Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Yang Sedap Dan Menyelerakan

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI | Ini bukan kali pertama Sha masak Ikan Siakap 3 rasa tapi kali ini lain sedikit kerana menggunakan serbuk limau nipis Knorr. Sebelum ini Sha biasa masak resepi ikan 3 rasa biasa tapi bila sudah mencuba ala thai, macam lebih sedap.
 
Ikan siakap merupakan ikan kegemaran ramai termasuklah bagi yang bukan penggemar ikan yang mempunyai banyak tulang. Mempunyai isi yang manis dan sedap amat sesuai dimasak sebagai hidangan dirumah. Ikan siakap juga menjadi pilihan paling popular di restoran atau kedai makan. Menu ikan siakap masak tiga rasa boleh dikatakan menu paling digemari direstoran selain daripada ikan siakap masak stim.


Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Yang Sedap

 

 
Seperti yang korang nampak dalam gambar diatas korang boleh nampak salah satu sebab Sha sukakan Ikan Siakap Tiga Rasa. Ya!! Buah nanas dan buah tomato. Bukan sekadar nampak berwarna warni tetapi itulah yang memberi rasa pada masakan masam manis. Jom tengok apa bahan-bahan yang Sha gunakan untuk masak ikan siakap tiga rasa cara Sha nih.

 

BAHAN-BAHAN

Ikan Siakap potong dua kerana kalau seekor memang penat nak habiskan.
Minyak Masak
Tepung segera

Bahan Cincang

Bawang Merah - 4 biji
Bawang Putih - 2 ulas
Halia - 1 1/2 cm
Cili padi - hijau 2 biji + merah 2 biji
Hiris 2 helai daun limau purut
Nanas

Bahan Kisar

Setengah biji buah tomato
2 sudu Cili boh
1 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
1 sudu sos ikan
1/2 sudu kecil serbuk limau nipis Knorr

CARA-CARA MASAK


1. Ikan siakap perap dengan garam dan tepung segera. Goreng hingga rangup dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan cincang sehingga cukup layu.
 
3. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga masak dan pekat.

4. Siap kuah 3 rasa boleh diletak diatas ikan siakap yang siap digoreng, taburkan daun bawang dan daun sup.


Lupa nak cakap, resepi asal ada letak bunga kantan kat rumah Sha tak ada bunga kantan jadi tak letak kalau letak tobat sedap lagi!!

Sha ni tak adalah banyak kongsi resepi sangat tapi resepi lain yang Sha suka adalah --> Ikan Bawal Bakar
 
Jika korang sedang fikirkan juadah makan malam bila balik kerja nanti korang bolehlah ikut resepi masak ikan siakap 3 rasa ini dirumah. Pastinya terasa seperti makan di restoran. Apa yang Sha suka dengan ikan siakap masak tiga rasa adalah kerana ianya merupakan antara menu paling mudah nak dimasak dan cukup lengkap. Korang hanya perlu tambah ulam segar untuk dimakan bersama ikan siakap dan nasi putih panas. Kompem terangkat.

Post a Comment

7 Comments

  1. akak tak penah jumpa lg serbuk limau nipis knorr nih... wah kene try cari jgk nih

    ReplyDelete
  2. sedapnya menu cik mar.. senangkan ada serbuk LIME tu hihihi

    ReplyDelete
  3. sedapnya menu ni.Ikan siakap memang sedap dimakan dengan nasi tengah panas-panas.

    ReplyDelete
  4. aum, sedapnya! lama xmkn ikan siakap!

    ReplyDelete
  5. menariknye....thanks for the share...

    ReplyDelete
  6. ikan siakap ni kan, memang ohsem tau.
    masak tiga rasa. stim limau. semua menjadi istimewa.
    ala-ala restoran tomyam.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi