Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak

Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak | Alhamdulillah ada rezeki lebih suami, jadi suami Sha mempelawa Sha untuk berbuka puasa di luar sahaja. Pada pagi semalam kami pun sama-samalah fikir lokasi berbuka puasa yang berpatutan di Ipoh dan akhirnya kami memutuskan untuk berbuka puasa di Ipoh Hainan Chicken Rice. Sebenarnya setiap tahun Sha sekeluarga akan berbuka puasa di restoran ini kerana Sha menyukai nasi ayamnya yang sedap.

Sumber Google
Ipoh Hainan Chicke Rice terdapat 2 cawangan, tapi Sha biasa berkunjung di Ipoh Hainan Chicken Rice yang berada di lokasi 107 Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa 30300 Ipoh, Perak. Untuk berbuka puasa di sini korang perlu telefon untuk tempahan kerana kebiasaannya memang penuh kalau walk in terpaksa cari tempat lain untuk berbuka.

Untuk tempahan boleh hubungi nombor di bawah :-
05-254 5591
 

Seperti biasa Sha akan memilih Roasted Hainan Chicken Rice yang merupakan signature di sini selain Steamed Hainan Chicken Rice. Jika ada ahli keluarga yang tidak makan nasi korang jangan risau walaupun namanya kedai nasi ayam tapi pelbagai menu lain juga ada seperti masakan kambing, udang, ayam, ikan dan mee. Sha pernah juga mengambil lauk tambahan seperti kerabu mangga dan taugeh stim.


Pemanis mulut kesukaan Sha bila berkunjung ke Ipoh Hainan Chicken Rice iaitu Ais Krim Goreng yang berharga RM 7.00. Selain ais krim goreng di sini juga ada cream caramel dan puding mangga. Alhamdulillah pekerja kat sini pun baik-baik sahaja.

Jika korang berkunjung ke Ipoh, Perak dan mencari tempat makan best di Ipoh bolehlah cuba singgah di sini untuk menjamu selera.


Sebuah lagi Cawangan Ipoh Hainan Chicken Rice adalah di alamat berikut yang berhampiran Pusat Perubatan Ar-Ridzuan :

B-G-13 Greentown Suria, Jalan Dato Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak (05- 241 1211)

Post a Comment

1 Comments

  1. nak dekat berbuka ni makin lapar pulak tgk ni. ok bertenang jap

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi