Tuesday, February 26, 2019

Teknik Teguran Satu Minit (Blanchard & Johnson,1982) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Sha nak kongsikan secebis lagi perkongsian daripada buku pendidikan pencegahan dadah. Buku ini bukan sahaja berbicara tentang dadah semata-semata, ianya diwujudkan bersesuaian untuk pencegahan awal daripada terjebak dengan najis dadah. Bak kata orang dulu-dulu mencegah lebih baik daripada mengubati. Teknik mengawal kemarahan anak-anak yang kita boleh cuba dalam membesarkan anak adalah seperti berikut yang mana ianya adalah peranan ibu bapa.


  • Beritahu anak apa yang berlaku dan dengan cara yang tegas

  • Tegur anak-anak dengan segera. Beritahu mereka secara spesifik apa kesalahannya dalam satu ayat

  • Beritahu mereka anda terkejut, sedih atau kecewa (mana-mana satu perasaan anda). Kata dengan lebut dan tegas

  • Berhenti bercakap. Biarkan anak berfikir dalam keadaan diam dan memahami apa yang anda cakap. Jika anak mula defensif atau marah, cakap "Tunggu dulu, tarik nafas dalam-dalam. Ayah/ibu belum habis cakap lagi".

  • Sentuh anak anda dengan cara yang lembut, pegang tangan atau peluk dia dari belakang, atau apa-apa sentuhan yang boleh memberitahunya bahawa anda bersamanya, walaupun anda sebenarnya masih terkejut dengan tingkahlakunya.

  • Ingatkan kembali betapa anda sayang, hargai atau bangga dengan anak anda.

  • Tegaskan bahawa anda masih bersangka baik/percaya kepadanya, tetapi tidak suka kepada tingkahlakunya ( anda seorang anak yang baik yang tersilap langkah)

  • Beritahu anak bahawa anda tahu dia akan membuat pilihan yang betul bila ia berlaku lagi. Ingatkan dia apa yang terbaik dia perlu lakukan apabila marah.

  • Habis. jangan berleter lagi. Jangan ungkit lagi. Berhenti. Apabila teguran sudah diberi, ia sudah cukup. Tamatkan ia dengan suasana yang positif. Tukar Topik. Beri senyuman, pelukan atau harapan. Tinggalkan biliknya dengan membiarkan dia berfikir sejenak. Tamatkan ia dengan mengatakan anda percaya kepada anak anda dan keupayaannya untuk membuat pilihan yang betul.

Sha sebagai ibu yang punyai anak-anak sedang membesar sangat berharap dapat belajar lagi cara mendidik anak-anak supaya banyak nilai murni dalam diri mereka seiring dengan tumbesaran mereka sendiri. Bukan mudah tanggungjawab menjadi ibu-bapa hanya mampu berusaha memberi yang terbaik dan berdoa untuk mereka.

Sumber : Pendidikan Pencegahan Dadah
Panduan Ibu bapa, guru, majikan, komuniti & media.

Monday, February 25, 2019

Ibu Sibuk  Vs Makanan Segera | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk hari ini rasanya berkait dengan kehidupan seharian kita dan teringat pula iklan mee segera di televisyen. Sha antara salah seorang yang sangat mudah terliur bila tengok iklan orang hirup mee segera, nampak sangat sedap dan menyelerakan dan membuatkan Sha trigger untuk makan tetapi teknik tidak membuat stok mee segera di rumah sangat membantu diri Sha jauh daripada mee segera. Itu cerita mee segera hari ini kita tengok kebanyakkan wanita bekerja, suri rumah sepenuh masa seakan tidak cukup masa untuk dan tidak cukup tangan terutamanya pada waktu pagi menguruskan keperluan suami, anak-anak dan terakhir barulah menguruskan diri sendiri. Sha rasa bukan Sha seorang begitu rakan-rakan pembaca lain juga semestinya begitu sama ada pengurusan masa yang membezakan kita.


Keperluan anak-anak yang berbeza pula mengikut umur, macam Adik Nur keperluan ke rumah pengasuh, bekalan pakaian dan Abang Zaryth pula perlu disiapkan bekalan itupun nasib baik ayahnya membantu sediakan pakaian sekolah dan memeriksa buku dan alat tulis juga menyemak jadual waktu. Sha yakin waktu pagilah banyak kalori para ibu terbakar..hihihi..

Rutin harian yang kadang-kadang terpaksa terkejar-kejar masa telah mencetuskan satu cara yang ingin menjimatkan masa untuk memudahkan urusan. Penyediaan sarapan dalam bentuk yang sedia dimakan seperti roti dan susu dalam kotak menampakkan budaya segera mengambil tempat dan peranan.

Masa

Kebanyakkan sudah maklum memasak dan makan di rumah adalah lebih selamat dan lebih baik kerana sudah tentu ibu lebih tahu apa yang terbaik buat keluarga. Disebabkan faktor masa inilah membuatkan makanan segera menyelesaikan masalah tidak ada masa.

Isu mengurus rumah yang tak ada kesudahan tidak kira ibu bekerja atau suri rumah sama sahaja bila ada di rumah dialah isteri dan ibu. Memastikan rumah sentiasa kemas adalah cabaran utama dan cabaran ini memerlukan sokongan dan bantuan insan terdekat iaitu suami untuk membantu dalam menguruskan rumah tangga. Jemu buat perkara sama tetapi bolehkah hidup dengan tenang bila tengok rumah berselerak? Pastinya tidak mahu.

Cari pendekatan yang lebih fleksibel agar kita tidak terlalu tertekan dengan masa. Cubalah mengurangkan pendekatan menyediakan makanan segera di dalam keluarga walaupun makan di restoran makanan segera dapat juga kita mengeratkan keluarga tetapi juadah daripada air tangan ibu dan isteri biarpun ringkas lebih memberi makna dalam ikatan.

Mungkin kerana Sha dibesarkan di kawasan yang tidak ada restoran makanan segera dan dibesarkan oleh ibu bapa yang tidak kenal apa itu makanan segera Sha sudah terbiasa dengan makanan asas bukan makanan diproses membuatkan Sha terbawa-bawa budaya itu sedikit sebanyak di dalam rumah sekarang.

Sekeliling Sha terdapat kedua-dua golongan sama ada balik kerja singgah restoran makanan segera dan bawa pulang untuk dinikmati sebagai makan malam atau seorang yang nak balik cepat untuk nyahbeku ayam daging untuk persiapan makan malam. Secara jujur Sha amat mengagumi golongan yang nak balik cepat untuk buat persediaan masak untuk makan malam. Sha sendiri jika terlalu penat lebih memilih kedai makan masakan panas berbanding restoran segera tambah pula kos pun lebih rendah.

Ehemmm...sekurang-kurangnya biarlah suami dan anak-anak memulakan langkah keluar rumah untuk pergi mencari rezeki..mencari ilmu dimulakan dengan air tangan permaisuri ..tak gitu..

Thursday, February 21, 2019

Dadah Jenis Methamphetamine | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bulan ini agak mengecewakan prestasi kepulihan klien. Setelah diadakan saringan ujian urin secara berkala ke atas mereka mendapati kebanyakkan mereka masih positif urin. Jenis dadah yang dikesan menjadi dadah utama adalah syabu, nampaknya mudah bagi mereka mendapat bekalan. Kalau dihitung perbelanjaan mereka melebihi gaji Sha sendiri, bayangkan kebiasaan sekali mereka beli barang adalah kira-kira RM 50 maka tak hairanlah penyalahgunaan dadah ini boleh menyumbang kepada kejadian jenayah.


"Methamphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "Methamphetamine hydrochloride" yang biasa diambil adalah syabu dan yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara guna
Menghisap, menyedut (chasing the dragon)

Nama jalanan : ice, kristal

Tanda Kesan Penggunaan Syabu.

Pemandangan biasa - perbezaan biasa bila berhadapan dengan penagih dadah syabu adalah jika mereka dibawah pengaruh dadah syabu ialah keyakinan diri mereka tinggi. Mereka akan menjadi ramah lebih daripada biasa sekalipun baru berkenalan. Bilamana mereka normal dan tidak dipengaruhi dadah mereka seperti biasa nak jawab soalan pun tersipu-sipu.

Emosi tidak stabil - mereka boleh berubah secara tiba-tiba sama mengamuk atau sedih. Bermacam-macam cerita baru lama penuh emosi akan diluahkan.

Masalah kerosakan gigi

Pengalaman Sendiri

Kebanyakkan ibu bapa kepada orang yang terlibat dengan ketagihan syabu, mereka menyembunyikan hal ini kerana takut malu atau terlalu sayangkan anak mereka. Ramai yang takut ahli keluarga mereka ditangkap polis sehingga sanggup menyembunyikan hal sebenar. Sebenarnya, membiarkan anak anda tidur di lokap atau pusat tahanan buat beberapa hari boleh memberi sedikit kesedaran terutama kepada pengguna syabu yang baru manakala otai agak susah untuk mereka sedar kerana sudah biasa. Jangan terkejut orang yang pernah kena sebat masih boleh mengulangi kesilapan sama dan salahkan kawan!

Sesetengah ibu bapa ada juga mengambil keputusan menghantar anak mereka ke sekolah pondok dan hantar mereka keluar dari daerah/negeri bersama keluarga yang jauh bagi mengelakkan mereka dapat membeli syabu lagi di tempat asal. Namun bagi penagih syabu tegar, selagi duduk di Malaysia bekalan dadah tidak menjadi masalah kerana mereka akan terjumpa golongan tokan baru di tempat baru.

Keputusan paling akhir untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa adalah apabila sudah tidak tahan dan penagih sudah mula bertindak agresif seperti memukul dan mengugut ahli keluarga terdekat. Paling tidak dibuang keluarga jika tak berubah akan menjadi gelandangan.

Akhir kata,
Jauhilah dadah.
Tanda Anak Mengalami Tekanan Perasaan Dan Stress | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saat ini Sha baru membaca buku Pendidikan Pencegahan Dadah [ Panduan Ibubapa, guru, majikan, komuniti & media ] daripada panel pendidikan pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan. Tertarik dengan tajuk Tekanan Perasaan yang Sha sifatkan ianya penyakit senyap dalam diri seseorang. Tekanan perasaan tidak hanya pada orang dewasa kerana kanak-kanak zaman kini juga mengalami stress. Adakah kita tahu bila dan bagaimana anak kita mengalami tekanan perasaan atau stress? Jom sama-sama semak senarai semak ini ada atau tidak dalam diri anak-anak kita.


  1. Kurang bertenaga atau kerap letih.
  2. Daya tumpuan atau konsentrasi kurang.
  3. Tangan selalu berpeluh.
  4. Tiba-tiba bertingkahlaku hiperaktif
  5. Sering marah-marah sendiri
  6. sering bergaduh
  7. Mudah putus asa/kecewa
  8. Mengatakan perkara-perkara buruk tentang diri sendiri
  9. Sering mengeluh sakit kepala
  10. Perubahan berat badan
  11. Tidur sering terganggu (corak tidur berubah)
  12. Sukar memberi tumpuan
  13. Mudah panik
  14. Tidak menurut kata
  15. Kurang responsif
  16. Sangat sensitif
  17. Cepat cemas.
  18. Perubahan selera makan
  19. Berubah dalam penampilan diri
  20. Keperibadian/personaliti berubah
  21. Mula mencari masalah dengan pihak berkuasa
  22. Pencapaian akademik menurun
  23. Tingkahlaku menyimpang daripada kebiasaan
  24. Sering menangis tanpa sebab
Senarai semak ini adalah contoh tanda-tanda yang akan berlaku apabila seseorang sedang atau telah mengalami tekanan perasaan. Jika semakin banyak ia ada pada diri anak-anak kita maka semakin tinggi tekanan yang dihadapi. Jika sedikit tidak bermakna anak kita bebasa tekanan, sebaliknya ambil tindakan awal supaya ianya tidak merebak.

Sumber : Buku Pendidikan Pencegahan Dadah
Panduan Ibubapa, Guru, Majikan, Komuniti & Media
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Tuesday, February 19, 2019

8 Tips Mengurangkan Stress di Tempat Kerja | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Agak lama juga tidak membuka emel rasmi jabatan jadi semalam dalam proses membersihkan emel tidak perlu Sha simpan emel yang boleh Sha guna pakai untuk diri sendiri. Antara emel yang Sha akan simpan adalah emel berkaitan perkhidmatan Sha dan juga emel motivasi daripada pihak ibu pejabat. Bagus juga Ibu Pejabat emelkan bentuk perkongsian seperti ini. Untuk hari ini Sha tertarik dengan tips mengurangkan stress di tempat kerja, maklumlah siapa sahaja yang tidak akan mengalami stress walaupun bukan hari-hari kan jadi Sha nak kongsikan bersama rakan-rakan lain di sini. Tajuknya di tempat kerja tapi sebenarnya ianya agak meluas.



Jom Kurangkan Stress bersama-sama

--------------------------------------------------------------------------------
  • Keep your expectation realistics - for yourself & others
Cara kerja setiap orang lain-lain. Jangan harap rakan sekerja korang kerja sama macam korang sebabnya bila mereka acuh tak acuh memang pasti kita akan stress.

  • Merancang minggu depan lebih awal
Kerja seperti Sha Alhamdulillah dipermudahkan dengan menyediakan satu jadual bersama takwim 1 tahun semasa supaya memudahkan perancangan program yang akan dijalankan dan hampir setiap minggu akan ada program khusus bersama klien.

  • Semak senarai perancangan kerja setiap pagi.
Selepas program kebiasannya Sha akan ada perancangan kerja untuk menyiapkan fail klien dan memasukkan data secara online.

  • Mengekalkan fikiran positif
Suasana tempat kerja, hubungan dengan rakan sekerja juga memainkan peranan. Sha pun bukan selalu baik adakalanya ikut kepala sendiri juga. Tapi bila difikirkan balik agak merugikan diri sendiri jadi belajar menghadapi dan ianya pasti lebih membahagiakan berbanding bermasam muka.

  • Mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif
Pastikan kita tidak membuat kerja dalam keadaan statik sahaja, tetapkan masa tempoh duduk dan ada masa untuk bergerak ke tempat lain.

  • Mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa
Sha percaya pakaian juga memainkan peranan kerana Sha sendiri perlu menyesuaikan program yang bakal diadakan. Program yang dijangka akan berpeluh ketiak Sha perlu memilih pakaian yang kainnya tidak panas dan serap peluh.

  • Jangan bertangguh
Pernah rasa akibat menangguh kerja? Penat dan stress ! percayalah.

  • Menjalin hubungan baik dengan Pencipta, bertaubat, doa, solat jangan diabaikan.
Waktu rehat jangan lupa menunaikan tanggungjawab pada Yang Esa, solat adalah seperti bateri tenaga baru untuk meneruskan ibadah kerja kita. Wuduk dapat memberi kesegaran dan ketenangan.

-----------------------------------------------------------------

Bagi Sha tips ini bukan sahaja sesuai untuk yang bekerja sahaja, tetapi juga sesuai pada sesiapa sahaja dalam memastikan kekemasan perancangan kerja. Suri rumah pun bila di rumah pasti ada perancangan kerja dari bangun pagi, basuh kain, jemur kain, memasak dan lain-lain lagi.

Saturday, February 16, 2019

Senarai Top 20 Fesyen Meletop Dan Si Cilik Meletop Anugerah Meletop Era 2019 | Baru-baru ini diadakan program pengumuman khas untuk Anugerah Meletop Era tahun 2019 untuk mengumumkan senarai calon meletop bagi 16 kategori anugerah meletop 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai calon yang kita boleh undi mengikut kategori masing-masing.

 Senarai Top 20 Fesyen Meletop Anugerah Meletop Era 2019




Senarai Top 20 Si Cilik Meletop Anugerah Meletop Era 2019
 
 

Klik link di bawah untuk senarai top kategori lain :-
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
 
 
 
 
 
Untuk mengundi korang boleh ke laman sesawang www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan juga www.era.je. Undian telah dibuka sejak 12 Feb 2019 sehingga 8 Mac 2019 pada jam 6.00 petang. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori setiap hari. Jika korang pengikut tegar calon yang tersenarai, ada masa jom undi lagipun free sahaja.

Senarai Top 20 Artis Lawak Meletop Dan Couple Meletop Anugerah Meletop Era 2019 | Baru-baru ini diadakan program pengumuman khas untuk Anugerah Meletop Era tahun 2019 untuk mengumumkan senarai calon meletop bagi 16 kategori anugerah meletop 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai calon yang kita boleh undi mengikut kategori masing-masing.

 


Senarai Top 20 Artis Lawak Meletop
Anugerah Meletop Era 2019



 Senarai Top 20 Couple Meletop Anugerah Meletop Era 2019


Klik link di bawah untuk senarai top kategori lain :-
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
 
 
 
 
 
Untuk mengundi korang boleh ke laman sesawang www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan juga www.era.je. Undian telah dibuka sejak 12 Feb 2019 sehingga 8 Mac 2019 pada jam 6.00 petang. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori setiap hari. Jika korang pengikut tegar calon yang tersenarai, ada masa jom undi lagipun free sahaja.
Senarai Top 20 Hos Meletop Dan Artis Baharu Meletop Anugerah Meletop Era 2019 | Baru-baru ini diadakan program pengumuman khas untuk Anugerah Meletop Era tahun 2019 untuk mengumumkan senarai calon meletop bagi 16 kategori anugerah meletop 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai calon yang kita boleh undi mengikut kategori masing-masing.

 

 Artis Baharu Meletop Anugerah Meletop Era 2019


   
Hos Meletop Anugerah Meletop Era 2019

 

Klik link di bawah untuk senarai top kategori lain :-
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
 
 
 
 
 
 
 
Untuk mengundi korang boleh ke laman sesawang www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan juga www.era.je. Undian telah dibuka sejak 12 Feb 2019 sehingga 8 Mac 2019 pada jam 6.00 petang. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori setiap hari. Jika korang pengikut tegar calon yang tersenarai, ada masa jom undi lagipun free sahaja

Friday, February 15, 2019

Senarai Top 20 Grup/Duo Meletop Dan Program Meletop Anugerah Meletop Era 2019 | Baru-baru ini diadakan program pengumuman khas untuk Anugerah Meletop Era tahun 2019 untuk mengumumkan senarai calon meletop bagi 16 kategori anugerah meletop 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai calon yang kita boleh undi mengikut kategori masing-masing.

 

Grup/Duo Meletop Anugerah Meletop Era 2019
 

 Sha undi Grup/Duo Meletop Hael Husaini & Dayang Nurfaizah.

 Program Meletop Anugerah Meletop Era 2019


Program Meletop Sha undi My Doctor kerana Sha memang suka topik yang dibincangkan dalam program ini.
 
Klik link di bawah untuk senarai top kategori lain :-
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
 
 
 
 
Untuk mengundi korang boleh ke laman sesawang www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan juga www.era.je. Undian telah dibuka sejak 12 Feb 2019 sehingga 8 Mac 2019 pada jam 6.00 petang. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori setiap hari. Jika korang pengikut tegar calon yang tersenarai, ada masa jom undi lagipun free sahaja.
Senarai Top 20 Program Radio Meletop Dan Penyampai Radio Meletop Anugerah Meletop Era 2019 | Baru-baru ini diadakan program pengumuman khas untuk Anugerah Meletop Era tahun 2019 untuk mengumumkan senarai calon meletop bagi 16 kategori anugerah meletop 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai calon yang kita boleh undi mengikut kategori masing-masing.


Senarai Top 13 Program Radio Meletop
Anugerah Meletop Era 2019



Senarai 15 Penyampai Radio Meletop
Anugerah Meletop Era 2019 
 
 

Klik link di bawah untuk senarai top kategori lain :-
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
 

Untuk mengundi korang boleh ke laman sesawang www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan juga www.era.je. Undian telah dibuka sejak 12 Feb 2019 sehingga 8 Mac 2019 pada jam 6.00 petang. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori setiap hari. Jika korang pengikut tegar calon yang tersenarai, ada masa jom undi lagipun free sahaja.
Senarai 20 Drama Meletop Dan Pelakon Meletop Anugerah Meletop Era 2019 | Baru-baru ini diadakan program pengumuman khas untuk Anugerah Meletop Era tahun 2019 untuk mengumumkan senarai calon meletop bagi 16 kategori anugerah meletop 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai calon yang kita boleh undi mengikut kategori masing-masing.


 Senarai Top 15 Drama Meletop Anugerah Meletop Era 2019





 Senarai Top 20 Pelakon Meletop Anugerah Meletop Era 2019


Klik link di bawah untuk senarai top kategori lain :-
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
 

Untuk mengundi korang boleh ke laman sesawang www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan juga www.era.je. Undian telah dibuka sejak 12 Feb 2019 sehingga 8 Mac 2019 pada jam 6.00 petang. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori setiap hari. Jika korang pengikut tegar calon yang tersenarai, ada masa jom undi lagipun free sahaja.

Thursday, February 14, 2019

Senarai Top 20 Filem Meletop Dan Bintang Filem Meletop Anugerah Meletop Era 2019 | Baru-baru ini diadakan program pengumuman khas untuk Anugerah Meletop Era tahun 2019 untuk mengumumkan senarai calon meletop bagi 16 kategori anugerah meletop 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai calon yang kita boleh undi mengikut kategori masing-masing.
Senarai Top 20 Bintang Filem Meletop Anugerah Meletop Era 2019


 Senarai Top 20 Filem Meletop Anugerah Meletop Era 2019


Klik link di bawah untuk senarai top 20 lagu dan penyanyi meletop Anugerah Meletop Era 2019

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓


Untuk mengundi korang boleh ke laman sesawang www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan juga www.era.je. Undian telah dibuka sejak 12 Feb 2019 sehingga 8 Mac 2019 pada jam 6.00 petang. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori setiap hari. Jika korang pengikut tegar calon yang tersenarai, ada masa jom undi lagipun free sahaja.
Senarai 20 Lagu Meletop Dan Penyanyi Meletop Anugerah Meletop Era 2019 | Baru-baru ini diadakan program pengumuman khas untuk Anugerah Meletop Era tahun 2019 untuk mengumumkan senarai calon meletop bagi 16 kategori anugerah meletop 2019 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai calon yang kita boleh undi mengikut kategori masing-masing.



Senarai Top 20 Lagu Meletop Anugerah Era 2019

 


Senarai Top 20 Penyanyi Meletop angerah Meletop Era 2019


Untuk mengundi korang boleh ke laman sesawang www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan juga www.era.je. Undian telah dibuka sejak 12 Feb 2019 sehingga 8 Mac 2019 pada jam 6.00 petang. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori setiap hari. Jika korang pengikut tegar calon yang tersenarai, ada masa jom undi lagipun free sahaja.

Wednesday, February 13, 2019

Cara Mendapatkan Balik Cukai Jalan (Roadtax) Motosikal Hilang | Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Sedikit cuai tahun lepas selepas memperbaharui roadtax motosikal Sha kat kampung tapi tidak terus letak pada motor, lepas tu boleh pulak bawak balik perak sedangkan motor kat terengganu. Kemudian lama tak sebut pasal roadtax motor semua pun jadi lupa letak mana. Cuai betul rasanya, dahla motor penting juga adik-adik nak guna ulang-alik untuk ke sekolah. Sementara menunggu giliran untuk tukar nama pemilikan kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu baru-baru ini Sha pun ambil peluang mendapatkan roadtax motosikal yang baru.


Jangan gelabah

Sebenarnya Sha pun agak takut sebenarnya, risau urusannya rumit. Sebenarnya ianya mudah, korang ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan korang di sana korang minta Borang Permohonan Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau cakap sahaja roadtax hilang nak buat baru jadi JPJ akan bagi borang yang perlu diisi.

Selesai isi borang serahkan -:

  1. Borang Permohonan Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang siap diisi
  2. Kad Pengenalan
  3. Geran Motorsikal

Selepas pegawai membuat semakan, Sha diarahkan beratur untuk urusan di kaunter pula. Di kaunter Sha serahkan kembali borang dan Kad Pengenalan dan membayar denda sebanyak Rm 20.00. Alhamdulillah akhirnya motosikal Sha yang Sha beli hampir 10 tahun untuk ulang alik ke tempat kerja dahulu dapat digunakan tanpa was-was lagi di jalan raya. Lega sikit hati ini adik-adik dapat gunakan lagi motosikal itu ke sekolah dengan halalnya.

Monday, February 11, 2019

Proses Tukar Milik Nama Kenderaan Pemilik Sudah Meninggal Dunia | Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Alhamdulillah bersyukur Sha ke hadrat Ilahi kerana akhirnya segala urusan penting selepas ayah Sha meninggal dunia pada 13 Oktober 2017 boleh dianggap selesai. Urusan terakhir adalah urusan pindah milik nama kereta arwah ayah. Jika korang adalah pemegang amanah atau waris yang bertanggungjawab menguruskan pusaka si mati adalah lebih baik mengambil tindakan secepat mungkin supaya tidak menimbulkan masalah dikemudian hari.


Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Yang Sudah Meninggal Dunia



Info : Tukar nama kenderaan bagi pemilik meninggal dunia perlu diselesai secepat mungkin kerana cukai jalan hanya dapat disambung sehingga 6 bulan sahaja dari tarikh akhir roadtax akhir selepas itu tidak boleh diperbaharui. Kenderaan yang dipandu tanpa pembaharuan cukai jalan adalah salah disisi undang-undang.

Bagi kenderaan pemilik sudah meninggal dunia pastikan korang dah mendapatkan perintah pembahagian pusaka terlebih dahulu.

Bagaimanakah cara memohon pembahagian pusaka dan panduan menghadiri perbicaraan pusaka ? Korang boleh rujuk entry di bawah sebagai gambaran awal.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cara dan prosedur tukar nama geran ( VOC ) kereta pemilik (owner) meninggal dunia.

Mengikut step by step untuk memudahkan korang nanti.
  • Pastikan urusan pembahagian pusaka telah selesai dan mendapat Surat Pentadbir Pusaka daripada Pejabat Harta Pusaka Kecil  / Perintah Mahkamah / Surat Akuan atau arahan Amanah Raya Berhad.

  • Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa dan sah.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )
Isi borang JPJ-K3A ( Boleh didapati di Kaunter Petanyaan JPJ )
  1. Pastikan membawa salinan Surat Pentadbir Pusaka 
  2. Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik PUSPAKOM yang sah
  3. Jangan lupa geran / Perakuan Pendaftaran Kenderaan / Sijil Pemilikan Kenderaan asal.
Urusan di JPJ bergantung kepada kepadatan klien pada hari itu, urusan Sha pada hari itu bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang menunggu di kaunter Tukar Milik. Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke JPJ bagi memudahkan urusan.

Selepas LULUS di PUSPAKOM , agen insurans dimaklumkan untuk buat pembaharuan insuran.

Setelah semua dokumen dilengkapkan, pihak JPJ akan thumb print untuk tukar milik nama. Akhirnya Tukar Nama Pemilik Kenderaan BERJAYA dan Sijil Pemilikan Kenderaan baharu dikeluarkan dan Cukai Jalan lama dipulangkan dan digantikan dengan yang baru.

Alhamdulillah walaupun penat sedikit menguruskan hal puspakom dan terus ke JPJ, Sha berasa lega kerana urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.

Nestlé Sokong Kecelikan Braille Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan |  Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.


Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”


Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia
MyPuspakom Memudahkan Urusan Tukar Nama Kereta | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Minggu lepas bercuti panjang dikampung Sha mengambil peluang untuk menyelesaikan urusan tukar nama kereta arwah ayah kepada nama Sha jadi sedikit sebanyak Sha belajar prosedur tukar nama kereta jika tidak sebelum ini tak pernah ikut Encik Suami ke mana-mana puspakom. Kenapa Sha mengatakan penggunaan MyPuspakom memudahkan? Sepatutnya Sha merancang untuk ke Puspakom Kelantan yang terletak di Pengkalan Chepa tetapi dengan Mypuspakom amat membantu kerana sebelum ke sana Sha ingin membuat temujanji terlebih dahulu tapi didapati temujanji telah penuh dan Sha telah memilih Puspakom Kuala Terengganu untuk urusan kali ini kerana masih ketersediaan kekosongan.



Bagaimana membuat temujanji puspakom?

Korang boleh terus ke laman web https://www.mypuspakom.com.my/ atau muat naik aplikasi Mypuspakom di google play. Di laman web atau aplikasi ini korang perlu mendaftar masuk terlebih dahulu sebelum meneruskan urusan temujanji.

Sebelum mengisi borang temujanji pastikan geran , perakuan pendaftaran kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan berada di tangan korang kerana semua maklumat kenderaan perlu di isi iaitu (jangan risau jika tidak faham untuk isi dan ruang mana perlu ambil dan isi kerana contoh sijil pemilikan disediakan - klik simbol [i] sebelah kotak borang) :

Registration No
Chassis No
Engine/Motor No
Brand/Make
Model Name
Engine/Motor Capacity
Fuel Type
Year Manufactured
Vehicle Category
Vehicle Type
Usage Class
Body Type

Maklumat Pemilik

Name
I/C
Contact No
Address
Postcode
City
State

Jika korang adalah wakil korang akan ada ruangan untuk pembawa kenderaan, macam Sha suami Sha yang bawa jadi letak nama dia.

Selepas mengisi semua maklumat korang perlu memilih pusat puspakom yang korang inginkan dan waktu temujanji. Akhir sekali korang boleh membuat pembayaran terus ( secara online ) jadi bila berada di pusat puspakom tidak perlu mengeluarkan duit tunai.

Kelebihan menggunakan MyPuspakom

Temujanji segera
Mudah
Untuk semua cawangan
Dimana sahaja dan Mengikut waktu temujanji
Tiada halangan / lancar
Tiada urusan tunai

Ya ! Memang Mypuspakom betul-betul membantu, kerana selepas mendapatkan satu borang di pondok pengawal kami terus ke lorong temujanji yang mana terdapat 3 lorong semuanya. Sangat berbeza dengan dua lagi lorong lagi kerana perlu beratur panjang, perlu mengisi borang maklumat serta membuat pembayaran di sana. Lorong temujanji hanya perlu isi 1 borang dan hantar ke pondok daftar kemudian terus ke tempat pemeriksaan. Segala maklumat yang diisi secara atas talian sebelum ini pihak puspakom hanya akan buat imbasan bar kod yang didapati selepas membuat temujanji atas talian melalui puspakom.


Kepada korang yang ada urusan untuk ke puspakom sama ada untuk pemeriksaan berkala, pemeriksaan tukar milik, pemeriksaan sewa beli, pemeriksaan awalan, pemeriksaan kenderaan secara sukarela, pemeriksaan khas bolehlah membuat temujanji terlebih dahulu untuk memudahkan urusan. Urusan Sha bersama puspakom mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja termasuk menunggu keputusan pemeriksaan dikeluarkan. Alhamdulillah semuanya lulus.

Follow Us @shalimarmohdyusof