Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CHEGU CAFE SERI ISKANDAR PERAK

CHEGU CAFE SERI ISKANDAR PERAK | Rupanya banyak terdapat kedai makan dan kafe yang menarik di Seri Iskandar Perak ni yea, yang pastinya pada waktu malam adalah paling meriah. Pada kali ini dibawah #MakanbestIpoh #MakanBestPerak #MakanBestSeriIskandar Sha nak kongsi satu kedai makan iaitu Che Gu Cafe. Tanda jalan paling senang adalah Pasaraya Billion, Kedai RM2 dan McDonalds Seri Iskandar jadi tak susah sebenarnya nak cari kafe ini.


Bahagian hadapan Chegu Cafe. Sebelah kiri gambar adalah kedai D'Sepit Biru dan sebelah kanan adalah kedai jual motosikal dan kedai Eco RM2.

 


Suasana sebelah dalam Chegu Cafe yang mana ada dua pintu kedai. Susunan perabot kedai yang agak selesa dengan ruang yang agak luas.
.
.
.
BUKU MENU CHEGU CAFE SERI ISKANDAR








 
Nasi Goreng Gaza ( Bing ) menjadi pilihan Sha semasa berkunjung di Chegu Cafe Seri Iskandar ini. Sha sangat berpuas hati dengan hidangan yang cukup rasa.. #Shasuka. Setiap hidangan Nasi Goreng Bing, RM 0.50 akan disalurkan ke Tabung Gaza.

 
Untuk Abang Zaryth , Nasi Goreng Cina Parit menjadi pilihan. Nasi Goreng Cina Parit ini berharga RM 6.00

 
Suami Sha memilih menu Western Talam yang bersaiz S. Western Talam adalah kombinasi antara - Crispy Chicken Chop, Sosej, Spagheti Bolognese, Meatballs, French Fries, Coleslaw dan Salad. Hidangan ini berharga RM 10.

  
Chegu Cafe Seri Iskandar juga menyediakan 4 Pakej Kambing Golek Bergrill iaitu Aqiqah Set berharga RM 1500.00, Walimah Set berharga RM 1300.00, Roast and Grill Set berharga RM 1000.00 dan juga DIY Set berharga RM 800.00. Agak menarik juga tawaran yang diberikan oleh Chegu Cafe ni kan?

 
Dekorasi Chegu Cafe ini juga agak unik juga kerana lukisan hiasan di dalam adalah berkaitan dengan sekolah.


Seperti tertera dalam menu di atas, Chegu Cafe juga menerima tempahan untuk segala majlis jamuan makan dan tempat untuk jamuan juga disediakan. Hidangan disediakan ala hotel dan mengikut menu pilihan korang sendiri, harga juga berpatut mengikut pakej yang disediakan.

Segala urusan boleh hubungi :

Rohani : 013-3072286
Anuar : 011-14668026

Waktu Operasi : 7.00 pagi sehingga 11.00 malam.

Instagram : Chegu Cafe 
Facebook : Chegu Cafe

Pada yang tercari-cari tempat makan di Seri Iskandar ni boleh la cuba menu di sini. Kalau korang nak tahu, Chegu Cafe ini pernah di tayangkan di rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) saluran TV 3 jadi korang perlu rasalah sedap ke tidokk..  

Komen Sha : Masakannya sedap cuma mungkin sos merah yang digunakan untuk hidangan talam perlu diperbaiki lagi untuk tambah kesedapan yang sedia ada.

Post a Comment

5 Comments

Terima Kasih Daun Keladi