Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Friday, December 14, 2018

Resepi Ringkas Agar- Agar Buah Peach

Resepi Ringkas Agar- Agar Buah Peach | Assalamualaikum semua. Baru -baru ini diadakan Majlis Hari Lahir sekali gus Majlis Perpisahan untuk adik-adik praktikal di pejabat tempat Sha bekerja. Nak datang tangan kosong rasa ralat jadi Sha pun ambil keputusan untuk membuat agar-agar ringkas untuk majlis tersebut dan memilih agar-agar buah peach. Sebenarnya ini kali pertama Sha masak agar-agar, kuih lain pun jarang juga.ehehehe..

 

Bahan-bahan Untuk Agar-Agar Buah Peach

1 biji buah peach dalam tin
200 ml air
1 tin susu cair
13g serbuk agar-agar
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil perisa vanilla vanilla

Cara-cara memasak Agar-Agar Buah Peach

1. Didihkan air di dalam periuk, apabila mendidih masukkan serbuk agar-agar.
2. Kacau sebati masukkan gula pasir diikuti dengan susu cair dan perisa vanilla. Tunggu hingga sedikit mendidih.
3. Di dalam bekas atau acuan kita susun hirisan buah bahagian bawah.
4. Tuang adunan ke dalam bekas acuan dan tunggu sehingga sejuk barulah letakkan di dalam peti sejuk dalam 2 jam.

Boleh juga cuba --------------->  Resepi Puding Roti Bersama Kuah Kastard


Beginilah kejadian agar-agar buah peach Sha. Tak adalah elok sangat kejadiannya..huhuhuh...tapi rasa buah peach memang Sha sukalah. Kenapa biasa tengok agar-agar buah peach orang lain kekuningan tapi Sha punya kehijaun? Pokoknya nak beli serbuk agar-agar kena hati-hati tapi boleh pula Sha tak perasan bukan main besar tulis pada plastik perkataan hijau.. ahahhaa.. tapi nasib baiklah bukan berperisa.

11 comments:

  1. wow nampak sedap tuh boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..rabia lama dah tak makan agar-agar.my mum selalu buat agar2 .

    ReplyDelete
  3. Hujan2 ni asyik lapar je kepala duk fikir nak masak apa.. Hehe sedapnyaa cikmar

    ReplyDelete
  4. rupa tak penting, yang penting rasa kan kak sha? hahaha. kekadang visual tak menarik, tapi rasa perghh mantop gitu hee

    ReplyDelete
  5. senang betul yek, mkn sejuk2 ni mantops betul

    ReplyDelete
  6. Akak pun tak pandai buat kuih..apatah lagi agar2 walau orang cakap senang je nak buat...hahaha..masak lauk pandai la..

    ReplyDelete
  7. Nampak menariknya agar2 tu CikMa..mai hantar sini sikit..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi