Powered by Blogger.

Monday, December 14, 2020

Peserta Akhir Gegar Vaganza 2020 Dan Juara Gegar Vaganza Musim Ke 7

2 comments
Peserta Akhir Gegar Vaganza 2020 Dan Juara Gegar Vaganza Musim Ke 7 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam ini perupakan malam akhir tayangan Gegar Vaganza Peringkat Akhir Musim Ke 7 yang mana telah disertai oleh 7 orang peserta. Konsert Gegar Vaganza ini telah ditayangkan pada setiap hari ahad jam 9.00 malam di saluran Astro Ria. Rancangan ini telah ditaja oleh beberapa penaja besar iaitu Penaja Utama Susu Farm Fresh. Penaja-penaja lain adalah Adabi dan Cuckoo Healthy Home juga telco rasmi Digi. Gegar Vaganza yang pada asalnya disertai oleh 14 peserta termasuk 2 berkumpulan kini tinggal 7 peserta yang berjaya ke Peringkat Akhir.


Gegar Vaganza Musim ke 7 Tahun 2020 telah disertai oleh penyanyi-penyanyi hebat suatu ketika dahulu dan masih bersinar hingga kini. Yang pastinya mereka telah menyahut cabaran yang mana mereka tidak hanya menyanyikan lagu sendiri tetapi menyanyikan lagu penyanyi lain.

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 7 Tahun 2020


1. Kumpulan Eva
2. Kumpulan Indigo
3. Cliff Umar
4. Ayu Damit
5. Noraniza Idris
6. Ashira
7. Linda Nanuwil
8.Yantzen
9. Muss
10. Oja
11. Aju Success
12. Nomad
13. Haslinda
14. Rozita Izlyn

Peserta Akhir Gegar Vaganza 2020



Ashira

Ayu Damit

Cliff Umar

Linda Nanuwil

Muss

Noraniza Udris

Oja


Secara jujur dalam ramai-ramai peserta Gegar Vaganza, Sha tidak mengenali siapa itu Cliff Umar. Manakala penyanyi lain ada yang memang terkenal dan ada yang pernah dengar lagunya di corong radio. Walaubagaimanpun bila sudah dipilih oleh juri pastinya mereka mempunyai kelebihan tersendiri. Pada malam akhir ini mereka menyanyikan sebuah lagu single dan lagu battle.


Juara Gegar Vaganza 2020


Sekata sepakat juri-juri telah memilih Cliff Umar sebagai Juara Gegar Vaganza Musim Ke 7. Konsert akhir ini telah diserikan lagi dengan kehadiran juara-juara Gegar Vaganza sebelumnya seperti Naqiu dan Siti Nordiana. Jumpa lagi di musim akan datang.

2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi