Hot Posts

6/recent/ticker-posts

8 Tips Mengurangkan Stress di Tempat Kerja

8 Tips Mengurangkan Stress di Tempat Kerja | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Agak lama juga tidak membuka emel rasmi jabatan jadi semalam dalam proses membersihkan emel tidak perlu Sha simpan emel yang boleh Sha guna pakai untuk diri sendiri. Antara emel yang Sha akan simpan adalah emel berkaitan perkhidmatan Sha dan juga emel motivasi daripada pihak ibu pejabat. Bagus juga Ibu Pejabat emelkan bentuk perkongsian seperti ini. Untuk hari ini Sha tertarik dengan tips mengurangkan stress di tempat kerja, maklumlah siapa sahaja yang tidak akan mengalami stress walaupun bukan hari-hari kan jadi Sha nak kongsikan bersama rakan-rakan lain di sini. Tajuknya di tempat kerja tapi sebenarnya ianya agak meluas.



Jom Kurangkan Stress bersama-sama

--------------------------------------------------------------------------------
  • Keep your expectation realistics - for yourself & others
Cara kerja setiap orang lain-lain. Jangan harap rakan sekerja korang kerja sama macam korang sebabnya bila mereka acuh tak acuh memang pasti kita akan stress.

  • Merancang minggu depan lebih awal
Kerja seperti Sha Alhamdulillah dipermudahkan dengan menyediakan satu jadual bersama takwim 1 tahun semasa supaya memudahkan perancangan program yang akan dijalankan dan hampir setiap minggu akan ada program khusus bersama klien.

  • Semak senarai perancangan kerja setiap pagi.
Selepas program kebiasannya Sha akan ada perancangan kerja untuk menyiapkan fail klien dan memasukkan data secara online.

  • Mengekalkan fikiran positif
Suasana tempat kerja, hubungan dengan rakan sekerja juga memainkan peranan. Sha pun bukan selalu baik adakalanya ikut kepala sendiri juga. Tapi bila difikirkan balik agak merugikan diri sendiri jadi belajar menghadapi dan ianya pasti lebih membahagiakan berbanding bermasam muka.

  • Mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif
Pastikan kita tidak membuat kerja dalam keadaan statik sahaja, tetapkan masa tempoh duduk dan ada masa untuk bergerak ke tempat lain.

  • Mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa
Sha percaya pakaian juga memainkan peranan kerana Sha sendiri perlu menyesuaikan program yang bakal diadakan. Program yang dijangka akan berpeluh ketiak Sha perlu memilih pakaian yang kainnya tidak panas dan serap peluh.

  • Jangan bertangguh
Pernah rasa akibat menangguh kerja? Penat dan stress ! percayalah.

  • Menjalin hubungan baik dengan Pencipta, bertaubat, doa, solat jangan diabaikan.
Waktu rehat jangan lupa menunaikan tanggungjawab pada Yang Esa, solat adalah seperti bateri tenaga baru untuk meneruskan ibadah kerja kita. Wuduk dapat memberi kesegaran dan ketenangan.

-----------------------------------------------------------------

Bagi Sha tips ini bukan sahaja sesuai untuk yang bekerja sahaja, tetapi juga sesuai pada sesiapa sahaja dalam memastikan kekemasan perancangan kerja. Suri rumah pun bila di rumah pasti ada perancangan kerja dari bangun pagi, basuh kain, jemur kain, memasak dan lain-lain lagi.

Post a Comment

11 Comments

  1. saya selalu bukak youtube lagu2 yang menenangkan, dengar guna earphone. tp depends la ofis environment camne kan. saya mmg buat kerja ofis je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups...betul tu,, mcm sha kena bukak kat pc orang lain..pc sendiri sha sakit kepala...huuhu

      Delete
  2. good tips.. tgh stress ni ahahha

    ReplyDelete
  3. mmg bermanfaat tu, rasanya akak pun penah dpt email mcm tu beberapa bulan lps kt email jabatan

    ReplyDelete
  4. info sangat berguna... terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. Last sekali tu penting jangan pandang remeh

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi