Proses Tukar Milik Nama Kenderaan Pemilik Sudah Meninggal Dunia | Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Alhamdulillah bersyukur Sha ke hadrat Ilahi kerana akhirnya segala urusan penting selepas ayah Sha meninggal dunia pada 13 Oktober 2017 boleh dianggap selesai. Urusan terakhir adalah urusan pindah milik nama kereta arwah ayah. Jika korang adalah pemegang amanah atau waris yang bertanggungjawab menguruskan pusaka si mati adalah lebih baik mengambil tindakan secepat mungkin supaya tidak menimbulkan masalah dikemudian hari.
Info : Tukar nama kenderaan bagi pemilik meninggal dunia perlu diselesai secepat mungkin kerana cukai jalan hanya dapat disambung sehingga 6 bulan sahaja dari tarikh akhir roadtax akhir selepas itu tidak boleh diperbaharui. Kenderaan yang dipandu tanpa pembaharuan cukai jalan adalah salah disisi undang-undang.
Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Yang Sudah Meninggal Dunia
Info : Tukar nama kenderaan bagi pemilik meninggal dunia perlu diselesai secepat mungkin kerana cukai jalan hanya dapat disambung sehingga 6 bulan sahaja dari tarikh akhir roadtax akhir selepas itu tidak boleh diperbaharui. Kenderaan yang dipandu tanpa pembaharuan cukai jalan adalah salah disisi undang-undang.
Bagi kenderaan pemilik sudah meninggal dunia pastikan korang dah mendapatkan perintah pembahagian pusaka terlebih dahulu.
Bagaimanakah cara memohon pembahagian pusaka dan panduan menghadiri perbicaraan pusaka ? Korang boleh rujuk entry di bawah sebagai gambaran awal.
Cara dan prosedur tukar nama geran ( VOC ) kereta pemilik (owner) meninggal dunia.
Mengikut step by step untuk memudahkan korang nanti.
Selepas LULUS di PUSPAKOM , agen insurans dimaklumkan untuk buat pembaharuan insuran.
Setelah semua dokumen dilengkapkan, pihak JPJ akan thumb print untuk tukar milik nama. Akhirnya Tukar Nama Pemilik Kenderaan BERJAYA dan Sijil Pemilikan Kenderaan baharu dikeluarkan dan Cukai Jalan lama dipulangkan dan digantikan dengan yang baru.
Alhamdulillah walaupun penat sedikit menguruskan hal puspakom dan terus ke JPJ, Sha berasa lega kerana urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Bagaimanakah cara memohon pembahagian pusaka dan panduan menghadiri perbicaraan pusaka ? Korang boleh rujuk entry di bawah sebagai gambaran awal.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara dan prosedur tukar nama geran ( VOC ) kereta pemilik (owner) meninggal dunia.
Mengikut step by step untuk memudahkan korang nanti.
- Pastikan urusan pembahagian pusaka telah selesai dan mendapat Surat Pentadbir Pusaka daripada Pejabat Harta Pusaka Kecil / Perintah Mahkamah / Surat Akuan atau arahan Amanah Raya Berhad.
- Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa dan sah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )
- Pastikan membawa salinan Surat Pentadbir Pusaka
- Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik PUSPAKOM yang sah
- Jangan lupa geran / Perakuan Pendaftaran Kenderaan / Sijil Pemilikan Kenderaan asal.
Selepas LULUS di PUSPAKOM , agen insurans dimaklumkan untuk buat pembaharuan insuran.
Setelah semua dokumen dilengkapkan, pihak JPJ akan thumb print untuk tukar milik nama. Akhirnya Tukar Nama Pemilik Kenderaan BERJAYA dan Sijil Pemilikan Kenderaan baharu dikeluarkan dan Cukai Jalan lama dipulangkan dan digantikan dengan yang baru.
Alhamdulillah walaupun penat sedikit menguruskan hal puspakom dan terus ke JPJ, Sha berasa lega kerana urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
4 Comments
banyak gak info akak tak tahu psl tukar milik kereta ni... nice sharing...
ReplyDeletetq utk info ye dik, kadang2 benda2 nih mmg agak rumit tp kalau betul cara nya semua jd mudah
ReplyDeleteBerapa kos untuk urusan tukar nama dgn puspakom tu sis? Sebab arwah bapa mertua baru meninggal. Suami ada beli van dgn arwah tapi tak sempat buat tukar nama.
ReplyDeleteassalamualaikum, saya dah buat perintah faraid di mahkamah, dan juga telah buat di amanah raya, di amanah raya ada pembicaraan tak? kena turun semua waris? sbb masa buat perintah faraid di mahkamah, semua dah turun untuk pembicaraan..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi