KEDAI VIRAL | WARUNG SELERA KAMPUNG, KUALA KANGSAR PERAK | Assalamualaikum semua. Hari ini Sha nak kongsikan satu tempat yang Sha anggap pit stop untuk Sha singgah selepas balik kampung. Sha tahu pasal warung ini daripada kawan sekerja Sha dan Sha singgah di sini buat pertama kali semasa pulang dari kampung sebelum ini dan semalam adalah kali kedua Sha singgah semasa dalam perjalanan pulang ke Batu Gajah dari Terengganu. Kenapa Sha cakap pit stop? Kedai ini memang dalam perjalanan balik ke rumah Sha dan waktu kami singgah pun sedang elok memang perut meminta makanan tambah pula kedai ini menyediakan pelbagai menu yang sesuai untuk sarapan ataupun macam Sha singgah untuk sarapan dan makan tengahari terus.
Kalau korang intai-intai dalam facebook Warong Selera Kampung ini korang akan perasan Team Motif Viral pun dah sampai kat sana. Fuhh.. memang terbaiklah, kalau korang nak tahu selalunya Sha singgah dalam pukul 11 pagi , jarang sekali ada meja kosong dan pelanggan macam tak putus-putus. Tanpa buang masa jom layan menu yang Sha dah cuba.
Nasi Lemak kesukaan Abang Zaryth, Sha pun suka sambal dia memang kena dengan tekak.
Nasi Goreng Kambing | Menu kegemaran Sha , daripada nasi, daging dan sup semua rasa kambing...ehehe.. memang sedap.
Mee Kari | Pilihan suami Sha masa mula-mula singgah ke kedai ini.
Nasi Goreng Puyuh | Nasi goreng kegemaran selepas Nasi Goreng Kambing. Sangat sedap dan Sha makan memang tak ada tinggal tulang langsung, licinn....
Popis | Sha pun tertanya-tanya apa itu Popis itu apa, rupanya gabungan popia + pisang. Popis biasa RM 5.00 dan Popis Aiskrim Rm6.00. Memang sedap, dalam kulit popia ada pisang yang panas-panas lagi ditaburi coklat dan keju.
Menu Penuh | Roti Canai, Roti Bakar, Char kuew teow, pelbagai nasi goreng dan kuih muih pun ada. Nasi lauk pauk pun ada, jagung manis dan pelbagai lagi menu.
Menu Air | Daripada air biasa hingga leleh pun ada.
Korang tengoklah sendiri.
Adik Nur | Tengok rambut kerinting tuu... rajin dia pergi kutip buah getah, mentang-mentanglah kedai dalam kebun getah.
Suasana dalam kedai dalam kebun getah.
Taman Permainan | Sambil tunggu makanan boleh layan anak-anak bermain terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan korang, Warung Selera Kampung ini diberoperasi pada hari Sabtu hingga Rabu dan ditutup pada hari Khamis dan Jumaat. Waktu operasi adalah dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang jadi memang sesuai untuk korang singgah bersarapan atau makan tengahari di sini. Tengahari lauk pauk dah ada.
Nak tengok kemaskini mereka korang boleh tengok-tengok di media sosial mereka :
WARONG SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG
Facebook : WarongSeleraKampung
Instagram : selerakampung_bp
Whatapps : 016-4114015
9 Comments
Adoi... lapar terus tengok makanan...
ReplyDeleteWow, menu-menu nie nampak menyelerakan.. Nanti kalu balik ke Sungkai, nak ajak family in law pegi sinilah..
ReplyDeletetgk gambar pun thu sedap..:)
ReplyDeletesedapnya nasi goreng kambing !
ReplyDeleteseronoknya oiii
ReplyDeleteTerliur tengok nasi goreng kambing, sup nampak pekat. Patut viral
ReplyDeletesedap eh lapar la pulak
ReplyDeleteBestnya mkn dlm kebun getah mcm ni, rasa sejuk ja dgn menu yg sgt menarik
ReplyDeleteNasi goreng kambing tu paling mengancam..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi