Wednesday, February 13, 2019

Cara Mendapatkan Balik Cukai Jalan (Roadtax) Motosikal Hilang


Cara Mendapatkan Balik Cukai Jalan (Roadtax) Motosikal Hilang | Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Sedikit cuai tahun lepas selepas memperbaharui roadtax motosikal Sha kat kampung tapi tidak terus letak pada motor, lepas tu boleh pulak bawak balik perak sedangkan motor kat terengganu. Kemudian lama tak sebut pasal roadtax motor semua pun jadi lupa letak mana. Cuai betul rasanya, dahla motor penting juga adik-adik nak guna ulang-alik untuk ke sekolah. Sementara menunggu giliran untuk tukar nama pemilikan kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu baru-baru ini Sha pun ambil peluang mendapatkan roadtax motosikal yang baru.


Jangan gelabah

Sebenarnya Sha pun agak takut sebenarnya, risau urusannya rumit. Sebenarnya ianya mudah, korang ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan korang di sana korang minta Borang Permohonan Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan atau cakap sahaja roadtax hilang nak buat baru jadi JPJ akan bagi borang yang perlu diisi.

Selesai isi borang serahkan -:

  1. Borang Permohonan Salinan/Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang siap diisi
  2. Kad Pengenalan
  3. Geran Motorsikal

Selepas pegawai membuat semakan, Sha diarahkan beratur untuk urusan di kaunter pula. Di kaunter Sha serahkan kembali borang dan Kad Pengenalan dan membayar denda sebanyak Rm 20.00. Alhamdulillah akhirnya motosikal Sha yang Sha beli hampir 10 tahun untuk ulang alik ke tempat kerja dahulu dapat digunakan tanpa was-was lagi di jalan raya. Lega sikit hati ini adik-adik dapat gunakan lagi motosikal itu ke sekolah dengan halalnya.

3 comments:

  1. Suami pun baru buat..dah berbulan motor tak jalan jauh..baru ni nak jalan masuk bandar baru tersedar roadtax hilang.

    ReplyDelete
  2. penah buat gak sbb roadtax hilang..tak ingt prosedur dia camne...tapi lepas buat baru tu, tetiba jupe hat lama..hehe..sabar je la...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof