Resepi Kek Viral | Fruit Pastry Cake | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini 10 Oktober 2018 bertempat di Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak Sha telah mengambil peluang untuk menyertai Kursus Penghasilan Fruit Pastry Cake bersama rakan-rakan dan juga klien pengawasan kawasan Sha bertugas. Bukan sahaja klien yang seronok menyertainya Sha dan rakan-rakan juga seronok dapat menimba ilmu daripada yang lebih pakar dalam bidang pastri. Walaupun resepinya agak mudah tetapi kalau nak harapkan Sha belajar sendiri memang biasanya tak menjadi kalau bab pastri ini, selepas ini diharaplah Sha dapat buatkan untuk suami dan anak-anak pula. Apa-apa pun terima kasih buat cikgu yang mengajar kami hari ini atas ilmu dan Sha pun nak kongsikan bersama pembaca Resepi Fruit Pastry Cake. Inilah antara salah satu sebab #ilovemyjob.
Sempat lagi posing sebelum kelas mula.
Selepas berhempas pulas kami telah berjaya menghasilkan 5 biji kek dengan pelbagai corak hiasan setiap kumpulan.
Hasil selepas 40 minit dibakar. Alhamdulillah cantik kejadiannya dan sedap. Memang lepas ni kena buatlah, puas hati akhirnya dapat makan kek viral ni.
RESEPI FRUIT PASTRY CAKE
- 100g mentega
- 160g gula pasir halus
- 3 biji telur B
- 210g tepung gandum
- 1 suduk kecil baking powder
- 1 sudu kecil esen vanilla & orange zest
- 100g greek yogurt
- 3 jenis buah ( strawberi, peach & blueberry)
- Sedikit deco powder sebagai hiasan.
CARA-CARA :
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, ketepikan.
2. Di dalam mesin pemutar satukan mentega dan gula pasir halus, pukul sehingga menjadi agak putih.
3. masukkan telur satu persatu, tidak perlu pukul lama, agak-agak sebati terus masukkan esen vanilla, orang zest diikuti tepung gandum yang telah diayak tadi, pukul sebentar sahaja.
4. Berhentikan mixer masukkan greek yogurt dan kaup balik menggunakan spatula.
5. Tuang ke dalam loyang bersaiz 9 inci.
6. Hias permukaan dengan potongan buah-buahan.
7. Bakar dalam oven pada suhu 160c selama 40 minit.
Ringkas bukan? Mungkin ramai dah buat kek viral ini tapi mana yang tak pernah buat lagi mesti teringin nak buat, sebab kek ini ringkas dan tak terlalu rumit untuk disediakan. Kalau adik bongsu Sha nampak ni mahu dia bising suruh buat bila cuti sekolah nanti. Tapi tak apa nanti kita buat sama-sama.
Tadi dapatlah masing-masing bawak balik sikit sorang hasil kerja di makmal bakeri pagi ini. Seronok betul peserta kalau dapat sertai program macam ni, semoga ada antara mereka dapatlah idea untuk memperbaiki kehidupan dan pendapatan dengan kemahiran yang mereka dapat hasil pembelajaran hari ini. Kalau bukan mereka sendiri yang mengusahakan, mungkin ilmu yang mereka dapat ini mereka kongsikan bersama keluarga mereka. Sama-samalah kita doakan mereka yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah ini berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
13 Comments
uishh..sdapnya..blh ambik tmpahan dah ni cik mar,,:)
ReplyDeleteYarkk cik nor gakk..ada ke org nak beli ngn cikmar nihh..huhu
Deletesedap tu... Liez belum cuba lagi
ReplyDeletekek ni memang viral sungguh. ramai bakers yg buat dan jual. hehe. kuasa socmed kan :D
ReplyDeletewahh bestnya teringinjugak nak masuk makmal bakery belajar buat kek camnie
ReplyDeletemudah yer resepinya nak buat tu adoii bila lah nak rajin
ReplyDeletememang sedap nih... aritu try makan yg anak sedara buat..masam2 manis rasa keknya.. makan plak panas2 pas kuar oven mmg heaven..pekena plak kupi o..ekeke...
ReplyDeletebtw, jemput singgah blog kite yer sis.. :) http://julsjulie80.blogspot.com
Wahh lepas ni kak boleh buat bisnes cake.
ReplyDeletebila lah nk try kek viral nih, tak berapa susah jgk bt nya ya
ReplyDeletesejak oven dh sembynyi dlm bekas, mmg mls bebeno nk membaking
tengok pun dah nampak sedap!
ReplyDeletekebetulan baru je order kek ni saiz besar utk bday mak esok. Tak sabar! hihi
wahhhhhh sedapnya kek
ReplyDeleteviral sungguh kek ni kan Sha, kak ana ni mixer rosak sebelum raya ritu belum ada rezeki nak ganti, selagi tu lah tak membaking lagi ni :)
ReplyDeleteTak berjaya lagi nak rasa kek viral ini..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi