Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lokasi Baru Pejabat Pos Seri Iskandar Perak

Lokasi Baru Pejabat Pos Seri Iskandar Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sha baru sahaja balik dari pejabat pos untuk urusan pos laju. Pejabat Pos Seri Iskandar yang dahulunya terletak di barisan kedai Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) Bandar Seri Iskandar, Perak kini sudah ke lokasi baharu. Pada hari mereka berpindah Sha kebetulan ada urusan di pejabat pos, agak terkejut kerana mendapati pintu pejabat pos tutup terus. Sha pun telefon kawan lain untuk bertanya kedudukan terbaru pejabat pos seri iskandar. Penat betul rasanya kerana lokasi terbarunya baru sahaja Sha kunjungi.


Pejabat Pos Seri Iskandar kini berada di Aras 2, Dmall Iskandar. Jika korang tak tahu di mana Dmall, Dmall ini terletak di bangunan sama dengan D'Hotel. Macam Sha sendiri tak panggil Dmall sangat sebabnya lebih menyebut nak ke Billion Seri Iskandar gituu. Dmall ini boleh dikatakan One Stop center lah di Seri Iskandar selain pusat beli belah Tesco dan Econsave. Kalau susah nak jumpa sangat pejabat pos ini berhadapan dengan kedai Mr.DIY Dmall.

Waktu urusniaga Pejabat Pos Seri Iskandar adalah pada jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang iaitu hari Isnin hingga hari Ahad.

Selain itu korang juga perlu tahu waktu kutipan akhir barangan pos laju. Waktu ini juga penting untuk memastikan barangan korang bergerak pada hari yang sama korang pos, kalau tidak barang yang diterima selepas waktu ditetapkan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Isnin - jumaat : 2.30 petang
Sabtu : 12.30 tengah hari

Bagi Sha perpindahan pejabat pos Seri Iskandar ini ada pro dan kontranya. Salah satu yang tak berapa suka kalau memang urusan nak ke pejabat pos sahaja, tempat parkir kereta yang agak terhad dan perlu jalan jauh kemudian naik pula ke aras 2.. itu sahajalah yang tak suka. Tapi yang sukanya jika ada urusan lain seperti nak beli barang dapur, nak beli baju, nak pergi Mr D.I.Y memang senanglah tak perlu pusing-pusing banyak tempat lagi. Maklumlah kat Dmall ni boleh kata lengkaplah dengan medan seleranya dan ada beberapa butik jadi orang perempuan suka laa walaupun cuci mata.

Ok, jangan sesat ya.

Post a Comment

2 Comments

  1. ray pun singgah. ray paling malas nak pegi poslaju selain dr utc. usually the service s quite poor. but i dunno how it is this year. i hope there'll be more improvements.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi