Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Tuesday, December 18, 2018

Makan Tengahari Di Restoran Bota Left Char Kuew Teow Seri Iskandar Perak

Makan Tengahari Di Restoran Bota Left Char Kuew Teow Seri Iskandar Perak | Assalamualaikum semua. Masalah hari-hari yang paling besar adalah nak makan kat mana..ahahaha...korang jangan tipulah selain nak masak apa itulah persoalan yang boleh buat otak kita berputar ligat. Minggu lepas Sha dan kawan-kawan dah habis idea nak makan mana jadi kami memilih untuk singgah di Restoran Bota Left yang terletak betul-betul berhadapan dengan Billion Seri Iskandar.

Kalau korang masuk hala ke Billion dari McDonald's Seri Iskandar kedai ini terletak di sebelah kanan korang manakala Billion disebelah kiri korang.

Antara geng luncheon Sha hampir setiap hari.

Dekorasi Dalam Restoran Bota Left Seri Iskandar Perak





Boleh tahan juga dekorasi dalam restoran ini. Jadi kalau korang nak ubah selera makan tengahari korang bolehlah makan di Restoran Bota Left Seri Iskandar ini bukan di Bota Kiri tau.

 
 Maggi Bandung Pilihan Hani.


 Nasi Goreng Ayam Butter Milk pilihan Sha.

Agak banyak nasinya, memang kenyang sangat ambil menu ini tambah pula dengan lauk Ayam Butter Milk yang penuh krim berlemak. Sup kosong pun sedap. Banyak lagi pilihan menu yang korang boleh pilih seperti dalam menu di bawah.



Nampak tak menu Nasi Goreng Udang Petai ? Kawan Sha cakap dia makan dengan anak boleh kongsi, berbaloi la dengan harga yang ditawarkan tu kan.

"We Try Serve The Best For You"
Puan Salina
013-339 7782
facebook : bota left
Instgram : bota left
Alamat :
No 255 Bawah Persiaran SIBC 9,
Seri Iskandar Business Centre,
32610 Seri Iskandar,Perak.

Dibuka Setiap hari Kecuali dalam 2 minggu akan cuti pada hari Rabu.
Jam 1.00 petang hingga 12.00 malam.

 
Char Koey Teow . Masakan Panas. Western . Nasi Ayam Penyet . Katering. Lain-lain

4 comments:

  1. Alamak, tetiba nampak menarik sangat mee bandung tu..lapar ni..

    ReplyDelete
  2. emm,kat sini ke yang orang gelar paris tu?(bota kanan)..btw, cantik dekorasi restoran.Keselesaan pun penting untuk pelanggan

    ReplyDelete
  3. deco kedai cantik... lauk pun nampak sedap

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi