Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tanda Anak Mengalami Tekanan Perasaan Dan Stress

Tanda Anak Mengalami Tekanan Perasaan Dan Stress | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saat ini Sha baru membaca buku Pendidikan Pencegahan Dadah [ Panduan Ibubapa, guru, majikan, komuniti & media ] daripada panel pendidikan pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan. Tertarik dengan tajuk Tekanan Perasaan yang Sha sifatkan ianya penyakit senyap dalam diri seseorang. Tekanan perasaan tidak hanya pada orang dewasa kerana kanak-kanak zaman kini juga mengalami stress. Adakah kita tahu bila dan bagaimana anak kita mengalami tekanan perasaan atau stress? Jom sama-sama semak senarai semak ini ada atau tidak dalam diri anak-anak kita.


  1. Kurang bertenaga atau kerap letih.
  2. Daya tumpuan atau konsentrasi kurang.
  3. Tangan selalu berpeluh.
  4. Tiba-tiba bertingkahlaku hiperaktif
  5. Sering marah-marah sendiri
  6. sering bergaduh
  7. Mudah putus asa/kecewa
  8. Mengatakan perkara-perkara buruk tentang diri sendiri
  9. Sering mengeluh sakit kepala
  10. Perubahan berat badan
  11. Tidur sering terganggu (corak tidur berubah)
  12. Sukar memberi tumpuan
  13. Mudah panik
  14. Tidak menurut kata
  15. Kurang responsif
  16. Sangat sensitif
  17. Cepat cemas.
  18. Perubahan selera makan
  19. Berubah dalam penampilan diri
  20. Keperibadian/personaliti berubah
  21. Mula mencari masalah dengan pihak berkuasa
  22. Pencapaian akademik menurun
  23. Tingkahlaku menyimpang daripada kebiasaan
  24. Sering menangis tanpa sebab
Senarai semak ini adalah contoh tanda-tanda yang akan berlaku apabila seseorang sedang atau telah mengalami tekanan perasaan. Jika semakin banyak ia ada pada diri anak-anak kita maka semakin tinggi tekanan yang dihadapi. Jika sedikit tidak bermakna anak kita bebasa tekanan, sebaliknya ambil tindakan awal supaya ianya tidak merebak.

Sumber : Buku Pendidikan Pencegahan Dadah
Panduan Ibubapa, Guru, Majikan, Komuniti & Media
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Thanks for the share. Bagus info ni. boleh take note bila anak dah besar nanti senang refer.

    ReplyDelete
  2. bagus info parenting macam ni.. terima kasih

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi