Seri Iskandar, Perak. Kawasan Seri Iskandar sebenarnya kaya dengan kedai makan tapi kebanyakkannya di buka pada pukul 3 ke atas.

 Chillex Concept Cafe Seri Iskandar, Perak

  
Chillex Concept Cafe yang dahulunya hanya menggunakan satu lot kedai kini telah diubahsuai dan menjadi lebih besar untuk menampung kehadiran pelanggan dan lebih meriah. Kawasan kafe ini juga tidak sesak kerana deretan kedai bangunan ini kebanyakkannya masih kosong.

 
Kafe ini dipenuhi mural kreatif yang menarik di dinding-dinding kafe. Mainan lampu di kafe ini juga agak menarik. Amat bersesuaian dengan konsep santai dan relax.

  
Pemandangan kafe dari blok sebelah tengah dan ke blok sebelah lagi. Dekorasi yang menarik dengan hiasan lampu dan lukisan dinding di setiap sudut kafe. Di hadapan kafe ini juga terdapat pelbagai pilihan gerai seperti gerai satey dan otak.

*********************************************
Tempat makan di sekitar Seri Iskandar,Perak


**********************************************

 
Abang Zaryth sedang menatap lukisan dinding, mungkin hanya tertarik dengan kartun seakan-akan karektor filem Venom kegemaran dia. Pada yang suka bergambar bolehlah mengisi masa sebelum order korang sampai, walaupun tak adalah lama sangat menunggu hidangan sampai sempatlah Sha abadikan beberapa gambar di sini.

 
Paling best di sini selain korang boleh duduk di meja dan kerusi, korang boleh memilih untuk duduk dilantai yang menjadi pilihan Sha setiap kali berpeluang berkunjung di sini. Nampak tak belah kanan tu ada budak tengah baring? Haaa senang nak letak bila Adik Nur tertidur dalam kereta.

Chicken Buger Abang Zaryth pun boleh tahan sedap kata ayahnya. Ibunya kurang sikit burger-burger ni tambah pula perut dah penuh kan. Sejak mengenali Chillex Concept Cafe Sha perasan restoran ini memang tak kedekut sos keju. Masa bulan puasa yang lepas sana sini orang duk sebut Roti John Kambing dia, memang sangat menarik jadi korang kalau ke sana boleh cubalah menu tu, tapi awal-awal Sha ingatkan saiznya agak besar jangan order sorang satu okeh.


Lepas balik kerja hari itu sebenarnya Sha agak kenyang. Tetapi suami dah nak belanja apalagi kita ikut sahaja dan siap minta menu Lamb Chop lagi tuu, bukan main tamak lagi kan nasib baik larat jugak habiskan semuanya walupun realitinya saiz lamb chop tu banyak. Perut apa entah Sha ni kan,,ehehehe...nasiblah dapat bini kaki makan. Pada asalnya Sha teringin nak cuba menu Nasi 7 Benua ataupun 7 jenis nasi dalam satu pinggan. Macam mana rupanya? Korang bolehlah datang sendiri ke Restoran Chillex Concept Cafe Seri Iskandar.

Jangan lupa ya! Kalau berkunjung ke Seri Iskandar boleh nikmati menu menarik di sini.

Post a Comment

5 Comments

  1. Balik kampung boleh singgah sini.

    ReplyDelete
  2. menu dia tu alahai sedapnya... restaurant dia pun cun deko nya

    ReplyDelete
  3. Menarik restoran tu...tq for info

    ReplyDelete
  4. uii nampak sedap2 nii Sha , ramai dah try kan makan sini :)

    ReplyDelete
  5. Alahaiii...tgok time2 ni terus lapar perut akak

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi